Kelas Quran - Al Baghdadi Seksyen 23, Shah Alam

Kelas Quran - Al Baghdadi Seksyen 23, Shah Alam Yang Terbaik Diantara Kamu Adalah Yang Belajar Quran & Mengajarkanya..

Jaga wudhuk & sentiasa senyum insyaallah lebih baik dr susuk & selain itu susuk juga adalah amalan yg dilarang oleh Isla...
26/04/2026

Jaga wudhuk & sentiasa senyum insyaallah lebih baik dr susuk & selain itu susuk juga adalah amalan yg dilarang oleh Islam

Susuk Mungkin Disorok Di Kulit, Tapi X-ray Tetap Nampak

Dalam X-ray, ada susuk yang kelihatan seperti jarum-jarum halus bertaburan di bawah kulit muka, rahang, dagu atau bahagian tubuh lain.

Dari luar, seseorang mungkin nampak biasa. Tiada luka. Tiada parut jelas. Tiada siapa tahu.

Tapi bila masuk bilik X-ray, rahsia itu boleh muncul satu demi satu.

Dalam satu kajian melibatkan 33 pemakai susuk di kawasan kepala dan muka, penyelidik melaporkan ada individu yang mempunyai sehingga 39 pin susuk di kawasan craniofacial. Susuk juga sering ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan pergigian atau radiografi wajah.  

Tetapi jangan sangka semua susuk mudah dibuang.

Dalam satu siri kes, ada susuk yang berjaya dikeluarkan melalui luka kecil. Namun ada juga kes di mana prosedur membuang susuk menjadi sukar kerana jarum tidak mudah dikesan, dan doktor perlu berhati-hati supaya tidak mencederakan struktur penting seperti saraf muka. 

Inilah perkara yang ramai tidak fikir.

Bila sesuatu benda asing dimasukkan ke dalam tubuh, ia bukan sekadar “duduk diam”. Ia boleh mengelirukan pemeriksaan X-ray, menyukarkan rawatan gigi, menyulitkan pembedahan, mencetuskan kebimbangan, dan dalam keadaan tertentu boleh dikaitkan dengan sakit, radang atau jangkitan.

Kepada mereka yang pernah memakai susuk, jangan malu untuk beritahu doktor, doktor gigi atau petugas kesihatan sebelum rawatan. Maklumat ini penting, terutama jika anda perlu menjalani X-ray, pembedahan, prosedur pergigian atau rawatan tertentu.

Kepada pengamal susuk, ini pesanan penting.

🙏🏻 Jangan jadikan tubuh manusia tempat menyimpan jarum atas nama kecantikan, pelaris, kasih sayang atau perlindungan.

🙏🏻 Jangan janjikan sesuatu yang tidak boleh dibuktikan.

🙏🏻 Jangan suruh orang diam kalau mereka sakit, bengkak, bernanah, kebas atau mahu membuang susuk.

Dan paling penting, jangan cuba korek, cucuk semula atau buang sendiri tanpa penilaian perubatan.

Tubuh manusia bukan tempat eksperimen.

Kecantikan tidak sepatutnya datang dengan rahsia logam yang tersembunyi dalam kulit. Kalau sesuatu itu perlu disembunyikan sampai takut diberitahu kepada doktor, mungkin itu tanda bahawa tubuh kita tidak sepatutnya diperlakukan begitu.



Kesihatan juga adalah amanah dr Allah SWT..kebaikan akan dinikmati bg sesiapa yg menjaga amanah ini dgn baik insyaallah
26/04/2026

Kesihatan juga adalah amanah dr Allah SWT..
kebaikan akan dinikmati bg sesiapa yg menjaga amanah ini dgn baik insyaallah

GEJALA KERUSAKAN GINJAL DI MALAM HARI
Sering BAK malam – Ginjal tidak menyaring dengan baik.
Kaki bengkak – Penumpukan cairan saat berbaring.
Sesak napas – Cairan bisa menumpuk di paru-paru.
Nyeri tubuh – Ketidakseimbangan mineral.
Gatal hebat – Racun menumpuk dalam darah.
Mual/muntah – Penumpukan zat sisa.
Mulut kering & haus – Gangguan cairan tubuh.

03/04/2026

ULAMA SALAF (orang soleh terdahulu) berkata, “Adab dahulu sebelum ilmu.” Ini kerana dengan adab, barulah kita berjaya mengecapi kemanisan ilmu.

Adab memerlukan panduan ilmu. Ilmu mesti seiring dengan adab. Demikian beberapa adab yang diterapkan dalam Surah Al-Nur (cahaya).

Untuk lebih memahami perbahasan berkaitan, boleh baca dalam buku Mesej 'Deep' Dalam Surah Al-Nur.

*Info buku/pembelian di ruangan komen

Takbir Raya
20/03/2026

Takbir Raya

*📢 NOTIS CUTI PUSAT QURAN & TAHFIZ SHAH ALAM*Dimaklumkan bahawa Pusat Quran & Tahfiz Shah Alam akan bercuti bermula *19/...
20/03/2026

*📢 NOTIS CUTI PUSAT QURAN & TAHFIZ SHAH ALAM*
Dimaklumkan bahawa Pusat Quran & Tahfiz Shah Alam akan bercuti bermula *19/3/2026 (Khamis) hingga 29/3/2026 (Ahad).*
✨ Operasi akan bermula semula pada *30/3/2026 (Isnin).*
Bermula bulan Syawal, waktu operasi pejabat adalah seperti biasa:
*🗓 Isnin – Jumaat*
*🕣 9:00 pagi – 5:30 petang*
*Ataupun melalui Temujanji*
Sebarang urusan boleh dibuat semasa waktu operasi yang dinyatakan.
*Selamat Hari Raya Aidilfitri,*
*Maaf Zahir & Batin🌙✨*
_Daripada kami,_
_*Team PUSAT QURAN & TAHFIZ SHAH ALAM**_

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧 ✨Syawal tiba membawa sinar kegembiraan dan makna yang mendalam kepada ...
20/03/2026

𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐀𝐢𝐝𝐢𝐥𝐟𝐢𝐭𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫 𝐃𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐭𝐢𝐧 ✨

Syawal tiba membawa sinar kegembiraan dan makna yang mendalam kepada seluruh umat Islam.

Ramadan p**a berlalu. Namun cahaya keinsafan, kesabaran dan kasih sayang yang dipupuk sepanjang bulan penuh keberkatan ini akan terus menyinari jiwa kita semua.

Aidilfitri adalah detik yang menyatukan antara keluarga dan sahabat antara yang dekat dan yang jauh, serta antara yang tua dan yang muda.

Dalam setiap senyuman dan setiap tangan yang dihulur ada kasih sayang yang mengeratkan, ada rindu yang terubat.

Perayaan ini bukan sekadar waktu untuk kita bersuka ria, tetapi menjadi kesempatan untuk berhubung semula dengan insan yang tersayang.

Gemersik takbir mengundang hiba,
Di pagi swawal penuh bermakna;
Tangan dihulur maaf dipinta,
Mengeratkan kasih sesama kita.

Ikhlas dari Pusat Pengajian Al-Quran dan Tahfiz Shah Alam

18/03/2025

Address

Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 04:00 - 18:30
Tuesday 16:00 - 18:30
20:00 - 22:00
Wednesday 16:00 - 18:30
20:00 - 22:00
Thursday 16:00 - 18:30
20:00 - 22:00
Friday 16:00 - 18:30
Saturday 09:00 - 14:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Quran - Al Baghdadi Seksyen 23, Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share