SRI Integrasi Al Hikmah Shah Alam

SRI Integrasi Al Hikmah Shah Alam Sebuah sekolah rendah Islam Swasta yang memartabatkan sistem pendidikan Islam secara holistik dan membangunkan murid yang beragenda Islam.

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua guru dan calon murid UPKK & PSRA 2025🌟Tahniah diucapkan kepada SRI Integrasi Al H...
28/04/2026

Alhamdulillah dan tahniah kepada semua guru dan calon murid UPKK & PSRA 2025🌟

Tahniah diucapkan kepada SRI Integrasi Al Hikmah Shah Alam atas pencapaian

🏆ANUGERAH SEKOLAH INTEGRASI TERBAIK KATEGORI A UPKK & PSRA

~dalam Majlis Kecemerlangan Sekolah & Sambutan Hari Raya GASIS 2026 yang diadakan di AnCasa Resort Port Dickson pada 26-27 April semalam .
Semoga terus mumtaz untuk ummah. Teruskan perjuangan anda di masa hadapan💪😊

📸 Lensa Sekitar Sukan Tahunan Sekolah 2026💙✨Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas k...
23/04/2026

📸 Lensa Sekitar Sukan Tahunan Sekolah 2026

💙✨Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas kelancaran Sukan Tahunan Sekolah bagi tahun 2026. Suasana padang yang penuh warna-warni, sorakan yang bergema, serta semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh setiap murid benar-benar mencerminkan kekuatan fizikal dan jiwa yang kental – selari dengan tema “Qawiyul Jismi, Penerus Generasi”.

💚✨Setiap langkah larian, setiap peluh yang mengalir, menjadi saksi usaha dan pengorbanan. Sabda Nabi ﷺ, “Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah daripada mukmin yang lemah”. Maka di sinilah kita melihat kekuatan itu bukan sahaja pada tubuh, tetapi juga pada semangat, disiplin dan keikhlasan.

💛✨Tahniah kepada para pemenang! Jadikan kemenangan ini sebagai amanah untuk terus merendah diri dan memperbaiki diri. Ingatlah, kemenangan sebenar bukan hanya di padang, tetapi juga pada akhlak dan adab kita.

❤️✨Buat yang belum berjaya, jangan berputus asa. Setiap usaha tidak pernah sia-sia di sisi Allah. Kekalahan hari ini adalah langkah pertama menuju kejayaan yang lebih besar. Teruskan berlatih, teruskan berusaha, kerana sesungguhnya kejayaan itu milik mereka yang tidak pernah berhenti mencuba.

✨🌼Akhir kata, semoga semangat kesukanan ini terus subur dalam diri setiap murid, bukan sekadar untuk menang, tetapi untuk membina ukhuwwah, disiplin dan jiwa yang kuat demi masa depan yang gemilang. 🏃‍♂️✨





Sekalung Tahniah diucapkan kepada  cawangan sekolah rendah kami, SRI Al Hikmah Shah Alam atas Kemenangan di KAMIL (Kemah...
16/04/2026

Sekalung Tahniah diucapkan kepada cawangan sekolah rendah kami, SRI Al Hikmah Shah Alam atas Kemenangan di KAMIL (Kemahiran Amal Islami) GASIS PERINGKAT NEGERI 👏👏😍

Kejohanan ini adalah Anjuran Gabungan Sekolah Islam Selangor (GASIS).

🏆JOHAN Kalam Jama'ie

🏆TEMPAT KE-2 Marhaban Perempuan

🏆TEMPAT KE-3 Syarahan Bahasa Melayu Lelaki

Anda semua sangat Hebat 👏👏

🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰🔰

✨ PENYERTAAN KORBAN & AKIKAH 1447H / 2026M KINI DIBUKA! ✨Laksanakan ibadah korban sambil berkongsi rezeki bersama anak-a...
16/04/2026

✨ PENYERTAAN KORBAN & AKIKAH 1447H / 2026M KINI DIBUKA! ✨

Laksanakan ibadah korban sambil berkongsi rezeki bersama anak-anak tahfiz dan guru-guru di bawah Yayasan Pendidikan Al Hasan (YPAH). 🤍

📍 Lokasi: Malaysia & Kemboja

🇲🇾 Malaysia
🐄 1 bahagian lembu — RM900
(1 lembu: RM 6,300 - 7 bahagian)
🐐 1 ekor kambing — RM1,200

🇰🇭 Kemboja
🐄 1 bahagian lembu — RM450
(1 lembu: RM 3,150 - 7 bahagian)
🐐 1 ekor kambing — RM850

🤲 Sedekah Korban juga dibuka serendah RM20
📅 Tarikh tutup penyertaan: 20 Mei 2026

Daftar di sini:
🔗 https://yup.la/ypahkorbanblast

📷 Bukti sembelihan & agihan akan dikongsikan selepas ibadah selesai, insya-Allah.

📲Ikuti kami: https://t.me/yayasanhasan/580

🌟 Sertai Kami di PPAH! 🌟Pusat Pendidikan Al Hikmah (PPAH) merupakan institusi pendidikan Islam yang komited membangunkan...
16/04/2026

🌟 Sertai Kami di PPAH! 🌟

Pusat Pendidikan Al Hikmah (PPAH) merupakan institusi pendidikan Islam yang komited membangunkan Ummah — dari peringkat pra sekolah hingga ke Institusi Pengajian Tinggi.

Dengan pengalaman lebih 26 tahun sejak 2000, PPAH terus melahirkan generasi cemerlang dunia & akhirat.

