BITCOM UiTM

BITCOM UiTM

Share

Business Innovation & Technology Commercialization (BITCOM), Universiti Teknologi MARA, UiTM

Photos from BITCOM UiTM's post 07/05/2026

🀝 Courtesy Visit Delegasi MTDC ke Pejabat Naib Canselor UiTM 🀝

πŸ“… 23 April 2026
πŸ“ Pejabat Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Business Innovation & Technology Commercialization Centre (BITCOM) telah mengiringi delegasi daripada MTDC dalam satu kunjungan hormat ke Pejabat Naib Canselor UiTM bagi membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang inovasi, pengkomersialan teknologi serta pembangunan ekosistem penyelidikan dan industri.

Rombongan delegasi MTDC telah diketuai oleh Group CEO, Ts. Hj. Mohammad Hazani Hj. Hassan. Manakala pihak UiTM diwakili oleh Prof. Dr. Haswira Nor Mohamad Hashim, Prof. Ts. Dr. Asmah serta rakan-rakan penyelidik UiTM.

Sesi pertemuan ini turut membuka ruang perbincangan berkaitan peluang kolaborasi yang dapat memperkukuh jaringan antara akademia dan industri, selaras dengan aspirasi universiti dalam memperkasa agenda pemindahan teknologi dan impak penyelidikan.

Semoga hubungan strategik ini terus diperkukuh demi memacu kecemerlangan inovasi dan pengkomersialan di peringkat nasional serta antarabangsa.

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja 2026! 🌟

BITCOM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja yang terus berusaha, berinovasi dan menyumbang kepada pembangunan negara.

β€œPekerja Madani Kesuma Bangsa” bukan sekadar tema, tetapi cerminan dedikasi, kecekalan dan semangat kolaborasi dalam memacu kemajuan bersama.

Teruskan melangkah ke hadapan, memperkasa inovasi dan mencipta impak! πŸš€

Photos from BITCOM UiTM's post 30/04/2026

πŸ“’ SIRI LAWATAN PENGKOMERSIALAN & PRODUCT SCOUTING BITCOM | MAC – APRIL 2026

BITCOM telah melaksanakan siri lawatan pengkomersialan dan product scouting sepanjang bulan Mac dan April 2026 melibatkan fakulti-fakulti kejuruteraan serta Centre of Excellence (CoE) di UiTM Shah Alam.

Program ini merupakan inisiatif strategik BITCOM dalam mengenal pasti inovasi berpotensi tinggi untuk dibawa ke fasa pengkomersialan serta memperkukuh ekosistem RDICE UiTM.

Lokasi dan tarikh pelaksanaan termasuk:
πŸ“ Fakulti Kejuruteraan Elektrik – 9 Mac 2026
πŸ“ Fakulti Kejuruteraan Awam – 30 Mac 2026
πŸ“ Institute for Infrastructure Engineering and Sustainable Management (IIESM) – 30 Mac 2026
πŸ“ Fakulti Kejuruteraan Kimia – 17 April 2026
πŸ“ Fakulti Kejuruteraan Mekanikal – 27 April 2026

Sepanjang siri lawatan ini, fokus utama adalah:
πŸ”Ή Perkongsian berkaitan perlindungan harta intelek
πŸ”Ή Perkongsian strategi pengkomersialan & pemindahan teknologi
πŸ”Ή Sesi product pitchingoleh penyelidik UiTM

Program ini turut membuka ruang interaksi dua hala antara penyelidik dan pihak BITCOM bagi menilai kesediaan teknologi (TRL), kebolehpasaran serta potensi kolaborasi industri.

✨ Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan UiTM dalam memperkasakan inovasi berimpak tinggi serta mempercepatkan usaha lab-to-market penyelidikan universiti.










-------------------------------------------------------------------
BITCOM successfully conducted a series of commercialisation visits and product scouting sessions throughout March and April 2026, involving the engineering faculties and Centre of Excellence (CoE) at UiTM Shah Alam.

This initiative reflects BITCOM’s strategic effort to identify high-potential innovations for commercialisation while strengthening UiTM’s Research, Development, Innovation & Commercialisation (RDIC) ecosystem.

The sessions were held at the following locations and dates:
πŸ“ Faculty of Electrical Engineering – 9 March 2026
πŸ“ Faculty of Civil Engineering – 30 March 2026
πŸ“ Institute for Infrastructure Engineering and Sustainable Management (IIESM) – 30 March 2026
πŸ“ Faculty of Chemical Engineering – 17 April 2026
πŸ“ Faculty of Mechanical Engineering – 27 April 2026

Key highlights of the programme included:
πŸ”Ή Sharing on intellectual property protection
πŸ”Ή Insights on commercialisation and technology transfer strategies
πŸ”Ή Product pitching sessions by UiTM researchers

These sessions also provided a valuable platform for direct engagement between researchers and BITCOM to assess technology readiness levels (TRL), market viability, and potential industry collaborations.

