Walaupun berniaga tu hari-hari dan cabaran pun hari-hari, tapi solusinya tidak sama hari-hari.. Be adaptive
Daya Fikir Solutions
Islamic Finance Consultancy, Trading and Services, Islamic Finance Publishing and Management and Ser
"Selamat pagi semua! Ada yang cuti, ada yang kerja. Bagi yang cuti, nikmati masa dengan keluarga. Bagi yang kerja, kopi penyelamat hari anda! 🌞☕️ "
26/07/2024
Our grab and go version kita..
Kalu satu makanan (pack) harga RM3..
Komisen katakan 10%...= 30 sen/pack
Katakan ada dlm 100 pack sehari...
100 x 30 sen = rm30
Nampak tak banyak tapikan sapa nak bagi income macam ni. Modal selain sediakan tempat macam tak ada dah.
Boleh jadi tarikan pelanggan lagi...
Income Rm30 tu dah bersih dah...
Kiranya RM30 nilah contoh fee based income...
Selamat pagi dan selamat berhujung minggu
22/07/2024
🌟 Design Thinking untuk Usahawan dan Perniagaan 🌟
Dalam dunia perniagaan yang dinamik, pendekatan design thinking boleh menjadi kunci kepada kejayaan anda. Berikut adalah bagaimana ia boleh membantu:
1. Pendekatan Berpusatkan Pelanggan: Fokus pada keperluan dan kehendak pelanggan untuk memastikan produk atau perkhidmatan anda benar-benar relevan dan memenuhi jangkaan mereka.
2. Proses Kreatif dan Iteratif: Cipta dan uji idea baru melalui proses prototaip berulang, membolehkan penambahbaikan berterusan sebelum pelancaran penuh.
3. Kolaborasi Pelbagai Disiplin: Galakkan kerjasama antara pelbagai bahagian dalam perniagaan untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih inovatif.
4. Penyelesaian Masalah Secara Inovatif: Fokus pada masalah sebenar membantu mengenal pasti penyelesaian kreatif dan praktikal untuk cabaran yang dihadapi.
5. Mendorong Transformasi Perniagaan: Adaptasi design thinking untuk memacu inovasi dan kekal berdaya saing dalam pasaran yang sentiasa berubah.
Jom mulakan langkah pertama ke arah transformasi perniagaan anda dengan design thinking! 💡✨
22/05/2024
Ramai sukakan sanjungan dan pujian, sebaliknya pada kritikan dan komplen (Dale Carnegie)
Usahawan pun hadapi benda sama, sering dipuji dan kerap dikeji (kritikan).
Untuk mendapatkan manfaat daripada kritikan pelanggan, ikuti lima tips berikut:
1. Dengarkan dengan aktif. Terima maklum balas tanpa defensif dan fahami masalah yang dihadapi pelanggan.
2. Catat dan analisis kritikan. Kumpulkan dan analisis semua maklum balas untuk mengenal pasti pola atau isu berulang.
3. Bertindak segera dan berkomunikasi, (jangan senyap). Respon dengan cepat dan beritahu pelanggan tentang tindakan yang diambil.
4. Latih dan didik staf. Gunakan kritikan untuk melatih staff tentang kemahiran mereka.
5. Kongsi perubahan dengan pelanggan. Beritahu pelanggan tentang penambahbaikan yang dibuat berdasarkan maklum balas mereka.
Dengan ini, kritikan pelanggan dapat menjadi alat untuk peningkatan perniagaan yang berterusan.
Assalamualaikum wbt dan selamat pagi usahawan, beberapa tips untuk manfaat kita:
1) Bersyukur dan percaya pada keberkatan rezeki dari Allah SWT.
2) Amalkan kesederhanaan dalam pengurusan kewangan.
3) Buat perancangan kewangan yang bijak dan tetapkan anggaran.
4) Perhatikan keperluan perniagaan dengan teliti sebelum membuat perbelanjaan.
5) Lakukan pelaburan yang strategik dan memberi pulangan yang baik.
6) Berhati-hati dalam membuat keputusan kewangan.
