SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ

SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ MOTO

Membina Generasi Rabbani Murabbi

๐ŸŒŸ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN KALI KEDUA PSRA 2026! ๐ŸŒŸBuat semua murid-murid SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ, s...
17/08/2026

๐ŸŒŸ SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERCUBAAN KALI KEDUA PSRA 2026! ๐ŸŒŸ

Buat semua murid-murid SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ, selamat menduduki Peperiksaan Percubaan Kali Kedua PSRA 2026 yang berlangsung pada 17 hingga 21 Ogos 2026. ๐Ÿ“šโœ๏ธ

Semoga segala usaha dan persiapan yang telah dilakukan membuahkan hasil yang terbaik. Hadapi peperiksaan dengan tenang, yakin dan penuh semangat. ๐Ÿ’ชโœจ

๐Ÿคฒ ุจุงู„ุชูˆููŠู‚ ูˆุงู„ู†ุฌุงุญ, ุฅู† ุดุงุก ุงู„ู„ู‡.

Doa | Usaha | Ikhtiar | Tawakkal

Semoga Allah SWT mempermudahkan urusan anak-anak semua, memberikan ketenangan hati, kefahaman yang baik serta kejayaan yang cemerlang. ุขู…ูŠู† ๐Ÿคฒ

โ€œMembina Generasi Rabbani Murabbiโ€

Unit Peperiksaan Awam
Bahagian Akademik
SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ
2026





17/08/2026
14/08/2026

QnA with Student sempena bulan kemerdekaan 2026.

"Generasi Merdeka Malaysia Sejahtera"

๐ŸŒฟ Jom Infaq Jumaat! ๐ŸคฒRezeki yang Allah pinjamkan kepada kita, jom sama-sama kongsi untuk masa depan anak-anak SRITI Tahf...
14/08/2026

๐ŸŒฟ Jom Infaq Jumaat! ๐Ÿคฒ

Rezeki yang Allah pinjamkan kepada kita, jom sama-sama kongsi untuk masa depan anak-anak SRITI Tahfiz As-Syakirin Pinggiran USJ. โค๏ธ

Sumbangan anda akan digunakan bagi:
๐Ÿซ Penambahbaikan infrastruktur sekolah.
๐Ÿ“– Menjayakan program dan aktiviti murid.

Tak kisah banyak atau sedikit, setiap ringgit yang dihulurkan sangat bermakna dan insya-Allah menjadi saham akhirat.

๐Ÿ“ฒ Mudah sahaja, scan QR Code pada poster dan terus berinfaq.

Semoga setiap sumbangan menjadi asbab lahirnya lebih ramai generasi Al-Quran yang berilmu, berakhlak dan beramal.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi" ๐Ÿ’š

๐Ÿคฒ Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki, keberkatan dan ganjaran pahala yang berpanjangan kepada semua penyumbang. Aamiin.

11/08/2026

๐˜พ๐™ค๐™ง๐™š๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™ž ๐™จ๐™š๐™—๐™–๐™ก๐™ž๐™  ๐™จ๐™š๐™—๐™ช๐™–๐™ ๐™„๐™ข๐™ฅ๐™ž๐™–๐™ฃ: ๐™ˆ๐™„๐™Ž๐™„ ๐™ƒ๐˜ผ๐™-๐™๐™๐™„๐˜พ๐™† ๐™†๐™€๐™Ž๐™๐™‚๐˜ผ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ.

Alhamdulillah
Segala puji bagi Allah SWT.

Hari ini, kita berdiri bukan sekadar sebagai pemenang.

Hari ini, kita berdiri sebagai sebuah pasukan yang telah membuktikan bahawa kita tidak mudah mengalah!

Kita telah membuktikan bahawa SRITI Selangor mempunyai jiwa juara!

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh Kontinjen SRITI Negeri Selangor yang telah berjaya merealisasikan Misi Hat-Trick KESUGA 2026, di bawah kepimpinan Ustaz Arif Helmi S. Azmi.

Alhamdulillah, Allah dah kabulkan doa kita.

Tetapi saya mahu semua kita ingat satu perkara...

Kemenangan ini bukan kemenangan yang mudah!