✨ This initiative demonstrates UiTM’s continued commitment to advancing high-impact innovations and accelerating the lab-to-market journey of university research.









Photos from BITCOM UiTM's post 30/04/2026

🌟 BITCOM Product Scouting @ Fakulti Kejuruteraan Mekanikal 🌟
πŸ“… 27 April 2026

Program BITCOM Product Scouting diteruskan dengan lawatan kerja ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sebagai langkah strategik dalam memperkukuh visibiliti serta pengkomersialan inovasi dan hasil penyelidikan warga UiTM.

Lawatan ini membuka ruang kepada para penyelidik untuk memperkenalkan teknologi dan inovasi masing-masing, di samping memperoleh maklum balas awal berkaitan potensi pasaran serta hala tuju komersial produk.

Program turut melibatkan barisan kepimpinan BITCOM termasuk Pengarah, Timbalan Pengarah (Pemindahan Teknologi & Pengkomersialan), Timbalan Pengarah (Perundangan & Pengurusan Harta Intelek) serta Ketua-Ketua Unit. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal diwakili oleh Prof. Madya Ts. Dr. Abdul Halim bin Abdullah, Prof. Madya Ts. Dr. Rizal Effendy Mohd Nasir dan warga fakulti.

Inisiatif ini selaras dengan usaha memperkasa UiTM sebagai hab inovasi yang menyumbang secara signifikan kepada pembangunan industri dan masyarakat.

&D

Photos from BITCOM UiTM's post 24/04/2026

🌟 Road Tour BITCOM @ Fakulti Kejuruteraan Kimia 🌟
πŸ“… 17 April 2026
πŸ“ Fakulti Kejuruteraan Kimia, UiTM

BITCOM terus memperkasa ekosistem inovasi UiTM melalui program Road Tour yang melibatkan pensyarah dan penyelidik Fakulti Kejuruteraan Kimia.

Sesi ini merangkumi:
πŸ’‘ Perkongsian ilmu berkaitan pengkomersialan dan pengurusan harta intelek
πŸ“Š Penerangan mengenai pelbagai geran penyelidikan yang ditawarkan
πŸ§ͺ Pembentangan produk oleh empat penyelidik berpotensi untuk dikembangkan

Program ini membuka ruang kepada pengenalpastian hasil penyelidikan berimpak tinggi serta menggalakkan pengembangan ke peringkat pengkomersialan.

✨ Bersama kita lonjakkan inovasi UiTM ke tahap seterusnya!

Photos from Naib Canselor Universiti Teknologi MARA's post 24/04/2026

Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, UITM, Malaysian Technology Development Corporation

Photos from BITCOM UiTM's post 23/04/2026

πŸš€ BENGKEL ROAD TO COMMERCIALIZATION 2026
Memacu Inovasi ke Arah Pasaran

Business Innovation and Technology Commercialization Centre (BITCOM), Universiti Teknologi MARA dengan kerjasama Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) telah berjaya menganjurkan Bengkel Road To Commercialization sebagai inisiatif strategik dalam memperkasa ekosistem pengkomersialan inovasi.

Bengkel selama dua hari ini memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta berkaitan asas pembangunan perniagaan, penyediaan Business Model Canvas (BMC), serta kemahiran product pitching dan coaching bagi memastikan inovasi yang dihasilkan mampu menembusi pasaran secara efektif.

🎀 Barisan Penceramah & Coach:
β€’ Prof. Dr. Rohana Ngah
β€’ Dr. Azlin Shafinaz Mohamad Arshad
β€’ Prof. Madya Dr. Mohammed Hardy Loh Rahim
β€’ Ts. Mariatini Othman (MTDC)

πŸ“… Tarikh: 21 – 22 April 2026
πŸ•˜ Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Bilik Venture, Bangunan UiTM-MTDC, UiTM Shah Alam

πŸ‘₯ Peserta:
Penyelidik UiTM dan rakan industri

Sepanjang bengkel ini, peserta turut berpeluang membentangkan hasil penyelidikan, menerima maklum balas secara langsung daripada pakar industri serta memperkukuh strategi ke arah market readiness.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen BITCOM dalam merapatkan jurang antara penyelidikan dan pengkomersialan, selaras dengan agenda Research, Development, Innovation, Commercialisation & Economy (RDICE) UiTM.

✨ Dari makmal ke pasaran – mempercepatkan impak inovasi!


-------------------------------------------------------------------------
πŸš€ ROAD TO COMMERCIALIZATION WORKSHOP 2026
Driving Innovation Towards Market Success

The Business Innovation and Technology Commercialization Centre (BITCOM), Universiti Teknologi MARA, in collaboration with the Malaysia Technology Development Corporation (MTDC), successfully organised the Road to Commercialization Workshop as a strategic initiative to strengthen the innovation commercialisation ecosystem.

This two-day workshop provided comprehensive exposure to participants on business development fundamentals, preparation of the Business Model Canvas (BMC), as well as product pitching and coaching skills to ensure innovations are market-ready and commercially viable.