7) Jalin kerjasama yang baik dengan rakan kongsi dan vendor.
8) Gunakan teknologi untuk menguruskan kewangan dengan lebih efisien.
9) Pelihara modal perniagaan dengan cermat.
10) Pantau prestasi kewangan secara berkala untuk penambahbaikan.
30/04/2024
Ada 10 perkongsian daripada buku My Vision Challenges in the Race for Excellence sebagaimana dicatatkan oleh Ezra Danjuma Akama
1. Keunggulan (excellence) merupakan perjalanan, bukan destinasi: Ia adalah proses berterusan untuk berusaha menjadi lebih baik, sama ada secara individu mahupun secara kolektif.
2. Cabaran adalah tidak dapat dielakkan: Tidak seorang pun dapat mencapai keunggulan tanpa menghadapi cabaran di sepanjang jalan. Yang penting adalah untuk belajar dari cabaran ini dan terus maju.
3. Kegagalan bukan lawan kejayaan: Ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Kita belajar lebih banyak daripada kegagalan kita daripada kejayaan kita. (SAYA SANGAT S**A POINT I I)
4. Keunggulan memerlukan kerjasama pasukan: Tidak seorang pun boleh mencapai keunggulan secara sendirian. Kita perlu bekerja bersama, menyokong satu sama lain, dan berkongsi pengetahuan dan kepakaran kita.
5. Inovasi adalah kunci: Keunggulan tidak dapat dicapai dengan melakukan perkara sama seperti yang kita lakukan sebelum ini. Kita perlu sentiasa berinovasi dan mencari cara baru untuk menambah baik.
6. Mengambil risiko adalah penting: Keunggulan memerlukan kita untuk keluar dari zon selesa dan mengambil risiko. Kita tidak dapat mencapai apa-apa yang hebat tanpa mengambil risiko.
7. Penderitaan adalah pemangkin yang kuat: Apabila kita bersemangat tentang apa yang kita lakukan, kita lebih cenderung untuk mencapai keunggulan.
8. Ketekunan adalah penting: Keunggulan tidak berlaku dalam tempoh semalaman. Ia memerlukan kerja keras, keazaman, dan ketekunan untuk mencapai keunggulan.
9. Berfikiran positif adalah penting: Fikiran kita mempunyai impak yang kuat ke atas tindakan dan hasil kita. Jika kita percaya kepada diri kita dan keupayaan kita untuk mencapai keunggulan, kita lebih cenderung untuk berjaya.
10. Memberi kepada orang lain adalah memuaskan: Apabila kita membantu orang lain untuk mencapai matlamat mereka, kita juga menyumbang kepada kebaikan yang lebih besar.
Semoga bermanfaat buat kita semua. Refleksi pada pagi cuti hari buruh.
Usahawan tetap bekerja...
Kematian bukan penamat kepada sebuah hikayat bahkan ia adalah satu permulaan
16/04/2024
Satu penulisan dari perspektif marketing yang membolehkan kita faham. Terima kasih tuan Faridzul Asyraf Mat Arifin
Saya ulang kongsi di sini:
Bagi yang tak faham atau buat buat tak faham kenapa Pak Mat Western buat marketing kaw kaw sebab produk dia boleh akses ke seluruh Malaysia (kambing
Perap) bukan dia sekadar promote restaurant dia je.
Ada nampak komen “service kedai tak jaga, buat lah marketing macam mana pun orang takkan datang dah sekali kena”
Ermmm. Urut dada baca komen pun
Bisnes Kedai Makan ni kalau dapat jualan 10k sehari dah banyak sangat dah. Kedai makan dieorang tu tengok bilangan meja selalu full, boleh pergi 20-30k sehari
30k sehari sebulan baru 1m
If let say dia amek 10% dari revenue utk marketing, baru 100k dan saya tak rasa kos video dieorang tu 100k sebulan
Sebab tu mereka boleh invest kaw kaw buat marketing sebab mereka ada produk pack tu
Produk pack macam ni berbeza dengan kedai makan, sebab jualan dia tak bergantung pada saiz kedai dah, sky is the limit
2022 revenue dieorang 50m
2023 rasanya mahu pergi 80m kot
Cuma
Sembang2 dengan agent dieorang, katanya HQ tak jaga sangat agent2 dieorang ni.
