Brother Safety

Brother Safety Bro Safety — Trainer, Consultant & Advisor in Safety, Health & Environment. Supporting compliance, competence & safe work culture.

BROTHER SAFETY | INDUSTRIAL HYGIENE SERIES  #1Ergonomik: Jangan Biasakan Badan Menanggung Sakit.Pernah dengar ayat ni?"B...
01/07/2026

BROTHER SAFETY | INDUSTRIAL HYGIENE SERIES #1

Ergonomik: Jangan Biasakan Badan Menanggung Sakit.

Pernah dengar ayat ni?

"Biasalah bang... kerja kilang memang kena tahan sakit."

Sebenarnya... tak sepatutnya macam tu.

Lenguh, sakit belakang, bahu atau pergelangan tangan bukan "adat kerja". Selalunya ia berpunca daripada cara kerja yang tak sesuai dan dilakukan berulang kali setiap hari.

Antara punca yang selalu saya jumpa semasa assessment:
1. Angkat barang dengan teknik yang kurang betul.
2. Kerja berulang tanpa rehat yang mencukupi.
3. Berdiri terlalu lama.
4. Postur kerja yang janggal.
5. Tolak atau tarik beban yang terlalu berat.

Kalau dibiarkan, ia boleh membawa kepada Musculoskeletal Disorders (MSD) dan akhirnya menjejaskan kesihatan pekerja, produktiviti, malah meningkatkan cuti sakit.

Apa yang boleh kita buat?

✅ Kenal pasti kerja yang berisiko.
✅ Jalankan Ergonomic Risk Assessment (ERA).
✅ Perbaiki workstation atau kaedah kerja.
✅ Latih pekerja dengan teknik kerja yang lebih selamat.

Kadang-kadang, perubahan yang kecil pun boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan pekerja.

Brother Safety Cakap.

Jangan biasakan sakit. Biasakan kerja dengan selamat. 💚

Salam Ramadan daripada Brother SafetyRamadan mengajar kita disiplin dan tanggungjawab; dalam ibadah dan juga pekerjaan.U...
18/02/2026

Salam Ramadan daripada Brother Safety

Ramadan mengajar kita disiplin dan tanggungjawab; dalam ibadah dan juga pekerjaan.

Utamakan keselamatan, jaga kesihatan, kekal fokus walaupun berpuasa.

Semoga Allah SWT menerima setiap langkah ibadah puasa kita. Selamat menjalankan ibadah puasa.

🧧 Gong Xi Fa Cai 2026! 🧧Selamat Tahun Baru Cina – Tahun KudaSemoga tahun ini membawa:✨ Rezeki yang melimpah✨ Kesihatan y...
16/02/2026

🧧 Gong Xi Fa Cai 2026! 🧧

Selamat Tahun Baru Cina – Tahun Kuda

Semoga tahun ini membawa:
✨ Rezeki yang melimpah
✨ Kesihatan yang berpanjangan
✨ Kejayaan dalam setiap usaha
✨ Dan yang paling penting — keselamatan sentiasa terpelihara

May this Year of the Horse bring you:
✨ Abundance and prosperity
✨ Good health for you and your loved ones
✨ Success in every endeavor
✨ And most importantly — safety in everything you do

Sama-sama kita melangkah ke 2026 dengan semangat, ketahanan dan budaya kerja yang sentiasa mengutamakan keselamatan.

Stay Safe. Stay Blessed.
— Nazmi | Brother Safety

Selamat Menyambut Nisfu SyaabanSemoga malam penuh keberkatan ini menjadi titik muhasabah diri, memperbanyakkan doa, memo...
02/02/2026

Selamat Menyambut Nisfu Syaaban

Semoga malam penuh keberkatan ini menjadi titik muhasabah diri, memperbanyakkan doa, memohon keampunan dan memperbaharui niat untuk menjadi insan yang lebih baik.

Moga Allah SWT menerima segala amalan kita
dan mempersiapkan hati serta jasad untuk menyambut Ramadan yang bakal tiba.

Brother Safety
Keselamatan bukan sekadar di tempat kerja,
tetapi juga keselamatan iman & jiwa.

Salam Israk Mikraj 1447HSemoga peristiwa agung ini menjadi peringatan untuk kita semua tentang kepentingan solat, disipl...
16/01/2026

Salam Israk Mikraj 1447H
Semoga peristiwa agung ini menjadi peringatan untuk kita semua tentang kepentingan solat, disiplin diri dan tanggungjawab dalam kehidupan seharian.

Brother Safety
Our Safety, Our Responsibility

OSHC Management PlanTerima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk mengisi borang dan mendapatkan OSHC Manag...
15/01/2026

OSHC Management Plan

Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk mengisi borang dan mendapatkan OSHC Management Plan & OSH Policy template yang BS kongsikan.

Harapan BS, dokumen ini dapat membantu organisasi anda khususnya OSHC yang baru ditubuhkan, supaya lebih jelas apa yang perlu dibuat, keutamaan awal, dan cara mengurus OSH secara lebih tersusun.

Untuk rakan-rakan lain yang berminat dan ingin mendapatkan OSHC Management Plan & OSH Policy, anda boleh mengisi borang melalui link berikut dan akses akan diberikan:
https://bit.ly/OSHCMPbyBS

Semoga bermanfaat dan dipermudahkan urusan kita semua dalam membina tempat kerja yang lebih selamat dan sihat.

🚨 PERINGATAN KHAS UNTUK OSH COORDINATOR (OSHC) 🚨JKKP 8 – Pelaporan Sepanjang Masa (WAJIB KEMASKINI)Tarikh akhir kemaskin...
07/01/2026

🚨 PERINGATAN KHAS UNTUK OSH COORDINATOR (OSHC) 🚨

JKKP 8 – Pelaporan Sepanjang Masa (WAJIB KEMASKINI)

Tarikh akhir kemaskini: 31 Januari 2026
Laporan bagi tempoh: Sepanjang Tahun 2025

JKKP 8 bukan laporan sekali siap.
Ia adalah rekod berterusan yang perlu dirumuskan setiap tahun dalam sistem MyKKP.

Apa yang OSHC perlu pastikan dilaporkan?
✔️ Kemalangan pekerjaan
✔️ Kejadian berbahaya
✔️ Keracunan & penyakit pekerjaan
✔️ Tiada kes pun → masih WAJIB kemaskini

Kesilapan biasa OSHC baru:
❌ Tak tukar Profil Tahun (2025)
❌ Ingat tiada kemalangan = tak perlu buat
❌ Tunggu audit baru nak kemaskini

Panduan Rasmi JKKP 8:
https://mykkp.dosh.gov.my/.../User%20Manual%20JKKP8.pdf

Ingat:
OSHC yang baik bukan sekadar ada sijil,
tetapi patuh, konsisten & kemas rekodnya.
Save & share untuk OSHC lain sebelum terlepas tarikh

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Brother Safety posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Brother Safety:

Shortcuts

Share