Yayasan Al Azhar Al Thani

Yayasan Al Azhar Al Thani

Share

Yayasan Al Azhar Al Thani
Pusat Pengajian Ruwaq Jawi

Photos from Yayasan Al Azhar Al Thani's post 25/10/2021

Alhamdulillah. Selesai menyantuni mangsa banjir dan orang susah di Kedah. Mereka diberikan ujian daripada Allah Taala dan dapatlah kita membantu untuk 40 rumah yang terpilih. Terima kasih ustaz Ammar Mustaffa selaku wakil Team Usaha Amal Kembara Sufi dan Yayasan Al Azhari Al Thani yang membantu mengagihkan bantuan di sana.

Juga terima kasih kepada semua yang menjayakan program bantuan kami ini dan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang turut menderma.

Semoga Allah Taala mempermudahkan urusan kita di Akhirat kerana meringankan bebanan mereka di dunia. Juga diharapkan Allah menambahkan rezeki kita bersama dalam barakah.

29/09/2021

*Bantuan Kebajikan Pengagihan Beras kepada para pelajar di Kaherah anjuran bersama Yayasan Al Azhar Al Thani Dan Kembara Sufi Amal.*

Para mahasiswa dipelawa untuk mendapatkan beras sumbangan amal di pejabat Ruwaq Jawi di Kaherah. Bantuan ini hanya terhad kepada 200 bungkusan sahaja iaitu setiap bungkusan untuk 1 buah rumah yang berpenghuni seramai 5 orang.

Para penerima boleh datang terus ke pejabat Ruwaq Jawi waktu pengajian diadakan

Sila hubungi wakil Ruwaq Jawi http://Www.wasap.my/201153864372 untuk mendapatkan sumbangan tersebut. Terima kasih.

11/09/2021

[ YAYASAN AL AZHAR AL THANI MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA MAHASISWA KEDAH DI MESIR]

HAYYU THAMIN, 10 September 2021- Wakil Yayasan Al Azhar Al Thani, Al-Fadhil Ustaz Muhammad Afifi bin Abdullah yang juga Timbalan Syeikh Ruwaq Jawi menyampaikan sumbangan yang dikumpulkan dari masyarakat di Malaysia berjumlah RM 10,000 bersamaan LE 36,800 kepada mahasiswa Kedah yang mengalami kemalangan jalan raya baru-baru ini di Hospital Bedayat, Hayyu Thamin, iaitu saudara Muhammad Haikal bin Ahmad Kabir. Pelajar tersebut juga merupakan pelajar yang tekun menuntut ilmu di Pusat Pengajian Ruwaq Jawi.

Turut hadir dalam ziarah tersebut al-Fadhil Ustaz Ahmad Ahlami, Mudir Pengajian Umumi Ruwaq Jawi Dan al-Fadhil Ustaz Muhammad Adham, AJK Ruwaq Jawi.

Semoga Allah subhanahu wa ta'ala memberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan beliau sekeluarga. Aamiin Ya Rabbal 'Alamiin.

Jazakumullahu khairan kathira buat para penyumbang. Barakallahu Fikum.

06/09/2021

Alhamdulillah.

Sumbangan Bantuan Dana Kecemasan sudah mencukupi

Dengan ini pihak Yayasan al-Azhar al-Thani menutup akaun sumbangan ini. Terima kasih kepada semua penyumbang.

Moga Allah memberkati

05/09/2021

Sumbangan dibuka untuk membantu pelajar Kedah di Mesir yang kemalangan dan memerlukan bantuan segera.

Semoga Allah memberkati para penderma yang budiman.

TERKINI: sumbangan untuk pembedahan sudah selesai diperolehi. Hasil sumbangan yang dikumpulkan akan disalurkan untuk kos rawatan susulan.

12/02/2021

Himpunan penuh link lengkap pengajian kitab-kitab Marhalah Pertama bagi para penuntut ilmu yang telah disusun oleh Ruwaq Jawi.

1- Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi'iyy

Kitab Safinah al-Najah oleh al-Fadhil Ustaz Amiruddin bin Zainal Abidin sebanyak 40 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArTa0qJgZOpCmmgElWF-JOYq

2- Usul al-Fiqh

Matan al-Waraqat bersama al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain sebanyak 20 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArTd7NvdiK3nVA5Ogqw4MW5d

3- Mustolah Hadith

Kitab al-Manzumah al-Baiquniyyah bersama al-Fadhil Ustaz Nazrul bin Abd Nasir sebanyak 18 majlis:
https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArSIzObxrZxxcr-mEIOwWHLL

4- Nahu dan Sorof

Kitab al-Tuhfah al-Saniyyah bersama al-Fadhil Ustaz Khairul Anam bin Yazid sebanyak 12 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArSQutj66nsslKsZnZP2U10I

Matan al-Bina' bersama al-Fadhil Ustaz Afifi bin Abdullah sebanyak 3 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArReK4Nt1cu1y3PJnAFByIfv