Make sense je siapa yang faham sebab kebanyakan agent tak perlu buat marketing sangat dah, HQ yang duk push marketing, agent ni just jadi channel jualan je
Lagipun margin nipis, agent akan datang pergi dengan cepat. Sebab tu buat apa nak jaga agent ye tak, mana mana nak buat bisnes je akan stay
Semoga Pak Mat Western terus maju. Supportlah produk tempatan kita ni
10/04/2024
Assalamualaikum wbt dan salam Syawal kedua...
Biasanya mood raya kekal aktif dan ramai lagi bercuti pada hari ni, termasuklah usahawan-usahawan SMEs.
Ketika inilah bandaraya kosong dan kampung halaman dilimpahi rakyat jelata.
Selalunya tak mudah untuk mencari sarapan pada pagi sebegini sbb banyak kedai masih tidak beroperasi.
Bertuahlah kedai-kedai yang beroperasi pada hari ni sebab biasanya semua apa yang dijual akan laris dan cepat habis daripada biasa...
P/s warung kat Lubuk Batu, Segamat ni dah siap sedia utk 'berperang' seawal 5 pagi... Good luck...
08/03/2024
3 tips untuk kita amalkan dlm kehidupan kita semua insya Allah:
1. Setiap usahawan perlu memperkuat keyakinan dan hubungan dengan Allah melalui doa dan tawakal.
2. Berusaha untuk memberikan produk atau perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan tanpa mengabaikan kualiti.
3. Hadapi cabaran perniagaan dengan ketabahan dan kekuatan jiwa yang diperoleh melalui keyakinan kepada Allah.
12/02/2024
Beberapa hari ni, saya cuba mencari penulisan terbaru dan details berkenaan kes Nik Elin.
Baru sahaja sebentar sat ni saya membaca perkongsian yang dibuat oleh seorang sahabat berautoriti di dalam lapangan undang-undang, Ustaz Naziree Md Yusof…
Perkongsian beliau adalah hasil penulisan pengamal undang-undang yang terlibat di dalam kes ini…
S**a saya untuk kongsikan kembali penulisan beliau agar kita menjadi lebih objektif, bermaklumat dan adil di dalam penilaian:
SALAH FAHAM SERIUS TENTANG KES NIK ELIN
Salah Faham 1 : Pertindanan Undang-Undang
Tuduhan:-
1. Mahkamah Persekutuan batalkan 16 Kesalahan kerana pertindanan dengan undang-undang Persekutuan
2. Kesemua 16 kesalahan sudah ada dalam Kanun Keseksaan
3. Kesemua 16 kesalahan ada dalam undang-undang Persekutuan
4. Kesemua 16 kesalahan tidak lenyap dari muka bumi Malaysia
�Jawapan:-
1. Mahkamah Persekutuan tidak membatalkan 16 Kesalahan kerana ada pertindanan dengan undang-undang Persekutuan. Mahkamah tidak melihat sama ada wujud atau tidak undang-undang persekutuan yang sama dengan 16 kesalahan tersebut, lalu membatalkannnya. Bahkan, Mahkamah menolak pendekatan sedemikian (yang digunakan oleh kes sebelumnya iaitu kes Sulaiman Takrib oleh Tun Abdul Hamid Mohamad).
2. Tidak, tidak kesemua 16 Kesalahan tersebut ada dalam Kanun Keseksaan atau undang-undang Persekutuan. Kesalahan Seksyen 37 (1)(b) tentang orang Islam menganjurkan perjudian TIDAK ADA dalam undang-undang persekutuan. Kesalahan Seksyen 41 tentang muamalat mengandungi riba’ TIDAK ADA dalam undang-undang persekutuan.