Hanya kita yang berada dalam perjalanan ini tahu bagaimana susahnya untuk sampai ke tahap ini.

Ada ketika kita diuji,
Ada ketika kita hampir patah semangat, Ada ketika kita tertanya-tanya..

โ€œBolehkah kita pertahankan kejuaraan ini?โ€

Tetapi kita tidak berhenti,
Kita tidak mengalah,
Kita terus mencari ruang.
Kita terus mencari peluang.
Kita terus berusaha.
Dan selagi ada ruang untuk kita berjuang...

Kita akan berjuang!
Selagi ada peluang...
Kita akan rebut peluang itu!
Dan selagi Allah memberikan kita kekuatan...

Kita akan terus melangkah!
Akhirnya, dengan izin Allah SWT...

๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ง-๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”

ALHAMDULILLAH..

Saya ingin mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kontinjen SRITI Selangor.

Terima kasih kepada Pengurus setiap acara

Terima kasih kepada para Jurulatih yang tidak pernah jemu membimbing anak-anak SRITI.

Terima kasih kepada Guru-Guru Pengiring yang sentiasa bersama para atlet, menjaga kebajikan dan memberikan sokongan.

Dan paling utama...

Tahniah kepada seluruh ๐—”๐˜๐—น๐—ฒ๐˜ ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ

Kalianlah yang turun ke gelanggang.

Kalianlah yang berlari.
Kalianlah yang berjuang.
Kalianlah yang membawa nama SRITI Selangor.
Dan kalian telah melakukannya dengan penuh keberanian dan semangat juang!

Muallim bangga dengan kalian!

Muallim terharu melihat perjuangan kalian!

Dan Muallim sangat teruja melihat komitmen yang kalian tunjukkan sehingga ke saat terakhir.

Tidak dilupakan...

Terima kasih kepada ibu dan ayah. Doa kalian mengiringi setiap langkah anak-anak. Sokongan kalian memberikan kekuatan kepada mereka.

Dan tidak dilupakan kepada seluruh para penyumbang, yang memberikan sokongan dalam pelbagai bentuk...

Jazakumullahu khairan kathira.

Mungkin nama kalian tidak disebut di sini.

Tetapi percayalah...

Sumbangan kalian adalah sebahagian daripada kemenangan ini.

Saya juga ingin memberikan ucapan tahniah dan terima kasih secara khusus kepada seluruh team Sektor Pembangunan Murid SRITI Selangor, di bawah pimpinan Ustaz Aizat Izzati Abd Razak.

Kalian telah menunjukkan bahawa apabila kita bekerja dalam satu pasukan...

Apabila kita mengetepikan kepentingan diri...

Apabila kita menggabungkan tenaga, pengalaman dan kepakaran...

Kita menjadi lebih kuat!
Inilah kekuatan sebenar kita.
Bukan seorang.
Bukan dua orang.
Tetapi kita semua!

Kejayaan hari ini mengajar kita satu perkara yang sangat besar.

Juara bukan lahir ketika menang.
Juara lahir ketika diuji.
Ketika kita hampir berputus asa...

Tetapi kita memilih untuk terus berjuang. Ketika keadaan tidak menyebelahi kita...

Tetapi kita memilih untuk terus percaya.Ketika jalan terasa sukar...

Tetapi kita memilih untuk terus melangkah.

Itulah mentaliti seorang juara!

Dan hari ini, kalian telah membuktikannya.

Kita bergerak dengan mentaliti juara.

Kita berjuang dengan jiwa juara.

Maka Allah izinkan kita membawa pulang kejuaraan!

Buat Anak-anak Muallim SRITI Selangor yang disayangi...

Simpan pengalaman ini.
Simpan perjuangan ini.
Simpan rasa susah yang kita lalui.

Kerana suatu hari nanti, apabila kalian berdepan dengan cabaran yang lebih besar dalam kehidupan...

Ingatlah hari ini.
Ingat bahawa kita pernah berada dalam keadaan hampir berputus asa...

Tetapi kalian terus bangkit.

Ingat bahawa kalian pernah berdepan dengan cabaran...

Tetapi kalian terus melangkah.

