09/10/2024
SHAHNON AHMAD SECOND COUNTRY SEMINAR AWARD PRESENTATION
On this day in 1982, YBhg. Prof. Datuk Shahnon bin Ahmad received the Second National Literature Award from DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Late Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, which is in the Grand Court in the Bankuasi Hall, Parliament Building, Kuala Lumpur.
A child born in S*k, Kedah brings home RM30,000.00 cash and other facilities. He, who is the Director of the Islamic Center, University of Science Malaysia, began to be famous as a writer around the mid-1950s when he frequently produced scripts and essays. He produced his first novel, Rentong in 1965 and later followed by the novel Exposedah.
In 1966, he produced his most memorable novel, Ranjau All the Way. The novel was so pop**ar that it was translated into English as No Harvest But A Thorn and was listed as one of the 10 most captivating novels of 1972 by the panel of The Sydney Morning Herald. Besides this mentioned novel, the Honorable Prof. Datuk Shahnon produced more than 30 works of writing spanning novels, fiction, essays and studies.
For more information, visit https://hids.arkib.gov.my or download the HIDS app on Google Play Store and Apple Apps Store.
HIDS was also aired on:
1) 34 radio stations owned by RTM.
2) Radio Ikim. fm by name Time Capsule at 10.00am and 4.00pm.
08/10/2024
MAJLIS PECAH TANAH TAMAN PENDIDIKAN ABDULLAH FAHIM
Pada hari ini dalam tahun 2000, Majlis Pecah Tanah Taman Pendidikan Abdullah Fahim disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri di Kepala Batas, Pulau Pinang. Projek pembinaan di atas tanah seluas 125.6 hektar dan berharga RM600 juta ini dikendalikan oleh Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP).
Projek ini diwujudkan untuk kepentingan masyarakat setempat dalam usaha menerapkan bidang ekonomi berasaskan ilmu. Selain itu, ia juga dijadikan sebagai pusat kecemerlangan ilmu di kawasan segi tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand. Projek ini mengambil nama sempena Allahyarham Abdullah Fahim, seorang tokoh ulama terkenal di rantau ini. Projek ini merupakan nadi penggerak kepada perkembangan industri pendidikan berteknologi tinggi, khususnya di Wilayah Utara Semenanjung Malaysia.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
07/10/2024
FOURTH ASIAN REGIONAL CONFERENCE ON POST, TELEGRAPH AND TELEPHONE INTERNATIONAL (PTTI)
On this day in 1968, the Inauguration Ceremony of the Fourth Asian Regional Conference for Posts, Telegraph and Telephones International (PTTI) was attended by YAB Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein, Deputy Prime Minister at Tunku Abdul Rahman Hall, Kuala Lumpur. The four-day conference was attended by 130 representatives from 11 countries. The conference was organized aimed at enabling delegates to exchange ideas in an effort to establish better relationships between employers and trade unions in their respective countries.
In his inauguration speech, YAB Tun Abdul Razak stated that trade unions of developing countries should give priority to the overall economic interest of the country and attract more investors from within and abroad.
For more information, visit https://hids.arkib.gov.my or download the HIDS app on Google Play Store and Apple Apps Store.
HIDS was also aired on:
1) 34 radio stations owned by RTM.
2) Radio Ikim. fm by name Time Capsule at 10.00am and 4.00pm.
