Kelas Memasak Alin & Zai

Kelas Memasak Alin & Zai

Share

JOM JOIN KELAS MEMASAK ROTI DAN KEK VIRAL2 SEMUANYA MASAKAN VIRAL JOM JOIN KELAS YURAN MURAH JERR ILMUNYA MANTOP

Photos from Kelas Memasak Alin & Zai's post 04/07/2025

Resepi nasi ayam crispy. Ayam rangup di luar, lembut di dalam. Sekali try, confirm family minta buat lagi. Meh i share resepinya…

Bahan bahan
•2 ketul peha ayam
•Bawang besar
•Daun bawang
•Halia cincang
•Tepung jagung

Cara buat:
1️⃣ Ayam buang tulang dulu, lepastu belah sikit bahagian tengah supaya senang perap masuk rasa.

Perap dengan 2 sudu besar kicap cair + 1 sudu besar sos tiram + sedikit serbuk lada hitam dan garam + beberapa hiris halia. Perap lebih kurang 30 minit.

2️⃣ Lepas perap, salut ayam dengan tepung jagung. Panaskan kuali, sembur/minyakkan sikit, lepas tu goreng ayam atas api sederhana. Goreng sampai dua-dua belah jadi warna keemasan (dalam 4-5 minit setiap belah). Dah siap goreng, potong kecil-kecil dan susun atas nasi.

3️⃣ Potong bawang besar, daun bawang dan halia halus-halus. Panaskan minyak, tumis semua sampai naik bau, tambah 1 sudu besar kicap cair dan 1 sudu besar bijan putih. Gaul rata, lepastu curah atas ayam.

Dah siap! simple dan sedap. Kalau tengah jaga makan, boleh tukar nasi putih ke nasi perang. Jom try, selamat mencuba 🥰

14/05/2025

🔥 NAK BELAJAR DESSERT PREMIUM MACAM KAFE VIRAL? 🔥

Jom sertai Kelas Hands Off bersama Chef berpengalaman 15 tahun!
Belajar teknik & rahsia buat 3 menu premium yang tengah viral:

🍩 Donut Ferrero Rocher
🍫 Kunafa Brownies
🍰 San Sebastian Cheesecake
----------------------------------------------

📅 Tarikh: 18 Mei 2025 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 AM
📍 Lokasi: Jln Elektron U16/M Denai Alam, Shah Alam

💥 Yuran PROMOSI cuma RM69 SAHAJA!

✅ Kelas hands off (tonton & catat dengan santai)
✅ Demo step by step
✅ Resepi disediakan
✅ Q&A semasa kelas

🎯 Paling best, resepi yang anda belajar boleh terus guna untuk bisnes! Sesuai untuk beginner & yang nak upgrade skill baking.

❌ Tak perlu pening-pening try & error lagi�
❌ Tak perlu beli resepi mahal tapi tak jadi

‼ Seat TERHAD, kelas santai & eksklusif sahaja�‼ Siapa cepat dia dapat, jangan tunggu lagi
📲 Klik WhatsApp sekarang 👉 019-773 1393
Sebelum seat SOLD OUT!

07/11/2023

Salam,hari ini sy nk kongsikn resepi kek pisang yg menggunakan s**atan cawan.smemangnya mudah dan senang.nak kn pisang ber urat cantik mesti ikut tips..insyallah akan mnjadi..ini antara kek pisang yg sy buat..blh di bakar@kukus.. jom pakat2 share

*Kek pisang s**atan cawan*
2 cwn tepung gandum
1sk baking powder
2sk soda bikarbonat
semua bahan di atas

Bahan blender
minyak masak
gula(kalau nk manis)
#3 biji telur gred A
esen vanilla
5-7 biji Pisang emas masak ranum(dilenyek guna garfu,ini tips bg kek nmpk urat pisang)
Blender bahan yg bertanda sampai sebati

Cara2
*masukkan semua bahan kisar ke dalam tepung yang di ayak td kacau2 guna senduk .pastu masukkn pisang yg di lenyek td..kacau sampai sebati
*masukkan ke dalam yg loyang yg telah disapu sedikit minyak.

Bakar suhu 160.masa 45 minit,,ikut oven masing2.

22/10/2023

🇵🇸

Photos from Kelas Memasak Alin & Zai's post 19/08/2023

Kelas kek bendera di sekolah Hulu Langat best ngat2 tau, nak buat di sekolah awok? Ate moh le dm kitewr😄🎂

Photos from Kelas Memasak Alin & Zai's post 19/08/2023

Kelas memasak kek hias bendera di sekolah Hulu Langat 🌹🤩 best ! Nak? Meh la kita dtg sekolah awok pulak

19/08/2023

Nak resepi ke??nampak sedap kan

19/08/2023

Sedap ni, nak resepi?

24/06/2023

Udang Masak Lemak Cili Api Simple❤️

Bahan Bahan
1 kilo Udang
1 batang Serai diketuk
3 Ulas Bawang merah *
5 Ulas Bawang Putih *
1 kotak santan 70ml
Asam keping
6 Cili padi dihiris
Ciki paste 1 sudu
Kacang panjang.

Cara Penyediaan
1. Tumiskan bahan yang bertanda * dan cili padi.
2. Tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan sedikit air (utk elak kering)
4. Selepas air mendidih masukkan santan
5 Biarkan sehingga mendidih
6. Masukkan udang, asam keping dan kacang panjang. Biarkan seketika
7 Semasa mendidih masukkan cili paste. Kacau seketika .Tutup api.
Siap utk dihidang

16/06/2023

Paling senang masak. Paling sedap.

Makan 2 ekor pun, tak cukup ni.

Paling kurang 4 ekor 🤤

UPDATE

Resepi sotong sumbat telur:

6 ekor Sotong saiz medium
1 bawang merah saiz medium - potong dadu kecil
*4 telur gred A
*3 ekor Udang XL (buat rasa sedap lagi, takde pun rasa sedap juga) - potong kecil
*Daun ketumbar (Jangan banyak sangat. Nanti menyengat rasanya) - cincang halus
*Carrot (s**a hati nak letak banyak mana) - cincang halus
Maggi cukup rasa
Pencungkil gigi/lidi

Masukkan semua yang bertanda * & kacau sebati. Lepas tu, panaskan minyak sikit & goreng bawang merah sampai garing sikit.

Masukkan adunan telur tadi & masak seperti telur hancur. Lepas tu masukkan garam gula kalau yang tak guna MSG. Saya masukkan maggi cukup rasa je.

Sumbat telur ke dalam sotong. Sumbat biar sotong jadi gemuk buncit semuanya.

Ambil kepala sotong & letak kat tempat asal dia. Lepas tu cocok sotong dengan lidi ke pencungkil gigi ke, dekat tempat kepala sotong. Tak nak telur terkeluar je.

Dah siap sumbat telur, kelar manja sikit sotong tu supaya sotong tak mengecut sangat.

Nak masak sotong tu, atas kesenangan korang. Boleh bakar atas arang, masak atas kuali ataupun guna air fryer.

Masak sehingga sotong masak je. Jangan lama sangat. Nanti sotong jadi kering. Tak sedap nak makan.

Resepi sos thai serbaguna:

Sos thai yang ada gambar makcik tu
Bawang putih - cincang halus
Cili padi merah - potong kecil
Daun ketumbar
Sos ikan
Gula
Air limau nipis

Campur semua tu. Siap!

Korang agak-agak je la ye yang sos tu. Kalau tak pandai agak-agak, beritahu tau. Nanti saya try buat s**atan untuk sos.

Credit : Mira Khan

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Seksyen 19 Shah Alam
Shah Alam
40300