Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar UITM

Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar UITM Pusat Pembangunan Pelajar, JHEP UiTM berperanan menghasilkan graduan yang holistik, bijak

17/05/2026
LAWATAN KERJA DELEGASI HARARE INSTITUTE OF TECHNOLOGY (HIT) KE JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP), UiTMPada 4 Mei 2026, Ja...
05/05/2026

LAWATAN KERJA DELEGASI HARARE INSTITUTE OF TECHNOLOGY (HIT) KE JABATAN HAL EHWAL PELAJAR (JHEP), UiTM

Pada 4 Mei 2026, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) telah menerima kunjungan lawatan daripada Harare Institute of Technology (HIT), sebuah universiti awam terkemuka di Zimbabwe.

Lawatan ini diadakan susulan daripada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan HIT. Kehadiran delegasi di Kompleks Budisiswa telah disambut mesra oleh Prof. Madya Dr. Mohammad Noor Jalil, yang mewakili Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar). Delegasi diberikan penerangan ringkas mengenai fungsi, peranan, dan inisiatif JHEP dalam memperkasakan mahasiswa UiTM.

Delegasi juga berkesempatan melawat Pusat Psikologi & Kaunseling (PPK) di JHEP untuk melihat sendiri bagaimana perkhidmatan bimbingan kerjaya dan sokongan psikologi diberikan kepada pelajar secara profesional.

Lawatan ini berjaya memperkukuhkan hubungan antara kedua-dua institusi. Melalui pertukaran idea dan pemahaman mengenai pengurusan hal ehwal pelajar, diharapkan UiTM dan HIT dapat terus bekerjasama dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, malah mempunyai sahsiah yang tinggi melalui sistem sokongan pelajar yang efisien.



02/05/2026

Harian Metro | 1 Mei 2026

๐‘๐Œ๐Ÿ–.๐Ÿ•๐ฃ ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค ๐š๐ ๐ž๐ง๐๐š ๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ @๐”๐ข๐“๐Œ

Kuala Lumpur: Universiti Teknologi MARA (UiTM) mempergiat agenda kebajikan mahasiswa menerusi pelaksanaan Dapur Siswa MADANI (DSM) dengan peruntukan keseluruhan RM8.7 juta bagi tahun 2026.


02/05/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ & ๐’๐˜๐€๐๐€๐’

Tahniah dan syabas diucapkan kepada atlet Pencak Silat UiTM dan negara, Saudara Muhammad Danial Azray Bin Noorazizan (SR243 | UiTM Cawangan N.Sembilan) dan Saudara Muhammad Danial Azrol Bin Noorazizan (SR243 | UiTM Cawangan N.Sembilan) yang berjaya mendapat Pingat Emas di Kejohanan 25th Open Belgium International Championship 2026 yang telah berlangsung pada 22 - 26 April 2026 bertempat di Belgium.

Semoga terus unggul melakar kejayaan dan menjadi inspirasi kepada semua.





02/05/2026

Utusan Malaysia | 30 April 2026

๐ƒ๐š๐ฉ๐ฎ๐ซ ๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐Œ๐š๐๐š๐ง๐ข ๐ญ๐š๐ง๐ ๐š๐ง๐ข ๐ค๐จ๐ฌ ๐ฌ๐š๐ซ๐š ๐ก๐ข๐๐ฎ๐ฉ ๐ฆ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š

https://www.utusan.com.my/rencana/2026/04/dapur-siswa-madani-tangani-kos-sara-hidup-mahasiswa/

Oleh : Prof Dr. Haji Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor HEP Universiti Teknologi MARA

Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi


02/05/2026

UiTM meneruskan komitmen menjaga kebajikan mahasiswa apabila menguruskan peruntukan sebanyak RM8.7 juta yang disalurkan KPT

02/05/2026
MAJLIS PELUNCURAN DASHBOARD STATUS PELAKSANAAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63)Seramai 8 orang pelajar UiTM Shah Alam tel...
29/01/2026

MAJLIS PELUNCURAN DASHBOARD STATUS PELAKSANAAN PERJANJIAN MALAYSIA 1963 (MA63)

Seramai 8 orang pelajar UiTM Shah Alam telah menghadiri Majlis Peluncuran Dashboard Status Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada 28 Januari 2026 (Rabu) di Dewan Bankuet, Parlimen Malaysia. Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Datuk Amar Haji Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dan turut dihadiri YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak).

Majlis peluncuran Dashboard ini bertujuan untuk memberi akses kepada maklumat pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 melalui platform pemantauan yang tersusun, membantu pihak berkepentingan memantau dan membuat keputusan secara sistematik, serta meningkatkan pemahaman umum dan ketelusan berhubung status pelaksanaan MA63.

Taklimat Sistem Wadah TAMUTaklimat Sistem Wadah TAMU telah berlangsung pada 31 Disember 2025 bertempat di Pusat Kegiatan...
31/12/2025

Taklimat Sistem Wadah TAMU

Taklimat Sistem Wadah TAMU telah berlangsung pada 31 Disember 2025 bertempat di Pusat Kegiatan Pelajar (PKP) dengan penglibatan wakil Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM) dan Pusat Pembangunan Pelajar (PPP).

Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan Sistem Wadah TAMU, sebuah sistem baharu hasil kerjasama strategik FSKM dan Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) yang akan digunakan sebagai medium pelaporan pelaksanaan Modul Wadah TAMU di kolej-kolej kediaman seluruh kampus UiTM.

Inisiatif ini dijangka mula dilaksanakan pada tahun hadapan bagi memastikan pengurusan modul dapat dijalankan secara lebih sistematik, bersepadu dan berkesan, selari dengan agenda pendigitalan Hal Ehwal Pelajar UiTM.






Address

Pusat Pembangunan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Aras 3, Bangunan Budisiswa, Universiti Teknologi Mara
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar UITM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar UITM:

Shortcuts

Share