06/10/2024
PEMBUNUHAN SIR HENRY GURNEY
Pada hari ini dalam tahun 1951, Sir Henry Lovell Goldsworthy Gurney atau lebih dikenali sebagai Sir Henry Gurney, menjadi mangsa serang hendap pengganas-pengganas komunis di Kilometer 90.4, Jalan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Dalam kejadian ini, Sir Henry Gurney yang menyedari nyawa isteri dan setiausahanya dalam keadaan bahaya, memberanikan diri keluar dari kereta dalam usaha menyelamatkan mereka namun tindakannya itu menyebabkan beliau terkorban. Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Inggeris di Tanah Melayu pada 13 September 1948 bagi menggantikan Sir Edward Gent yang terkorban dalam nahas kapal terbang. Sir Henry Gurney mendapat kepercayaan, keyakinan dan penghormatan dari masyarakat negara ini kerana usahanya mengekang kegiatan komunis menerusi kawalan makanan, penempatan semula setinggan yang menjadi ancaman komunis, merancang pembangunan sosial dan ekonomi serta menyusun gerakan pasukan-pasukan keselamatan. Ini meletakkan beliau sebagai seorang pentadbir Inggeris yang berjaya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
05/10/2024
MAJLIS PERASMAN PELANCARAN PEMBINAAN MAKTAB RENDAH SAINS MARA FELDA TROLAK
Pada hari ini dalam tahun 2007, Majlis Perasmian Pelancaran Pembinaan Maktab Rendah Sains MARA FELDA Trolak disempurnakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Feldajaya Utara Trolak, Slim River, Perak. Maktab Rendah Sains MARA FELDA (MRSMF) yang dibina dengan kos sebanyak RM103.8 juta ini merupakan MRSM terbesar yang dibina. Ia juga merupakan MRSM pertama yang dibina dalam kawasan tanah rancangan FELDA di atas tanah seluas 25 hektar. MRSM ini dapat menampung kira-kira 1,050 orang pelajar dengan 80 peratus kuotanya akan diperuntukkan kepada anak-anak peneroka FELDA manakala selebihnya adalah untuk para pelajar yang berkelayakan dari seluruh negara. Penubuhan MRSMF ini bertujuan untuk memberi peluang kepada anak-anak peneroka FELDA untuk meningkatkan kualiti pendidikan mereka.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
04/10/2024
Upacara Pecah Tanah Menara Kuala Lumpur
Pada hari ini dalam tahun 1991, Upacara Pecah Tanah Menara Kuala Lumpur disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri di Kuala Lumpur. Menara konkrit tertinggi di Asia yang terletak di puncak Bukit Nanas dengan ketinggian 420 meter ini akan mengendalikan perkhidmatan telekomunikasi luar dan dalam negara termasuk perkhidmatan penghantaran teks dan gambar menggunakan teknologi canggih.
Selain daripada menjadi bangunan yang dilengkapi dengan peralatan telekomunikasi, menara ini turut menempatkan pejabat, kedai, restoran dan kemudahan seharian. Reka bentuknya yang menarik hasil idea YBhg. Datuk Nik Mohamad bin Nik Mahmud, Pengarah Urusan Kump**an Senireka Sdn. Bhd. menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai mercu tanda yang gah di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
03/10/2024
KHAMIS | 3 OKTOBER 2024
Assalamualaikum W.B.T,
Salam Sejahtera
SELAMAT DATANG KE UITM✨
Kami barisan Ahli jawatankuasa Sekretariat Rukun Negara UiTM Cawangan Selangor 2024/2025 ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua mahasiswa/i baharu bagi sesi 2024/2025
Semoga semua mahasiswa/i berjaya di masa hadapan serta mencapai cita-cita yang diimpikan.
Sekian, terima kasih.
"Rukun Negara Di Hati
Cerminan Mahasiswa Patriotik"
Ahli Jawatankuasa
Sekretariat Rukun Negara (SRN)
UiTM Cawangan Selangor.
03/10/2024
KHALIDAH ADIBAH BINTI AMIN DIPILIH PENERIMA PERTAMA ANUGERAH TOKOH TERJEMAHAN NEGARA
Pada hari ini dalam tahun 2012, YBrs. Puan Khalidah Adibah binti Amin dianugerahkan Anugerah Tokoh Terjemahan Negara 2012 pada Majlis Penyampaian Anugerah Terjemahan Negara 2012 ITBM–PPM 2012 di Putrajaya. Anak jati Johor berusia 76 tahun ini merupakan penerima sulung anugerah yang diperkenalkan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) dan Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM). Beliau membawa p**ang wang tunai RM10,000.00, plak dan sijil penghargaan. Pemilihan beliau dibuat berdasarkan sumbangan yang besar dalam bidang penterjemahan negara. Antara karya terjemahan beliau ialah novel _Ranjau Sepanjang Jalan_ karya Shahnon Ahmad yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dengan tajuk _No Harvest But Thorn_, _Rimba Harapan_ karya Keris Mas yang diterjemahkan kepada bahasa Inggeris dengan tajuk _Jungle of Hope dan Before it is Too Late_ karya Aurelio Peccei dan Daisaku Ikeda yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu dengan tajuk _Sebelum Terlewat_.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
03/10/2024
MAJLIS PERASMIAN HENTIAN PUDURAYA
Pada hari ini dalam tahun 1976, Majlis Perasmian Hentian Puduraya disempurnakan oleh YAB Dato’ Hussein bin Dato’ Onn di Kuala Lumpur. Hentian Puduraya dibina di kawasan seluas tiga ekar dan terletak 3.5 meter di bawah Jalan Pudu. Pembinaan Hentian Puduraya yang baharu bagi perkhidmatan bas bermula pada tahun 1973 dan siap sepenuhnya pada 1 September 1976. Hentian ini dibina bagi menyediakan perkhidmatan bas ke bandar-bandar di seluruh Semenanjung Malaysia, Singapura dan Selatan Thailand.
