Demind.My

Demind.My

Share

KBSM and KSSM compliance content online and ondemand education https://demind.my/

One stop center for online and on demand learning for kids Year 1 to Year 6 and Form 4 to Form 5 including Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina / India) and Sekolah Menengah.

31/08/2022

Selamat menyambut hari Kebangsaan Ke-65. Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

08/08/2022

9 FAKTOR KEJAYAAN PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN


Kejayaan pelajar dalam peperiksaan bergantung kepada beberapa faktor. Kejayaan dalam peperiksaan ialah mendapat markah yang tinggi.

Jom bersama Abang Zam kita tengok 9 faktor yang mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan.

1. BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH SEJAK DARI AWAL - Pelajar cemerlang tidak tunggu last minute. Dia belajar bersungguh-sungguh sejak dari awal tahun lagi.

2. ADA MATLAMAT PEPERIKSAAN YANG KHUSUS - Belajar mesti ada matlamat. Nak dapat berapa A? Nak score subjek apa? Matlamat ini boleh dicapai.

3. BERI TUMPUAN PENUH SEMASA GURU MENGAJAR - Semasa guru mengajar di dalam kelas, dia bagi tumpuan. Tidak main-main. Kalau belajar di rumah (PdPR) pun, dia tumpu sungguh-sungguh.

4. SENTIASA BUAT & HABISKAN KERJA SEKOLAH - Cikgu akan sentiasa bagi kerja sekolah, pelajar cemerlang akan buat dan habiskan kerja sekolah.

5. SENTIASA ULANG KAJI PELAJARAN - Nak berjaya kena selalu ulang kaji. Kena ulang baca, ulang buat latihan untuk lebih faham. Ulang, ulang dan ulang.

6. RANCANG & GUNA MASA DENGAN BERKESAN - Nak cemerlang kena guna dan manfaatkan masa dengan baik. Bahagikan masa dengan baik. Ada masa belajar, ada masa bermain, ada masa rehat dan tidur.

7. SENTIASA BERSIKAP POSITIF & YAKIN PADA DIRI - Orang yang berjaya tidak sabotaj diri. Sentiasa positif dan sangka baik pada diri sendiri. Yakin kita akan berjaya.

8. MINTA BANTUAN GURU, IBU BAPA & KAWAN JIKA ADA MASALAH - Bila ada masalah dalam pembelajaran, tanya cikgu, tanya mak bapak atau tanya kawan-kawan yang tahu. Kongsi masalah. Jangan duduk diam.

9. SENTIASA SOLAT & BERDOA KEPADA ALLAH - Pelajar Islam sentiasa lakukan solat lima waktu, solat sunat pun boleh buat dan berdoa serta bertawakal kepada Allah.

Baca, faham dan jom amalkan. Kita boleh. Insya-Allah.



29/07/2022

Selamat menyambut tahun baru 1444 Hijrah daripada Demind.My

15/06/2022

DEMIND.MY SEBAGAI PERSEDIAAN AWAL MENGHADAPI SPM

Esok keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan. Pasti berdebar-debarkan?

Apa pun, kita semua sudah berusaha sebaik yang mungkin. Min doakan pelajar-pelajar mendapat keputusan yang terbaik dan cemerlang.

Bagi calon-calon SPM 2022 tahun ini, atau calon-calon peperiksaan yang lain, jom kita buat persediaan awal dengan melanggan demind.my

Bila ada demind.my ni, para pelajar boleh belajar, mengulangkaji di mana-mana jua dan pada bila-bila masa.

Lebih menarik kerana pembelajaran dengan demind.my ialah bertalaqi atau berhadapan dengan guru itu sendiri melalui tontonan video pengajaran mengikut subjek dan mata pelajaran yang kita pilih.

Macam mana nak langgan demind.my? Senang jer, jom layari laman web demind.my dan review di sana serta terus buat langgan secara online. Mudahkan.

Jom layari https://demind.my/ sekarang dan buat persediaan untuk menghadapi SPM 2022 daripada sekarang!





07/06/2022

ERA PENDIDIKAN DIGITAL

Sejak awal tahun 2010 lagi, dunia telah memperkatakan tentang Revolusi Industri 4.0 (RI4.0). Antara ciri utama RI4.0 ialah "internet of thing".

Hari ini, segala-galanya menjadi digital dan banyak aktiviti kehidupan kita dimudahkan dengan "capaian di hujung jari" dengan adanya internet.

Sekarang, telefon bimbit dengan kemudahan internet merupakan keperluan dan setiap hari kita hidup dengannya.

Pada ketika kita dilanda pandemik Covid-19 (sekarang endemik) dan hampir dua tahun kita diminta 'mengurung diri' di dalam rumah, dunia luar hanya terhubung dengan internet termasuk pendidikan.

Pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) menjadi sebutan di kalangan para murid, ibu bapa dan guru. Ada yang boleh menerimanya dengan baik dan ada yang agak skeptikal disebabkan capaian internet yang lemah atau ketiadaan gajet yang sesuai untuk menerima "pengajaran dan pembelajaran jarak jauh" ini.

Apa pun, itulah permulaan dan kini hari demi hari, ramai di kalangan kita sama ada guru, para pelajar dan ibu bapa telah menerima PdPR sebagai satu kaedah pendidikan yang penting.

