03/11/2020
Nak menyesal tapi dah terlambat, Nak marah tapi salah diri sendiri. Kecewa ,sedih semuanya bercampur baur. Itulah perasaan saya Ketika itu.😭
Anak saya mengalami masalah mata juling berpunca dari telefon. Tapi itu semua salah saya, masa dia berumur 3 tahun saya dah kenalkan dia dengan telefon sebab tak nak dia ganggu saya buat kerja.
Saya beri Adrian main telefon tanpa pengawasan. Kadang-kadang dia akan bermain fon lebih 5 jam sehari. Disebabkan terlalu fokus pada skrin telefon, mata dia jadi “lazy eyes”.
Kali Pertama saya bawa dia jumpa Dr pakar mata pada September tahun lalu. Masa buat check up, doktor kata Adrian rabun dan power pun tinggi, tak sesuai dengan umur dia. Doktor sarankan pakai cermin mata untuk tegakkan mata dia semula, tapi kalau mata dia tak normal semula, jalan terakhir adalah pembedahan. Sayu hati saya bila perkataan “bedah” keluar dari mulut doktor. Ibu mana yang tak sedih bila dengar anak yg usianya baru 4 tahun nak kena bedah. Ini semua salah saya sebab kenalkan dia dengan dengan gejet di usia muda.
Tapi syukur alhamdulillah, kali terakhir check-up rabun dia dah makin turun. Sekarang Adrian masih lagi kena pakai spec dan saya sangat-sangat menghadkan waktu dia untuk bermain gajet. Mula-mula tu memang susah juga, tapi kena kental dan pandai pujuk. Saya kena buat benda yang sama jugak dekat adiknya, Amanda, sebab saya tak nak pisang berbuah dua kali, cukuplah Adrian sahaja yang menjadi mangsa kealpaan saya.
Buat ibu bapa di luar sana, ambil kisah ini sebagai ikhtibar dan teladan, Jangan dedahkan anak-anak dengan gejet terlalu awal bimbang memudaratkan mereka di masa depan.
Sebab itulah saya hadiahkan buku magic berbunyi nie dekat Adrian dan Amanda. Saya tak nak mereka ketagih gejet lagi. Terima kasih mommyhana sebab keluarkan produk seperti My first book, banyak membantu anak saya dari terus ketagih gajet. .
-Rosnani-
http://www.wasap.my/60137967884/nakorder:/
http://www.wasap.my/60137967884/nakorder:/