Selain itu, hentian ini juga dapat mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Hentian ini mempunyai 24 ruang tempat letak bas dan boleh memuatkan sebanyak 40 buah bas.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
01/10/2024
PEMBENTUKAN MAHKAMAH TINGGI MALAYSIA
Pada hari ini dalam tahun 1963, Mahkamah Tinggi Malaysia secara rasmi dibentuk dalam satu majlis yang diadakan di bangunan Mahkamah Tinggi Persekutuan di Kuala Lumpur. Ucapan perasmian disampaikan oleh YAA Dato’ Sir James Beveridge Thomson, Ketua Hakim Negara manakala ucapan alu-aluan p**a disampaikan oleh YBhg. Dato’ C. M. Sheridan, Peguam Agong Negara. Turut hadir pada majlis bersejarah ini ialah YAA Dato’ Syed Sheh bin Syed Hassan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya; YAA Sir Campbell Wylie, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Borneo dan YAA Wee Chong Jin, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Singapura.
YAA Dato’ Sir James dalam ucapan perasmian menegaskan para peguam agar menjalankan proses undang-undang dengan bijaksana dan mengingatkan semua untuk melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh. Dalam ucapan alu-aluannya, YBhg. Dato’ C. M. Sheridan menyifatan bahawa pembentukan Mahkamah Tinggi Malaysia ini adalah satu proses untuk menyatupadukan rakyat dari segi keadilan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
30/09/2024
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN MAHKAMAH WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN
Pada hari ini dalam tahun 2003, Majlis Perasmian Bangunan Mahkamah Wilayah Persekutuan Labuan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong di Wilayah Persekutuan Labuan. Bangunan setinggi tiga tingkat ini dibina dengan kos sebanyak RM6 juta. Mahkamah Labuan mula beroperasi sejak tahun 1960an.
Pada awal penubuhannya, Mahkamah Labuan merupakan sebuah mahkamah kecil yang beroperasi di sebuah bangunan lama yang kemudiannya diserapkan pentadbirannya di bawah Jabatan Kehakiman Sabah untuk dinaik taraf sebagai Mahkamah Majistret. Bangunan baharu Mahkamah Labuan ini dibina bagi menggantikan bangunan lama yang tidak lagi mampu menampung keperluan semasa pentadbiran keadilan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.
29/09/2024
MAJLIS PELANCARAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TEKS BAHASA KEBANGSAAN
Pada hari ini dalam tahun 2003, Majlis Pelancaran Perlembagaan Persekutuan Teks Bahasa Kebangsaan disempurnakan oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong di Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama versi sahih Perlembagaan Persekutuan dikeluarkan dalam bahasa kebangsaan sejak ia kali pertama digubal dalam bahasa Inggeris pada tahun 1957.
Perlembagaan ini juga akan disahkan dan dijadikan rujukan sahih bertepatan dengan peruntukan Perkara 160B Perlembagaan Persekutuan (Pindaan 2001) yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong menetapkan terjemahan itu sebagai teks sahih. Penakrifan ini juga memenuhi Seksyen 6 Akta Bahasa Kebangsaan 1967 yang memperuntukkan segala Rang Undang-Undang, Akta Parlimen, Enakmen, Perundangan Subsidiari dan Ordinan dibuat dalam bahasa kebangsaan dan Inggeris tetapi hanya teks kebangsaan dianggap sebagai yang sahih.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari https://hids.arkib.gov.my atau muat turun aplikasi HIDS di Google Play Store dan Apple Apps Store.
HIDS juga bersiaran di:
1) 34 stesen radio milik RTM.
2) Radio Ikim.fm dengan nama Kapsul Masa pada pukul 10.00 pagi dan 4.00 petang.