FITAC PSA

FITAC PSA Pusat Akademik dan Teknologi Instruksional Terkedepan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

24/07/2026

๐๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐š๐๐š ๐Ž๐ ๐จ๐ฌ ๐ข๐ง๐ข!๐Ÿ“ข

๐Ÿ†Pertandingan Kemahiran Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCCSkills) 2026 bakal membuka tirai!

๐Ÿ—“ 3 โ€“ 6 Ogos 2026
๐Ÿ“ Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)

๐Ÿš€Bersedia menyaksikan peserta mempamerkan kemahiran, kreativiti dan inovasi dalam pelbagai bidang.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Ketua Pengarah JPPKK - Shamsuri Abdullah
Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Sosial Media Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

๐Ÿ“š DAY 2 | 21 Julai 2026 (Selasa)Latihan Peningkatan Kursus Pembangunan Interaktif eBook Menggunakan Augmented Reality (A...
21/07/2026

๐Ÿ“š DAY 2 | 21 Julai 2026 (Selasa)

Latihan Peningkatan Kursus Pembangunan Interaktif eBook Menggunakan Augmented Reality (AR).

Hari kedua latihan diteruskan dengan sesi Augmented Reality (AR) yang dikendalikan oleh Pn. Ummu Hani dari Kolej Komuniti Selayang. Dalam sesi ini, para peserta didedahkan kepada penggunaan WorldCAST untuk membangunkan pengalaman AR serta Meshy bagi menghasilkan model 3D yang boleh diintegrasikan ke dalam eBook interaktif.

Melalui aktiviti amali, peserta berpeluang menghasilkan kandungan AR dan model 3D sendiri untuk menjadikan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) lebih menarik, interaktif dan imersif.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Ummu Hani atas perkongsian ilmu, tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat bermanfaat.

๐Ÿ“š DAY 1 | 20 Julai 2026 (Isnin)Latihan Peningkatan Kursus Pembangunan Interaktif eBook Menggunakan NotebookLMHari pertam...
20/07/2026

๐Ÿ“š DAY 1 | 20 Julai 2026 (Isnin)
Latihan Peningkatan Kursus Pembangunan Interaktif eBook Menggunakan NotebookLM

Hari pertama Latihan Peningkatan Kursus Pembangunan Interaktif eBook Menggunakan NotebookLM anjuran Pusat Akademik dan Teknologi Instruksional Terkedepan (FITAC), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berlangsung dengan jayanya.

Latihan ini menghimpunkan 20 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan penyelaras e-Learning daripada semua jabatan akademik iaitu JKA, JKE, JKM, JPG, JPA dan JMSK, dengan matlamat utama membangunkan eBook interaktif sebagai bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih menarik, inovatif dan selari dengan transformasi pendidikan digital.

Sesi hari pertama telah dikendalikan oleh Pn. Halimaton Saadiah binti Sadon, yang berkongsi penggunaan NotebookLM, platform berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang membantu pensyarah menyusun rujukan, menjana kandungan dan mempercepat proses pembangunan eBook secara lebih sistematik dan berkualiti.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Pn. Halimaton atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat serta kepada semua peserta atas komitmen dan penglibatan aktif sepanjang sesi.

https://www.fitacpsa.com/

*AI dalam Pendidikan: Dari Idea ke Inovasi*Alhamdulillah, Program Latihan Peningkatan Kursus Pembangunan Bahan Digital P...
16/07/2026

*AI dalam Pendidikan: Dari Idea ke Inovasi*

Alhamdulillah, Program Latihan Peningkatan Kursus Pembangunan Bahan Digital Pembelajaran Artificial Intelligence (AI) anjuran Pusat Akademik dan Teknologi Instruksional Terkedepan (FITAC), Politeknik Shah Alam telah berjaya dilaksanakan pada 13โ€“15 Julai 2026.

Program ini menghimpunkan pensyarah daripada pelbagai jabatan bagi meningkatkan kemahiran dalam membangunkan bahan pembelajaran digital berasaskan AI yang lebih interaktif, kreatif dan berimpak tinggi.

