18/03/2026
Selamat Bermusafir semua ๐ โ๏ธ
Perjalanan ke kampung menjadi ibadah dan mendapat pahala jika mengamalka sunnah sepanjang perjalanan.
Jom semak balik
1. Pulang dengan niat yang baik untuk menjenguk kenal-kenalan dan ahli keluarga serra bersilaturrahim bersama ahli keluarga, malah akan menjadi asbab murah rezeki
Baginda ๏ทบ bersabda โSesiapa yang s**a diluaskan baginya rezeki, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturahim.โ Bukhari
Dalam riwayat lain Baginda ๏ทบ bersabda
"Sesiapa yang menziarahi orang sakit, dia berada dalam kebun syurga sehinggalah dia pulang." Riwayat Muslim
2. Solat sunat musafir 2 rakaat sebelum berangkat pulang.
Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat yang didirikan ketika seseorang itu ingin memulakan sesuatu perjalanan. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah ๏ทบ
โNabi SAW tidaklah tinggal di suatu tempat tinggal kecuali Baginda meninggalkannya dengan dua rakaat.โ Sahih Ibnu Khuzaimah
3. Berdoa sebelum keluar rumah
Rasulullah ๏ทบ mengajar satu doa yang ringkas semasa keluar dari rumah tetapi sarat dengan makna
Apabila seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca
ุจูุณูู
ู ุงููููููุ ุชููููููููุชู ุนูููู ุงููููููุ ููุง ุญููููู ููููุง ูููููุฉู ุฅููููุง ุจูุงูููููู
โDengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allahโ
maka akan dikatakan kepadanya: โEngkau telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dilindungiโ,
lalu syaitan menjauh daripadanya.โ (Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi)
4. Membaca doa naik kenderaan dan doa bermusafir. Dan pilihlah waktu yang sesuai dan disunnahkan memulakan permusafiran pada waktu pagi.
Doa naik kenderaan
ุณูุจูุญูุงูู ุงูููุฐูู ุณูุฎููุฑู ููููุง ููุฐูุง ููู
ูุง ูููููุง ูููู ู
ูููุฑูููููู
ููุฅููููุง ุฅูููููฐ ุฑูุจููููุง ููู
ููููููุจูููู
โMaha suci Allah yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedangkan kami tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kami, kami akan kembali.โ
Doa bermusafir
ุงููููููู
ูู ุฅููููุง ููุณูุฃููููู ููู ุณูููุฑูููุง ููุฐูุง ุงููุจูุฑูู ููุงูุชููููููููฐุ ููู
ููู ุงููุนูู
ููู ู
ูุง ุชูุฑูุถูููฐ
ุงููููููู
ูู ููููููู ุนูููููููุง ุณูููุฑูููุง ููุฐูุง ููุงุทููู ุนููููุง ุจูุนูุฏููู
ุงููููููู
ูู ุฃูููุชู ุงูุตููุงุญูุจู ููู ุงูุณููููุฑู ููุงููุฎููููููุฉู ููู ุงูุฃููููู
โYa Allah, kami memohon kebaikan dan ketakwaan dalam perjalanan iniโฆ permudahkan perjalanan kamiโฆ Engkaulah teman dalam musafir dan penjaga keluarga kami.โ
5. Membaca doa semasa berhenti di mana-mana perhentian
ุฃูุนููุฐู ุจูููููู
ูุงุชู ุงูููููู ุงูุชููุงู
ููุงุชู ู
ููู ุดูุฑูู ู
ูุง ุฎููููู
Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan semua makhluk. H.R. Muslim
6. Bermusafir secara berjemaah ramai ramai. Bermusafir secara berjemaah adalah sangat dituntut (sunat) untuk memudahkan bantuan, meningkatkan keselamatan, dan menghidupkan syiar Islam. Rasulullah SAW menganjurkan musafir sekurang-kurangnya tiga orang untuk kebersamaan dan kekuatan, serta menekankan adab melantik ketua kumpulan, saling membantu, dan menjaga solat berjemaah
โSeandainya manusia mengetahui apa yang terdapat sekiranya melakukan perjalanan sendirian, sebagaimana yang aku ketahui, nescaya tidak akan ada seorang penunggang pun berjalan di malam hari seorang diri.โ
Riwayat al-Bukhari (2998)
7. Isi masa di dalam kenderaan dengan bacaan selawat, tilawatul Quran, zikir beramai-ramai dan family-time borak borak untuk eratkan hubungan kekeluargaan.
8. Jaga adab dan akhlak di atas jalan raya serta patuhi lalulintas jalan raya. Jaga percakapan, banyakkan sabar dan bertolak ansur sepanjang perjalanan, semua sedang penat, semua sedang lapar, semua sedang dalam traffic jammed. Kerana sesungguhnya perjalanan musafir itu perkara yang meletihkan dan memenatkan. Baginda ๏ทบ bersabda
โPermusafiran itu adalah sekelumit daripada azab. Ianya menghalang kamu daripada tidur dan makan. Apabila telah selesai menunaikan hajat daripada permusafiran tersebut, maka segeralah kembali kepada ahli keluarganya.โ
Riwayat al-Bukhari(5429)
9. Berhenti apabila perlu dan penat, jangan membahayakan keselamatan diri.
10. Jaga solat dan amalkan rukhsah kelonggaran dalam Islam seperti solat jamak dan qasar untuk memudahkan ibadah dan melancarkan permusafiran.