27/08/2026
Setiap anak berbeza.
Ada yang cepat sedia, ada yang perlukan lebih masa, dan dua-dua normal.
Sebab tu kami tak janji tempoh. Bila anak akan pandai, tu di luar kawalan sesiapa.
Yang kami janji ialah kerjanya: ilmu, rutin, adab, pengalaman bergaul, dan kerjasama ibu ayah. Kami buat amanah pendidikan ni sebaik mungkin, setakat yang termampu dengan cara dan tenaga yang ada pada kami.
Perubahan tu p**a bergantung pada benda yang diulang setiap hari, pada kerjasama ibu ayah, pada perbualan antara kita, dan pada suasana keliling anak. Semuanya berjalan serentak.
Follow Dzul Iman untuk cerita lain macam ni.