08/06/2026
PROGRAM LATIHAN TAJAAN PENUH MAIPk
Alhamdulillah, sesi taklimat dan temuduga bagi Program Latihan Kemahiran & Penempatan Kerjaya Tajaan Penuh MAIPk telah berlangsung dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir menunjukkan minat dan kesungguhan untuk membina masa depan yang lebih cerah dalam industri penerbangan dan perkhidmatan.
Program ini memberi peluang kepada golongan asnaf dan B40 untuk mengikuti latihan kemahiran secara PERCUMA serta membuka laluan ke arah kerjaya yang lebih stabil dan berdaya saing.
Tahniah kepada calon yang berjaya ke peringkat seterusnya. Kepada yang masih menunggu keputusan, teruskan berusaha dan jangan putus asa.
🌟 Latihan Percuma
🌟 Penginapan Disediakan
🌟 Penempatan Kerjaya Disediakan
🌟 Peluang Membina Masa Depan Yang Lebih Baik
Terima kasih kepada MAIPk atas sokongan dalam membantu melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dan berdaya saing.
PeluangKerjaya AviationCareer KerjayaBelia TemudugaMAIP
::