5- Mantiq

Kitab al-Sullam al-Munawroq bersama al-Fadhil Ustaz Syukri bin Sarjimin sebanyak 22 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArTHUi_ux1-OIFiU_uCEROVN

6- Akidah Ahlus Sunnah

Kitab 'Akidah al-'Awam bersama al-Fadhil Ustaz Afifi bin Abdullah dan Ustaz Amiruddin bin Zainal Abidin sebanyak 12 majlis: https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArRF74ClVaYlkXDpGr-2csWK

Jemput ke Chanel Youtube Ruwaq Jawi dan subscribed https://youtube.com/c/ruwaqjawi untuk lebih banyak pengajian yang disediakan

Photos from Yayasan Al Azhar Al Thani's post 11/08/2020

11 Ogos 2020, Kajang, Selangor.

Alhamdulillah. Selesai pertemuan mahabbah antara Persatuan Ulamak Malaysia (PUM) Cawangan Wilayah Persekutuan dan Ruwaq Jawi.

PUM Wilayah telah diwakili sendiri oleh Datuk Muhammad bin Abdullah selaku Pengerusi PUM Wilayah Persekutuan dan juga dihadiri oleh Dr. Khairul Anwar bin Mustaffa selaku Setiausaha PUM Wilayah Persekutuan.

Beberapa perancangan terdekat yang menjurus ke arah pemerkasaan pengajian turath telah diperbincangkan secara hangat antara kedua-dua belah pihak.

Ruwaq Jawi mengucapkan jutaan terima kasih kepada PUM Wilayah Persekutuan atas kepercayaan dan dokongan tinggi terhadap Ruwaq Jawi dalam menyuburkan pengajian tradisi ilmu-ilmu Islam. Semoga kerjasama erat ini akan memberikan kebaikan buat masyarakat dan ummah.

11/08/2020

Senarai kelas-kelas anjuran Ruwaq Jawi Pasca COVID 19:

Peringkat 1 (Mubtadi'in):

- Feqh: Kitab Al-Muqaddimah Al-Hadhromiyyah (Daripada Awal Kitab)
- Usul Fiqh: Matan Al-Waroqot (Daripada Awal Kitab)
- Aqidah: Al-Tijan Al-Daroriyy (Daripada Awal Kitab)
- Nahu: Al-Tuhfah Al-Saniyyah (Sambungan)
-Ulum Al-Hadith: Al-Taqrirot Al-Saniyyah (Daripada Awal Kitab)
- Sorof: Matan al-Bina' (Daripada Awal Kitab)

Peringkat 2:

- Feqh: Kitab Fath Al-Qorib Al-Mujib (Daripada Awal Kitab)
- Usul Fiqh: Qurrah Al-Ayn (Daripada Awal Kitab)
- Aqidah: Syarh Al-Khoridah Al-Bahiyyah (Sambungan)
- Mantiq: Idhoh Al-Mubham (Daripada Awal Kitab)
- Nahu: Tanqih Al-Azhariyyah (Daripada Awal Kitab)
-Ulum Al-Hadith: Al-Tadzkiroh (Daripada Awal Kitab)
- Sorof: Syarh Tasrif al-Izziyy (Sambungan)
- Balaghoh: Al-Hawadiyy (Sambungan)
- Tasowwuf: Kitab Ayyuhal Walad (Daripada Awal Kitab)

Peringkat 3:

- Feqh: Kitab Al-Iqna' (Sambungan)
- Usul Fiqh: Qurrah Al-Ayn (Daripada Pertengahan Kitab)
- Aqidah: Syarh Al-Muqoddimah Al-Sughro (Daripada Awal Kitab)
- Nahu: Qotr Al-Nada (Sambungan)
-Ulum Al-Hadith: Al-Iqtiroh Fi Bayan Al-Istilah (Daripada Awal Kitab)
- Tasowwuf: Bidayah Al-Hidayah (Daripada Awal Kitab)

Peringkat 4:

- Feqh: Kitab Kanz Al-Roghibin (Sambungan)
- Usul Fiqh: Minhaj Al-Wusul (Sambungan)
- Aqidah: Syarh Al-'Aqoid Al-Nasafiyyah (Sambungan)
-Ulum Al-Hadith: Tadrib Al-Rowi (Sambungan)
- Tasowwuf: Minhaj Al-'Abidin (Sambungan)

Peringkat Baru Untuk Masyarakat Nusantara:

- Hadith: Al-Arba'in Al-Nawawiyyah
- Aqidah: Matan Al-Khoridah Al-Bahiyyah
- Fiqh: Safinah Al-Najah
-Tassowwuf: Al-Minah Al-Ilahiyyah Fi Al-Adab Al-Islamiyyah

Jadual Setiap Kelas Di Atas Akan Dimaklumkan Dari Masa Ke Semasa.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Shah Alam
40000