Sesi kemuncak program menyaksikan pembentangan hasil pembangunan projek AI oleh semua peserta yang telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Dr. Ahmad Aftas bin Azman.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Dr. Ahmad Aftas bin Azman atas kesudian hadir memberikan sokongan, pandangan serta kata-kata semangat kepada semua peserta.

โœจ Tahniah kepada semua peserta atas komitmen, kreativiti dan semangat pembelajaran yang ditunjukkan sepanjang program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk memperkasakan inovasi PdP serta memperkukuh agenda pendigitalan pendidikan di Politeknik Shah Alam.

"Membina Inovasi Hari Ini, Mentransformasikan Pembelajaran Masa Hadapan."

https://www.fitacpsa.com/

20/06/2026

Utk hari Ahad 21 Jun 2026 sahaja tau

20/06/2026
20/06/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐“๐ž๐œ๐ก๐ง๐จ-๐‡๐ฎ๐Ÿ๐Ÿ๐š๐ณ ๐๐’๐€ ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐Œ๐š๐ฃ๐ฅ๐ข๐ฌ ๐Š๐ก๐š๐ญ๐š๐ฆ ๐€๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐€๐Š๐‡๐€๐“ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

KUALA KUBU BHARU, 20 Jun โ€“ Seramai 11 orang pelajar Program Techno-Huffaz Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran Program Pensijilan Tahfiz Darul Quran (MAKHAT 2026) yang berlangsung pada Sabtu di Dewan Muktamar Darul Quran, Kuala Kubu Bharu.

Majlis ini menghimpunkan dan meraikan para hafiz dan hafizah daripada institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara yang mengikuti Program Pensijilan Tahfiz hasil kolaborasi antara institusi masing-masing dengan Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis tersebut merupakan penghargaan atas kesungguhan para pelajar dalam menamatkan pengajian dan hafazan Al-Quran sepanjang mengikuti program pensijilan tahfiz.

Tahniah kepada semua pelajar yang diraikan. Semoga terus istiqamah memelihara hafazan Al-Quran serta menjadi huffaz profesional yang cemerlang dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Media Sosial Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

20/06/2026

๐ŸŒŸ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐‚๐Œ๐„๐“ ๐๐’๐€! ๐ŸŒŸ

Sukacita dimaklumkan bahawa Centre for Medical Electronic Technology (CMET), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), telah berjaya mencatatkan pencapaian cemerlang dengan memperoleh ๐Ÿ• ๐†๐Ž๐‹๐ƒ dalam Sesi Verifikasi Pencapaian 7 KPI Centre of Technology (CoT) Tahun 2025.

Pencapaian ini merupakan hasil komitmen, dedikasi dan usaha berterusan seluruh warga CMET, serta sokongan padu daripada pihak pengurusan PSA dalam memastikan kecemerlangan dan kelestarian Centre of Technology.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan PSA atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama yang sentiasa diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.

๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐˜๐—ฒ . ๐—ฆ๐˜†๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ด๐—ถ๐˜‡๐—ฒ . ๐—”๐—ด๐—ถ๐—น๐—ฒ

Politeknik.kolejkomuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi



Media Sosial Rasmi PSA :
https://psa.mypolycc.edu.my/
https://www.instagram.com/psa_pssaas
https://www.facebook.com/pssaas/
https://x.com/PSA_PSSAAS
https://tiktok.com/
https://www.youtube.com/

Kami mengucapkan โœจ Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga  , khususnya warga   serta rakan2 kolabor...
26/05/2026

Kami mengucapkan โœจ Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh warga , khususnya warga serta rakan2 kolaborasi dan umat Islam yang menyambutnya.

Perbanyakkan takbir dan eratkan ukhwah sesama muslimin dan muslimat.

Rasulullah SAW bersabda:

โ€œSesungguhnya yang pertama kami mulakan pada hari ini ialah solat, kemudian kami pulang lalu menyembelih korban.โ€
โ€” Riwayat Imam al-Bukhari

โ€œTaqabbalallahu minna wa minkumโ€
Semoga Allah menerima segala amal ibadah kita.

13/05/2026

Address

Persiaran Usahawan, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Shah Alam

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60351634000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FITAC PSA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to FITAC PSA:

Shortcuts

Share