🎀 Speakers & Coach:
β€’ Prof. Dr. Rohana Ngah
β€’ Dr. Azlin Shafinaz Mohamad Arshad
β€’ Assoc. Prof. Dr. Mohammed Hardy Loh Rahim
β€’ Ts. Mariatini Othman (MTDC)

πŸ“… Date: 21 – 22 April 2026
πŸ•˜ Time: 8.30 AM – 5.00 PM
πŸ“ Venue: Venture Room, UiTM-MTDC Building, UiTM Shah Alam

πŸ‘₯ Participants:
UiTM researchers and industry partners

Throughout the workshop, participants had the opportunity to present their research findings, receive direct feedback from industry experts, and strengthen their strategies towards market readiness.

This initiative reflects BITCOM’s commitment to bridging the gap between research and commercialization, in line with UiTM’s Research, Development, Innovation, Commercialisation & Economy (RDICE) agenda.

✨ From lab to market – accelerating innovation impact!

Photos from BITCOM UiTM's post 22/04/2026

🌟 Lawatan Pengkomersialan & Product Scouting BITCOM @ Fakulti Kejuruteraan Elektrik 🌟
πŸ“… 1 April 2026
πŸ“ Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UiTM

BITCOM meneruskan usaha memperkukuh ekosistem inovasi UiTM melalui sesi Product Scouting di Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

Sesi ini merangkumi:
πŸ’‘ Perkongsian ekosistem pengkomersialan dan harta intelek UiTM
🀝 Pembentangan produk serta perbincangan potensi pengkomersialan
πŸš€ Penilaian awal ke arah pembangunan produk untuk pasaran

Lawatan ini memperkukuh kolaborasi strategik BITCOM–FKE dalam mengenal pasti dan memajukan inovasi UiTM ke arah pengkomersialan.

✨ Bersama kita gerakkan inovasi UiTM ke pasaran!

Photos from BITCOM UiTM's post 21/04/2026

🌟 BITCOM Product Scouting @ Institute for Infrastructure Engineering and Sustainable Management (IIESM) 🌟
πŸ“… 26 Mac 2026
πŸ“ UiTM Shah Alam

BITCOM meneruskan siri Product Scouting 2026 melalui lawatan ke IIESM bagi meninjau potensi pengkomersialan hasil penyelidikan UiTM.

Sesi ini menampilkan:
πŸ’‘ Pembentangan inovasi oleh penyelidik IIESM
🀝 Perbincangan dua hala bersama BITCOM mengenai potensi pasaran
πŸš€ Penilaian awal ke arah kesiapsiagaan produk untuk pengkomersialan

Lawatan ini memperkukuh usaha UiTM dalam memperkasa pemindahan teknologi serta membangunkan inovasi yang memberi impak kepada industri dan masyarakat.

✨ Bersama kita gerakkan inovasi UiTM ke pasaran!

Photos from BITCOM UiTM's post 20/04/2026

🌟 BITCOM Product Scouting @ Fakulti Kejuruteraan Awam 🌟
πŸ“… 26 Mac 2026
πŸ“ UiTM Shah Alam

BITCOM memulakan siri Product Scouting 2026 melalui lawatan ke Fakulti Kejuruteraan Awam bagi mengenal pasti produk penyelidikan yang berpotensi untuk dikomersialkan.

Sesi ini menampilkan:
πŸ’‘ Pembentangan produk inovasi oleh penyelidik Fakulti Kejuruteraan Awam
🀝 Perbincangan dua hala bersama pasukan BITCOM mengenai potensi pasaran dan hala tuju komersial
πŸš€ Perkongsian berkaitan inisiatif β€˜1 Kampus, 1 Produk Komersial’

Seramai dua penyelidik telah membentangkan produk inovasi masing-masing dalam sesi ini.

Lawatan ini menjadi platform penting dalam menyokong usaha pemindahan teknologi serta memperkukuh ekosistem pengkomersialan UiTM ke arah kolaborasi industri yang lebih mampan.

✨ Bersama kita gerakkan inovasi UiTM ke pasaran!

Photos from BITCOM UiTM's post 20/04/2026

πŸ“Œ Majlis Apresiasi Selangor Lab Partnership Programme (SLPP)
13 April 2026 | UiTM Shah Alam

Program anjuran BITCOM, Universiti Teknologi MARA ini telah berlangsung dengan jayanya dengan kerjasama rakan industri seperti Bio Fluid Sdn. Bhd. dan Rafahia Holdings Sdn. Bhd.

Majlis ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta terhadap keperluan industri serta memperkukuh jaringan kerjasama antara akademia dan industri melalui sesi pembentangan dan perbincangan interaktif.

Program turut menampilkan ucapan aluan oleh Prof. Dr. Haswira Nor Mohamad Hashim serta perkongsian daripada wakil industri yang memberi input praktikal dan relevan.

Diharapkan inisiatif ini terus membuka peluang kolaborasi strategik serta memperkasa ekosistem inovasi dan pengkomersialan.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


UiTM-MTDC Technopreneur Centre
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00