Alumni Institut Dakwah Islamiah PERKIM

Alumni Institut Dakwah Islamiah PERKIM

Share

mempertemukan semula bekas pelajar IDIP di serata pelusuk semenanjung, Sabah, Sarawak,W.P.Labuan, Taiwan,Thailand, cambodia, China Jepun dan USA.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Bangunan Sultan Idris Shah, Persiaran Masjid
Shah Alam
40000

General information

Ruang bicara dan pertemuan bekas pelajar Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP) Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan.

INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP) telah ditubuhkan pada akhir tahun 1961, bertempat di sebuah rumah banglo dua tingkat, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Ia bermula sebagai sebuah pusat latihan yang dinamakan PUSAT LATIHAN MUBALIGH DARUL ARQAM, bagi memenuhi keperluan PERKIM untuk melahirkan para mubaligh yang boleh menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat bukan Islam. Seramai 24 pelajar telah diambil sebagai kumpulan perintis, terdiri dari kebanyakannya daripada anak-anak Melayu lepasan universiti-universiti India, disamping sekumpulan pelajar dari Korea Muslim Federation. Pada tahun 1963, pusat ini terpaksa diberhentikan kerana masalah yang dihadapi oleh PERKIM pada ketika itu.
Pada tahun 1975, pusat latihan ini diwujudkan semula, bertempat di No. 250-D, Balai Islam, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan nama PUSAT LATIHAN AGAMA PERKIM. Pada tahun 1976, pusat latihan ini dipindahkan ke Wisma Selangor, Jalan Universiti, Petaling Jaya, Selangor.

Pada tahun 1979, pusat ini sekali lagi bertukar nama kepada INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM (IDIP). Institut ini berpindah ke Taman Putra PERKIM, Pengkalan Chepa, Kelantan pada 15 Februari 1991 sehingga sekarang.Tempoh masa kursus yang ditetapkan adalah selama 4 tahun meliputi latihan dan praktikal.