Kini kami berkembang dengan 6 buah sekolah di:
📍 Shah Alam
📍 Puncak Alam

✨ Jadilah sebahagian daripada keluarga PPAH dan bina masa depan bersama kami!
✅ Elaun RM2000++
✅ Makan disediakan
✅ Asrama disediakan
✅ Kursus Induksi Perguruan 6 bulan (Julai – Dis 2026)
✅ Terus dapat kerja
✅ Siap ada pencen!

👉 Jangan tunggu! Tempat sangat terhad.

📌Permohonan hendaklah dimajukan kepada:

Puan Amirah binti Azmi
Pegawai Sumber Manusia

📱http://www.wasap.my/60183545362
☎️Telefon Pejabat: 03-5614 1444

📌 Hantar resume ke LINK berikut :
https://forms.gle/zQPyQkiH2sbpQFp3A

💚SEKITAR LENSA LATIHAN DAN KEJOHANAN PERTANDINGAN KAMIL💚✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran a...
13/04/2026

💚SEKITAR LENSA LATIHAN DAN KEJOHANAN PERTANDINGAN KAMIL💚

✨ TAHNIAH & SYABAS! ✨

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran atas kejayaan murid-murid dalam penyertaan Pertandingan KAMIL anjuran GASIS. Usaha, bakat dan semangat yang ditunjukkan benar-benar membanggakan! 💫

🏆 KEPUTUSAN PERTANDINGAN:
🌷 Syarahan Bahasa Melayu Lelaki – Tempat Ketiga 🥉
🌷 Marhaban Perempuan – Naib Johan 🥈
🌷 Kalam Jama’ie – Johan 🏆

Kejayaan ini bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan murid, malah hasil bimbingan guru serta sokongan padu daripada semua pihak. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan. 🌟

Buat para peserta yang belum berjaya, jangan berputus asa. Setiap usaha dan keberanian untuk mencuba adalah satu kemenangan yang besar. 💪✨ Pengalaman yang diperoleh hari ini adalah langkah awal menuju kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan. Teruskan berusaha, kerana setiap kegagalan itu adalah guru terbaik untuk berjaya. 🌈

Teruskan melangkah, teruskan bersinar! 💚

🏃‍♂️✨ ROADRUN SRII AL HIKMAH 2026 ✨🏃‍♀️Langkah disusun, semangat dipacu! 💪🔥Sekitar kemeriahan Roadrun SRII Al Hikmah 202...
10/04/2026

🏃‍♂️✨ ROADRUN SRII AL HIKMAH 2026 ✨🏃‍♀️

Langkah disusun, semangat dipacu! 💪🔥
Sekitar kemeriahan Roadrun SRII Al Hikmah 2026 yang berlangsung dengan penuh energi dan keceriaan.

Program ini bukan sahaja menguji ketahanan fizikal, malah memupuk semangat kesukanan, disiplin serta kerjasama dalam kalangan warga sekolah. 🌿🏃‍♀️

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya menamatkan larian dengan penuh semangat! Anda semua memang hebat! 👏🎉

Semoga aktiviti seperti ini terus menyemai gaya hidup sihat dan mengeratkan ukhuwah dalam keluarga besar SRII Al Hikmah. 💚

🏅✨ PRA SUKAN SRII AL HIKMAH 2026 ✨🏅Sekitar kemeriahan Pra Sukan SRII Al Hikmah 2026 yang berlangsung dengan penuh semang...
10/04/2026

🏅✨ PRA SUKAN SRII AL HIKMAH 2026 ✨🏅

Sekitar kemeriahan Pra Sukan SRII Al Hikmah 2026 yang berlangsung dengan penuh semangat dan keceriaan! 💪🎉

Bagi Tahap 1 (Indoor), suasana gamat dengan gelak tawa murid-murid melalui aktiviti musical chair dan tarik upih yang menceriakan hari. 🎶🌿

Manakala Tahap 2, para Banin berentap dalam perlawanan bola sepak, sementara Banat menunjukkan kehebatan dalam bola baling dengan penuh semangat kesukanan. ⚽️🤾‍♀️

Program ini bukan sahaja mengasah bakat sukan, malah memupuk nilai kerjasama, disiplin dan semangat berpasukan dalam kalangan murid. 🌟

Teruskan berusaha dan berikan yang terbaik! 💚

📌 JAMUAN HARI RAYA 📌“Setulus kasih, setinggi penghargaan buat ibu bapa yang sudi berkongsi rezeki dengan menyediakan jua...
08/04/2026

📌 JAMUAN HARI RAYA 📌

“Setulus kasih, setinggi penghargaan buat ibu bapa yang sudi berkongsi rezeki dengan menyediakan juadah Hari Raya kepada anak-anak Al Hikmah🙂

Setiap hidangan yang dibawa bukan sekadar makanan, tetapi lambang kasih sayang dan sokongan kepada anak-anak dan Muallim Muallimah


"Tazkirah Jumaat"Rutin harian anak- anak Al Hikmah setiap hari Jumaat  mendengar santapan rohani yang akan disampaikan  ...
03/04/2026

"Tazkirah Jumaat"

Rutin harian anak- anak Al Hikmah setiap hari Jumaat mendengar santapan rohani yang akan disampaikan oleh Muallim Muallimah.

Tajuk tazkirah hari ni
" kelebihan puasa 6 hari dibulan syawal"

Address

No. 35, Jalan Kota Raja H27/H, Pusat Bandar Hicom, Seksyen 27
Shah Alam
40400

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:00
Tuesday 08:00 - 16:00
Wednesday 08:00 - 16:00
Thursday 08:00 - 16:00
Friday 08:00 - 12:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRI Integrasi Al Hikmah Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRI Integrasi Al Hikmah Shah Alam:

Shortcuts

Share

Category