Taska dan Transit ini diusahakan oleh Puan Faezah Ishak. Taska Mutiara Hati NurJannah Setia Alam merupakan pusat untuk menjaga dan mengasuh dari kanak-kanak seawal bayi sehingga ke atas. Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada masyarakat yang amat penting, juga menjadi aset negara dan penyambung nadi pembangunan negara. Taska Mutiara Hati Nur Jannah menyediakan perkhidmatan Taska (Asuhan), Trans
it (Pusat Jagaan), dan Kelas Mengaji
Taska (Asuhan)
Taska menyediakan perkhidmatan asuhan dengan menjaga bayi sehingga ke atas. Kami juga merancang aktiviti-aktiviti yang dapat menerapkan perkembangan JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Rohani. Guru-guru juga mempunyai latar belakang pendidikan awal kanak-kanak. Setiap aktiviti yang dijalankan akan diberikan kepada 'Group Parents' melalui aplikasi Whatssap. Ibubapa dapat mengetahui perkembangan kanak-kanak dari semasa ke semasa.
2. Transit (Pusat Jagaan)
Menyediakan kemudahan dari jagaan dan bimbingan untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah pulang dari sesi persekolahan. kami juga memastikan anak-anak untuk mandi, rehat, menonton televisyen, makan, dan 'homework' dilakukan dengan sebaiknya. Kami juga menyediakan perkhidmatan bas sekolah untuk anak-anak ke sekolah kebangsaan ataupun sekolah kafa. Hal ini, bagi membantu dan memudahkan urusan ibu bapa dengan kesibukan bekerja.
3. Kelas Mengaji
Pihak kami juga menyediakan kelas Al-quran dan Iqra bagi memupuk sifat kerohanian dalam diri anak-anak dengan bimbingan guru-guru terlatih.