26/12/2025
Adakah anda pernah belajar NLP?
Jika anda kata anda pernah belajar NLP, tahukah ap aitu ‘modeling’ dalam NLP? Dari dapatan saya kebanyakan Trainer NLP di Malaysia tidak mengajar ‘modeling’.
Saya tidak mahu berpolemik kenapa ia jadi begitu. Di sini saya ingkin kupas sedikit mengenai ‘modelling’.
Pertama saya nak nyatakan ‘Modeling’ bukan Teknik. Ia adalah roh kepada NLP.
Jika kita rewind balik ke cerita asal NLP di Santa Cruz tahun 1970-an (yang selalu saya kongsikan dalam kelas saya), NLP tidak lahir untuk mencipta Teknik. NLP lahir untuk memodel keunggulan manusia.
Bandler & Grinder tidak duduk cipta ‘SWISH pattern’ dulu. Mereka duduk perhati, dengar, mengesan, chunk dan buat perbandingan.
“Bagaimana orang ini buat apa yang mereka buat… dan bagaimana kita boleh replikasikan strukturnya?”
Itu soalan asal NLP.
Fritz Perls, Virginia Satir dan Milton Erickson.
Mereka tidak mengajar Teknik.
Mereka menjadi model hidup.
Kenapa Grinder & Bandler kecewa dengan NLP hari ini?
Sewaktu di Sepanyol, dalam kelas New Code Practitioner, saya pernah dengar Dr Grinder dan Bandler di Orlando (dan lain-lain old guards Santa Cruz) mengeluh lebih kurang berbunyi begini:
“Ramai yang melakukan Teknik NLP tanpa memahami bagaimana Teknik tersebut diwujudkan (created).”
Masalahnya bukan teknik itu salah.
Masalahnya ialah mentaliti pengguna.
Dulu: Modeling → Struktur → Prinsip → Teknik (optional)
Sekarang: Teknik → Teknik → Teknik → Muka Jualan (Sales page)
Akibatnya:
• NLP jadi toolbox, bukan epistemology
• Trainer jadi instructor, bukan modeler
• Peserta jadi pengguna, bukan penyelidik pengalaman
Apa sebenarnya ‘modeling’ dalam NLP ?
Modeling bukan:
• “Copy gaya bercakap Tony Robbins”
• “Ambil skrip Milton Erickson”
• “Ikut formula orang berjaya”
Modeling sebenar ialah:
Level 1 – Tingkah Lakul
Apa yang orang itu buat secara konsisten?
Level 2 – Strategi Kognitif
Bagaimana dia berfikir, membuat keputusan, memproses maklumat?
Level 3 – State & Fisiologi
Apakah state dalaman yang dia akses sebelum bertindak?
Level 4 – Kepercayaan & Identiti
Apa yang dia percaya tentang diri, dunia dan peranan dirinya?
Level 5 – Ekologi & Konteks
Dalam konteks apa model ini berfungsi dan bila ia gagal?
Modeling bukan “apa yang nampak”
tetapi struktur yang tidak kelihatan
Kenapa dunia NLP ‘lari’ daripada modeling?
1. Modeling susah, teknik senang. Modeling perlukan:
Kesabaran, Observation skill, Interview skill Epistemic humility
Teknik:
Boleh diajar dalam 15 minit
Boleh dijual sebagai ‘hasil segera / instant result’
2. Industri latihan menuntut hasil cepat
Market mahu:
• “Apa teknik untuk buang trauma?”
• “Skrip apa untuk yakinkan klien?”
• “Pattern apa untuk close sale?”
Bukan:
• “Bagaimana struktur dalaman trauma terbentuk?”
3. Ramai trainer tidak pernah jadi modeler
Mereka belajar NLP sebagai content. Bukan sebagai method of inquiry
Maka mereka mengajar apa yang mereka ada.
Ironinya: NLP tanpa modeling ia kehilangan identiti
Tanpa modeling:
• NLP menjadi koleksi pattern
• Boleh diganti dengan CBT, coaching tools, atau AI prompts
• Hilang keunikan asalnya
Dengan modeling:
• NLP kekal alive
• Boleh berkembang ikut zaman (AI, neuro, spirituality, Islamisasi ilmu)
• Boleh memodel bukan manusia sahaja, tetapi:
o Organisasi
o Leadership excellence
o Ulama, sufi, saintis, usahawan