21/09/2022
Kelebihan Membaca Al-Quran Yang Mungkin Anda Tidak Tahu :
1. Al-Quran sebagai pembela.
➡️Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah melaporkan: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al-Baqarah dan Surah Ali-Imran, kedua-dua surah ini menghujah (mempertahankan) orang yang membaca dan mengamalkannya”
✅(Hadith Nawwas bin Sam’an ini direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Solat Al-Musafirin Wal Qasruha, Bab Fadhlu Qiraat Al-Quran Wa Surah Al-Baqarah, No hadith 253)
2. Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.
➡️Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
✅(Hadith Uthman bin Affan ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Fadhail Al-Quran, Bab Khairukum Min Ta’alum Al-Quran Wa A’lamahu, No hadith 5028)
3. Dua pahala bagi orang yang susah menyebut dan membaca Al-Quran.
➡️Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
✅ (Hadith Aisyah r.a ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18, No hadith 4937)
19/09/2022
DALAM al-Quran, Allah mengingatkan kita bahawa nabi akan mengadu di hadapan Allah tentang wujudnya dikalangan kaum ini yang meninggalkan al-Quran. Firman Allah:
وَقَالَ الرَّسُولُ يَا رَبِّ إِنَّ قَوْمِي اتَّخَذُوا هَذَا الْقُرْآنَ مَهْجُوراً
“Dan berkatalah Rasul: “Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai”.
☪️Hendaknya seorang muslim berusaha membaca Al-Quran setiap hari.
☪️Bacalah walaupun hanya beberapa ayat dalam sehari, sebab bilamana kita terlalu banyak melakukan maksiat yang membuat hati menjadi keras, maka Al-Quran lah ubatnya.
☪️Dengan membaca Al-Quran membuat hati kita menjadi lembut serta mudah menerima hidayah dan melakukan ibadah serta kebaikan yang bermanfaat bagi manusia.
Wallahu 'alam bis shawab
17/09/2022
Al Quran itu dekat tapi Kita Yang sering menjauh..
🤲🤲
Merangkak rangkak membaca Al Quran itu Bukan nya masalah kerana ia lebih baik daripada Tidak membaca langsung.
✅ Dua pahala bagi seseorang Yang bersusah payah membaca Al Quran.
☪️ Hadith Dari Aisyah r.a Rasulullah saw bersabda Yang bermaksud :
" Sesiapa Yang mahir membaca Al Quran Akan bersama malaikat Yang mulia lagi taat"
DAN SIAPA YANG MEMBACA AL QURAN DALAM KEADAAN GAGAP & tersangkut-sangkut serta merasa sukar ketika membacanya, maka baginya DUA pahala.
☪️Sahih AL Bukhari 4937.
09/09/2022
Cara Mempelajari al-Quran
Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Di samping itu, Nabi SAW akan belajar al-Quran dengan Jibril AS setiap tahun sekali melainkan pada tahun kewafatan Baginda SAW iaitu sebanyak dua kali sebagaimana di dalam hadith yang sahih:
Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:
أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي
Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. [Riwayat al-Bukhari (3353)]
Daripada hadith ini, jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru. Ini juga merupakan sunnah para salaf yang diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mengambil atau mempelajari terus daripada Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW mengutuskan para sahabat ke beberapa buah tempat untuk mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Ini juga yang diamalkan oleh generasi selepas daripada sahabat seperti tabi’in, tabi’ tabi’in dan selepas daripada mereka.
Sumber :
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/1014-irsyad-al-hadith-siri-ke-163-kepentingan-mempelajari-al-quran