Kami di demind.my menyedari kepentingan itu dan menawarkan kaedah pengajaran dan pembelajaran digital secara moden dan terkini yang boleh dicapai oleh para pelajar di mana-mana jua dan pada bila-bila masa sahaja.

Terdapat puluhan ribu video yang boleh diakses dengan mudah dan dilanggan pada harga mampu milik untuk mendapatkan pengalaman pembelajaran yang hebat dan berkesan.

Ibu bapa tidak perlu risau tentang pembelajaran anak-anak waima pun anak-anak berada di rumah sepanjang masa kerana mereka masih boleh belajar hanya di hujung jari mereka.

Kita sudah tidak perlu risau apabila anak-anak mahu menggunakan telefon bimbit dan internet kerana demind.my menyediakan konten yang boleh mereka isi dengan aktiviti pembelajaran.

demind.my menjadi sebahagian daripada konten pendidikan digital yang menyeronokkan para pelajar untuk mengikuti pembelajaran mereka.

Jom layari https://demind.my/ dan alami pengalaman hebat trend pendidikan masa kini dengan melanggan demind.my




04/06/2022

Cuti sekolah datang lagi. Anak-anak pelajar bercuti seminggu.

Tahukah anda bahawa anak-anak pelajar ini masih boleh belajar dan mengulangkaji pelajaran walaupun sekolah sedang bercuti.

Kini, ada demind.my. Ya, demind.my, layari laman web ini sekarang: https://demind.my

Demind.my satu-satunya portal pembelajaran digital yang boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

Jom layari laman web https://demind.my dan nikmati pengalaman pembelajaran digital yang hebat dan menarik.

31/05/2022

NEW EDUCATION PRODUCT OVERVIEW (NEPO 7.0)
(Pengenalan Produk Baharu Pendidikan Digital)

Kami menjemput khas Tuan/Puan untuk mengikuti sesi penerangan secara dalam talian (Google Meet) tentang *demind.my* yang akan diadakan pada:

Tarikh: 31 Mei 2022 (Selasa)

Masa: 9.00 malam

Aplikasi Google Meet
Melalui link di bawah:
https://meet.google.com/ypy-yhwv-vsy

NEPO 7.0 akan memperkenalkan demind.my sebagai portal pengajaran dan pembelajaran (PdP) video dalam talian untuk pelajar-pelajar sekolah.

demind.my juga menawarkan peluang ibu bapa untuk MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN dengan menggalakkan lebih ramai pelajar lain melanggan demind.my.

Tuan/Puan juga dijemput menyertai sesi ini dan dialu-alukan MEMANJANGKAN JEMPUTAN INI kepada rakan ibu bapa lain supaya mereka juga boleh melanggan demind.my demi manfaat bersama.

Terima kasih




16/05/2022

Demind.My mengucapkan "SELAMAT HARI GURU" kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Pengorbananmu menghidupkan seluruh jagat, jasamu dikenang sepanjang hayat.

10/05/2022

4 TIPS UNTUK KEKAL BERSEMANGAT

Selamat kembali semua. Ya, semalam ramai dah kembali bekerja dan anak-anak pun dah kembali ke sekolah semula.

Lebih seminggu bercuti, ada yang masih lemau dengan lemang dan ketupat? Jom Min kongsikan empat tips untuk kekal bersemangat seleas bercuti.

Pertama, UBAH CARA BERFIKIR. Nak fikir macam mana? Ya, set minda kita bahawa cuti dah habis. Sekarang adalah masa untuk kita kembali bekerja. Sekarang adalah masa untuk kembali ke sekolah. Jangan bermalas-malas lagi atau biarkan fikiran kita dihantui keseronokan berhari raya lagi.

Kedua, BERSAING SECARA POSITIF. Kita kena bersaing atau berlumba. Ada orang sudah maju dan laju ke hadapan. Kita kena kejar untuk bersaing dengannya secara positif. Bangun dan lawan rasa malas.

Ketiga, CARI ATAU ADAKAN ROLE-MODEL. Kita kena ada contoh kejayaan macam mana yang kita nak. Kita kena cari satu model yang boleh kita ikut untuk berjaya macam model itu tetapi dengan cara kita sendiri. Baru kita ada motivasi dan semangat.

Keempat, REWARD DIRI SENDIRI. Berilah ganjaran kepada diri sendiri sekali pun atas kejayaan-kejayaan kecil. Ini akan memberi semangat kepada kita. Tak perlu juga reward yang besar-besar, contohnya "lepas habis kerja ni, aku nak berehat 10 minit." Itu pun reward juga.

Selamat maju jaya.

Layari laman web demind.my sekarang dan jadilah sebahagian daripada keluarga kami: https://demind.my/



01/05/2022

demind.my mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf zahir dan batin.

01/05/2022

demind.my ialah portal pengajaran dan pembelajaran melalui video yang menarik dan memberi kesan maksimum kepada para pelajar.

Melalui demind.my pelajar menonton video pengajaran guru profesional mengikut subjek dan topik yang mereka ingini.

Pelajar juga boleh memilih masa dan di mana-mana saja mereka berada untuk belajar.

Jom tonton testimoni para pelajar yang sudah melanggan demind. Anda bila lagi?

Layari laman sesawang demind.my untuk maklumat lanjut.




Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


No. 12-1, Jalan Presiden F U1/F, Accentra Business Park
Shah Alam
40150