3. Pendekatan Mahkamah Persekutuan ialah melihat kepada Senarai Persekutuan. Sekiranya ada “perkara subjek” yang disentuh oleh 16 Kesalahan tersebut dalam Senarai Persekutuan, maka ia batal. Contohnya, kesalahan Seksyen 37(1)(b) tentang orang Islam mengajurkan perjudian menyentuh tentang “perkara subjek” “betting” dalam Senarai Persekutuan. Maka apabila ia jatuh dalam “perkara subjek” itu, ia batal. Sama seperti Seksyen 41 tentang riba’, Mahkamah berpendapat bahawa ia jatuh dalam “perkara subjek” “perbankan”, maka ia batal.
4. Kes Nik Elin mengesahkan pendekatan dalam kes Iki Putra IAITU kalau peruntukan enakmen negeri termasuk dalam “perkara subjek” dalam Senarai Persekutuan, IA TETAP BATAL walaupun tidak ada kesalahan yang sama yang dibuat di peringkat Persekutuan. Ulang, WALAUPUN TIDAK ADA KESALAHAN SAMA di peringkat persekutuan.
5. Sebab itu, menganjurkan judi dan muamalat riba’ TETAP BATAL walaupun tiada peruntukan jenayah yang sama dalam Kanun Keseksaan atau akta-akta lain.
6. Kita lihat “spin” yang dibuat oleh infografik oleh “Islah”. Infografik menyebut seksyen-seksyen dalam Kanun Keseksaan, tetapi bila tiba tentang kesalahan muamalat riba’, ia hanya menyatakan “Kewangan Bawah Senarai Persekutuan” tanpa menyatakan apakah seksyennya. Kerana apa? Kerana TIADA KESALAHAN YANG SAMA dalam undang-undang persekutuan.
7. Salah faham ini bukan sahaja berlaku dikalangan masyarakat awam yang mungkin kurang faham apabila membaca penghakiman penuh, namun dikalangan peguam khususnya peguam-peguam tiktok yang hanya mahu “into the scene” bagi menunjuk tahu atau menaikkan view. Hentikanlah saudara-saudari.
Salah Faham 2: PAS lawan Nik Elin
Tuduhan:-
1. PAS tunggang isu untuk katakan Islam terancam
2. PAS kaitkan dengan isu agama
Jawapan:-
1. Kes ini tiada kaitan dengan PAS. Kes ini berkaitan dengan Enakmen Kelantan
2. Banyak sekali pihak-pihak hadir sebagai “amicus curae” atau “watching brief”. Antaranya ialah Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK), Badan Peguam Syarie Wilayah Persekutuan (BPS), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).
3. Mereka ini bukan PAS. MAIWP, MAIPK, MAIDAM dan MAIK secara khususnya berhujah menyokong Kerajaan Kelantan mempertahankan Enakmen Kelantan. Mereka bukan PAS.
4. Peguam yang dilantik mewakili pelbagai pihak tadi adalah dari pelbagai latarbelakang, dan kecenderungan politik. Hj Haniff Khatri (PPMM) diketahui bukan daripada PAS. Datuk Adnan Seman (MAIWP) dan Datuk Adli (MAIM) diketahui adalah pejuang UMNO/BN. Saudara Rafiq diketahui daripada Pejuang. Datuk Zainul Rijal, Datuk Kamarulzaman, Datuk Nik, saudara Azali, saudara Tabian Tahir, saudara dan lain-lain diketahui non-partisan. Pasukan ini adalah pasukan besar yang menyaksikan gemblengan tenaga merentas politik untuk sama-sama mempertahankan Enakmen Kelantan. Kenapa? Kerana semua kami mengetahui kesannya yang besar kepada Enakmen-Enakmen negeri lain, dan kuasa gubalan DUN negeri-negeri lain. Ia bukan tentang PAS.
5. Ramai sekali yang mencerca PAS, tanpa memikirkan bahawa ia adalah usaha bersepadu rentas politik yang sangat baik. Ia sebenarnya hanyalah mengentengkan usaha ramai pihak yang berminat tentang isu ini dan melakukan “red herring” kononnya PAS yang membawa isu ini, lantas mudah dicerca.