Dan ingat bahawa...
Dengan usaha, doa, kesatuan dan tawakal kepada Allah SWT, kita mampu mencapai sesuatu yang luar biasa.

Sekali lagi saya katakan...

MISI HAT-TRICK KITA BERJAYA!

Alhamdulillah!

KEMENANGAN INI ADALAH KEMENANGAN KITA BERSAMA!

Jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat.

Jangan berhenti di sini.

Kita pertahankan apa yang telah kita capai.

๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต ๐—ฏ๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ

๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ ๐—น๐—ฎ๐—ต๐—ถ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ-๐—ท๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚

Dan kita terus buktikan bahawa...

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—ž๐—จ๐—”๐—ง

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐—”๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—๐—œ๐—ช๐—”-๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”!

Tahniah Kontinjen SRITI Selangor!

ALHAMDULILLAH!

๐— ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐—›๐—”๐—ง-๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—–๐—ž ๐—ž๐—œ๐—ง๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—”

๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ โ€” ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—”

๐—ญ๐—จ๐—•๐—œ๐—ฅ ๐—ฆ๐—›๐—”๐—› ๐—•๐—œ๐—ก ๐—ข๐— ๐—”๐—ฅ
Pengarah
SRITI Selangor

๐Ÿ“•๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“—๐Ÿ“•๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“—๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—ฆ-๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก, ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—Assalamualaikum w.b.t.Kepada: Ibubapa...
11/08/2026

๐Ÿ“•๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“—๐Ÿ“•๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“—

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—ฆ-๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก, ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada: Ibubapa dan penjaga

Berikut adalah Borang Pendaftaran Murid Baharu bagi kemasukan tahun 2027 ke SRITI Tahfiz As-Syakirin, Pinggiran USJ.

Ibubapa dijemput mengisi borang dibawah beserta maklumatยฒ yang diperlukan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScLvqyTMzGrryOQ8mRqrfnW5Iy9LEY0i6CSDT-9aTgjmIwgwA/viewform?usp=sharing&ouid=117108557271475479486

Ibubapa boleh menghubungi M.Hanif Zabidi di talian 011-15441908.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Bahagian Pendaftaran Murid
SRITI Tahfiz As-Syakirin

Tarikh: 6 Ogos 2026

๐Ÿ“•๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“—๐Ÿ“•๐Ÿ“™๐Ÿ“˜๐Ÿ“—

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐—•๐—”๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ฆ๐—ฅ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ ๐—”๐—ฆ-๐—ฆ๐—ฌ๐—”๐—ž๐—œ๐—ฅ๐—œ๐—ก, ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—š๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฆ๐—

Assalamualaikum w.b.t.

Kepada: Ibubapa dan penjaga

Berikut adalah Borang Pendaftaran Murid Baharu bagi kemasukan tahun 2027 ke SRITI Tahfiz As-Syakirin, Pinggiran USJ.

Ibubapa dijemput mengisi borang dibawah beserta maklumatยฒ yang diperlukan.

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScLvqyTMzGrryOQ8mRqrfnW5Iy9LEY0i6CSDT-9aTgjmIwgwA/viewform?usp=sharing&ouid=117108557271475479486

Ibubapa boleh menghubungi M.Hanif Zabidi di talian 011-15441908.

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Bahagian Pendaftaran Murid
SRITI Tahfiz As-Syakirin

Tarikh: 6 Mac 2026

11/08/2026

๐Ÿ† ๐Š๐„๐๐”๐“๐”๐’๐€๐ ๐๐„๐๐”๐‡ ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€ (๐Š๐„๐’๐”๐†๐€) ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ• ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Alhamdulillah, KESUGA SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026 telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.

