10/05/2026
Siapa kita pada hari ini bermula daripada didikan seorang ibu.
Di sebalik setiap kejayaan, nilai murni, dan langkah yang kita capai, terselit pengorbanan, nasihat, dan didikan yang telah dicurahkan sejak kecil.
Terima kasih ibu, kerana bukan sekadar membesarkan kami, tetapi membentuk kami menjadi insan yang lebih baik.
Selamat Hari Ibu kepada semua insan hebat yang mendidik dengan penuh kasih dan keikhlasan ❤️
Ikhlas daripada
Yayasan Pendidikan Rakyat
06/05/2026
Setinggi-tinggi ucapan tahniah daripada pihak Yayasan Pendidikan Rakyat buat Puan Nur Amira Binti Mohd Nazari atas pelantikan sebagai Chief Operating Officer!
Semoga amanah ini digalas dengan penuh dedikasi dan terus membawa kejayaan kepada Yayasan Pendidikan Rakyat 🚀
04/05/2026
Terima kasih dan tahniah kepada para pelajar Yayasan Pendidikan Rakyat (YPR) bagi program Master of Business Administration (MBA), kerana sudi hadir ke sesi kelas fizikal di Dewan Kolej Universiti Inovatif (IUC) pada 2 Mei 2026 (Sabtu) yang lalu.
Semoga perkongsian ilmu bersama profesor dan team IUC memberi manfaat yang besar, serta menjadi pembakar semangat untuk terus istiqamah dalam perjalanan pengajian Master anda.
03/05/2026
Mengurus masa bukan bermaksud memenuhi setiap minit dengan kerja.
Ia tentang tahu apa yang perlu diberi perhatian, bila masa sesuai untuk bertindak, dan bila masa untuk berhenti seketika.
Bila masa diurus dengan baik, tekanan juga akan lebih terkawal.
01/05/2026
Di sebalik setiap kemajuan,
ada usaha, pengorbanan dan dedikasi insan-insan yang bekerja tanpa mengenal penat.
Hari ini, kita raikan setiap pekerja yang terus memberi yang terbaik dalam bidang masing-masing.
Terima kasih atas segala jasa, komitmen dan semangat yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.
Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026.
Setiap usaha anda amat dihargai.