Salah Faham 3: Enakmen Kelantan batal kerana DUN tidak teliti
Tuduhan:-
1. DUN Kelantan buat undang-undang tanpa semak kuasa
2. DUN Kelantan tidak dapatkan nasihat
3. DUN Kelantan tidak ikut prosedur
4. ADUN-ADUN Kelantan makan gaji buta, tidak pandai dsb
Jawapan:-
1. Enakmen Kelantan yang digubal pada tahun 2019 merupakan saduran dan penambah baikan daripada Enakmen-Enakmen sebelumnya. Kebanyakan peruntukkan adalah daripada Enakmen lama. Penambah baikan adalah usaha Kelantan untuk memperkasakan undang-undang syariah di Kelantan.
2. Peruntukan Enakmen Kelantan rata-ratanya adalah sama (sama ada dari segi intipati atau perkataannya) dengan Enakmen-Enakmen Negeri Lain. Enakmen Pahang 2013 ada 3 seksyen yang sama (munchikari, judi, salah guna logo halal), Enakmen Pulau Pinang 1996 ada 7 seksyen yang sama (judi, sumbang mahram, munchikari, liwat, mencemarkan masjid, maksiat, salah guna logo halal), Enakmen Negeri Sembilan ada 4 Seksyen yang sama (Muchikari, judi, liwat, cemar tempat solat), Enakmen Selangor 1995 ada 3 seksyen yang sama (Munchikari, judi, salahguna logo halal), Enakmen Johor 1997 ada 7 seksyen yang sama (judi, sumbang mahram, munchikari, liwat, keterangan palsu, galak maksiat, salah guna logo halal).
3. Negeri-Negeri di atas tidak diperintah oleh PAS. Adakah ADUN-ADUN negeri-negeri tersebut juga tidak semak, tidak dapatkan nasihat, tidak ikut prosedur, tidak pandai dan sebagainya.
4. Hakikat sebenarnya adalah, segala proses yang perlu sehingga kepada perkenan Sultan negeri-negeri terbabit telah dilakukan sebelum ia dikuatkuasakan. Sesetengah daripada peruntukkan yang sama tersebut telah berkuatkuasa semenjak tahun 90-an lagi tanpa diganggu. Ini kerana DUN negeri-negeri berpendirian bahawa negeri mempunyai kuasa untuk menggubal kesalahan-kesalahan demikian.
5. Hentikanlah dakyah palsu terhadap DUN Kelantan.
Salah Faham 4: Hukuman Jenayah Sivil lebih berat
Tuduhan:-
1. Walaupun 16 Kesalahan Enakmen Kelantan telah dibatalkan, undang-undang sivil dengan hukuman lebih berat masih ada
2. PAS mahu menghukum dengan lebih ringan
Jawapan:-
1. Seperti dikatakan di atas, ia bukan pertindanan undang-undang. Jenayah syariah melakukan mualamat riba’ LANGSUNG TIDAK MENJADI JENAYAH di peringkat persekutuan. TIADA HUKUMAN. Maka, bagaimanakah kita mahu hujahkan bahawa undang-undang sivil lebih berat dari aspek itu?
2. Sememangnya keringanan hukuman itu telah disedari pengamal undang-undang dan PAS lama dahulu. Sebab itulah diusulkan supaya Akta355 dipinda untuk menaikkan hukuman sedia ada. Menurut rekod, Kerajaan telah bersedia untuk membentangkan pindaan Akta355, namun terhenti kerana pembubaran parlimen untuk memberi laluan kepada PRU 15.
3. Pokoknya, sekiranya hukuman jenayah syariah itu ringan, maka tindakan paling wajar ialah meninggikannya. Bukannya keringanan hukuman itu dijadikan alasan untuk membatalkan terus kesalahan tersebut yang ada diantaranya belum wujud di peringkat persekutuan.
4. Dalam apa jua keadaan, keringanan hukuman tersebut bukanlah alasan yang digunakan oleh Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan 16 Kesalahan Enakmen Kelantan tersebut. Ia adalah alasan yang di”spin” oleh pihak tertentu tanpa ada apa-apa asas undang-undang.
Mohd Faizi Che Abu
Ketua Pengarah JUHAM
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Jalan Ikhtisas 14/1
Shah Alam
40000