๐Ÿฅ‡ ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง: ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ
๐Ÿฅˆ ๐๐š๐ข๐› ๐‰๐จ๐ก๐š๐ง ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง: ๐Š๐ž๐๐š๐ก
๐Ÿฅ‰ ๐Š๐ž๐ญ๐ข๐ ๐š ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐š๐ง: ๐๐ž๐ซ๐š๐ค

Tahniah dan syabas kepada semua kontinjen, atlet, jurulatih serta pegawai yang telah memberikan komitmen dan semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan. ๐Ÿ‘๐Ÿป

Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan KESUGA SRITI Malaysia Kali Ke-7 Tahun 2026. ๐ŸŒŸ

Jumpa lagi di KESUGA akan datang, insya-Allah! ๐Ÿ†๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ









31/07/2026

๐Ÿ”ฅ ๐๐€๐‡๐€๐๐† ๐Š๐„๐’๐”๐†๐€ ๐Š๐ˆ๐€๐ ๐Œ๐„๐Œ๐”๐๐‚๐€๐Š!๐Ÿ”ฅ

๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€ ๐’๐‘๐ˆ๐“๐ˆ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ (๐Š๐„๐’๐”๐†๐€) ๐Š๐€๐‹๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ• ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” menjadi platform untuk mencungkil bakat, memperkukuh ukhwah serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam kalangan murid SRITI.

Melalui kejohanan ini, murid dididik menjadi individu yang cergas jasmani, berdisiplin, berdaya saing, mampu bekerjasama serta membentuk insan yang seimbang dari aspek JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial).

๐Ÿ“… 7โ€“9 Ogos 2026
๐Ÿ“ Pusat Asasi UIAM Kampus Gambang, Pahang

Ayuh bersama-sama memeriahkan KESUGA 2026 dan memberikan sokongan kepada semua kontinjen yang akan beraksi.

Semoga kejohanan ini menjadi medan melahirkan generasi SRITI yang cemerlang, berdaya tahan dan mampu memimpin masa hadapan.









[LENSA PROGRAM SAEIDA 2026]Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi taklimat ringkas kepada semua murid. Murid Ban...
30/07/2026

[LENSA PROGRAM SAEIDA 2026]

Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi taklimat ringkas kepada semua murid. Murid Banin digalakkan memakai kain ihram manakala murid Banat memakai telekung putih bagi mewujudkan suasana simulasi yang lebih realistik.

Aktiviti diteruskan dengan simulasi amali haji yang dijalankan di sekitar Blok A dan Taman Perindustrian UEP. Murid melalui beberapa stesen yang menggambarkan perjalanan ibadah haji seperti niat ihram, tawaf, saie dan melontar jamrah dengan bimbingan guru.

Sepanjang program, murid memberikan kerjasama yang sangat baik dan menunjukkan minat serta penglibatan yang aktif. Program berakhir pada jam 12.45 tengah hari, sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdPc) diteruskan pada jam 2.30 petang seperti yang dijadualkan.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"

๐ŸŒฟ PENDAFTARAN MURID BAHARU SMITI NEGERI SELANGOR SESI 2027 KINI DIBUKA! ๐ŸŒฟImpikan pendidikan yang membina ilmu, iman dan ...
23/07/2026

๐ŸŒฟ PENDAFTARAN MURID BAHARU SMITI NEGERI SELANGOR SESI 2027 KINI DIBUKA! ๐ŸŒฟ

Impikan pendidikan yang membina ilmu, iman dan akhlak dalam satu manhaj yang seimbang?

Di SMITI Negeri Selangor, anak-anak bukan sahaja dibimbing mencapai kecemerlangan akademik, malah diperkasakan dengan hafazan al-Quran, penguasaan bahasa, kepimpinan, tarbiyah dan pembentukan sahsiah Islam.

โœจ Manhaj Utama SMITI
๐Ÿ“– Tahfiz al-Quran & Hadis
๐ŸŽ“ Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
๐Ÿ•Œ Kurikulum Bersepadu Dini (KBD)
๐ŸŒฑ Kaffah Rabbani Thanawi
๐Ÿค Tarbiyah & Kepimpinan
๐Ÿ… Kokurikulum Berkualiti
๐Ÿ’ฌ Penguasaan Bahasa
๐Ÿ’š Islamic Behaviour Development

๐Ÿ“ฒ Imbas QR Code pada poster untuk membuat permohonan.

SMITI Negeri Selangor
"Di sini lahirnya Ulama' Rabbani."

Address

L1-70-2 Jalan Tp 7/1 Taman Perindustrian Uep
Shah Alam
47600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601115441908

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SRITI Tahfiz As-Syakirin PUSJ:

Shortcuts

Share