14/04/2026
๐๐ซ๐จ๐ฃ๐๐ค ๐๐จ๐ฆ๐ฎ๐ง๐ข๐ญ๐ข ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐ ๐๐ญ๐ฅ๐๐ญ ๐๐๐ค๐๐ค ๐๐๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ๐ข ๐๐๐ข๐ง๐ฌ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง
Program khidmat komuniti kepada atlet pekak ini diketuai oleh Dr. Nurul Hidayah Amir dan dibantu oleh beberapa orang pensyarah lain. Program dimulakan dengan kata alu-aluan oleh Timbalan Dekan PJI, Prof. Madya Dr. Hosni Hassan.
Sepanjang program, beberapa ujian telah dilaksanakan di Makmal Prestasi Manusia termasuk VOโ max, isokinetik, keseimbangan badan dan komposisi badan bagi menilai tahap kecergasan serta prestasi atlet.
Semoga usaha ini dapat membantu meningkatkan prestasi atlet pekak secara lebih saintifik, seterusnya memperkasa potensi mereka ke tahap yang lebih tinggi di persada sukan. ๐ชโจ
29/01/2026
๐๐๐ซ๐ค๐ก๐ข๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง & ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฌ๐ข๐ก๐๐ญ๐๐ง ๐๐ข ๐๐๐ค๐ฆ๐๐ฅ ๐๐ซ๐๐ฌ๐ญ๐๐ฌ๐ข ๐๐๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐
Makmal Prestasi Manusia, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Shah Alam menawarkan pelbagai perkhidmatan ujian prestasi, saringan kesihatan serta penyewaan peralatan sukan bagi menyokong keperluan pembelajaran, penyelidikan, latihan, pemantauan atlet dan juga keperluan komuniti awam. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk ujian VOโ max, lactate threshold, komposisi badan, ECG, fungsi paru-paru, ujian kekuatan dan fleksibiliti, serta pakej saringan kesihatan yang komprehensif. Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi kami di talian 03-5543 5672.
27/01/2026
๐ณ๐๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
๐๐๐๐ ๐
๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐
Seramai 15 orang pelatih Diploma Lanjutan Terapi Senaman dan 2 orang pensyarah pengiring dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Sungai Buloh (ILKKM) telah mengadakan lawatan akademik ke Makmal Prestasi Manusia pada 26 Januari 2026. Selain itu, beberapa ujian perkhidmatan turut dijalankan dengan penglibatan penceramah jemputan iaitu Prof. Dr. Raja Mohamed Firhad Raja Azidin, Dr. Nurul Nadiah Shahudin dan Puan Ruziyati. Antara ujian perkhimatan yang dijalankan adalah ujian isokinetik, keseimbangan badam, anaerobik wingate dan VOโ max. Semoga usaha ini dapat diteruskan pada masa akan datangโจ
08/01/2026
๐๐ฉ๐๐ง ๐๐๐ฒ ๐๐ฎ๐ฆ๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐จ๐ซ๐ฆ๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐จ๐ซ๐๐ญ๐จ๐ซ๐ฒ ๐๐๐๐
Makmal Prestasi Manusia, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSR) telah berjaya menganjurkan Open Day Human Performance Laboratory 2026 pada 7 Januari 2026 bertempat di Lobi FSR, UiTM Shah Alam. Program yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 4.00 petang ini bertujuan memberi pendedahan kepada staf dan pelajar FSR mengenai peranan serta fungsi makmal dalam menyokong aspek kesihatan, kecergasan dan prestasi manusia. Program ini dimulakan dengan latihan kebakaran (fire drill) hasil kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat sebagai usaha meningkatkan tahap kesedaran keselamatan dalam kalangan peserta.
Sepanjang penganjuran program, pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan, termasuk ujian kesihatan dan kecergasan secara percuma seperti InBody, handgrip, sit and reach, ujian spirometer, ujian darah (glucose) serta ujian lompat jauh. Selain itu, pameran dan demonstrasi peralatan makmal turut diadakan bagi memberi gambaran menyeluruh tentang kemudahan yang disediakan.
Program ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada warga FSR. Seramai 60 pengunjung terawal yang berjaya melengkapkan tugasan di stesen kesihatan dan kecergasan telah menerima hadiah istimewa. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Profesor Dr. Raja Mohammed Firhad Raja Azidin. Program ini merupakan hasil usaha para pelajar latihan industri Makmal Prestasi Manusia pada semester ini. Tahniah dan syabas atas komitmen serta dedikasi semua! Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat menjadi platform berterusan dalam memperkasa ilmu pengetahuan, meningkatkan kesedaran kesihatan serta menyumbang ke arah kecemerlangan prestasi atlet pada masa hadapan.
05/01/2026
2 Januari 2026: Pendedahan teknologi sukan secara langsung! ๐ช
Pelajar-pelajar FSR UiTM Jengka telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Makmal Prestasi Manusia sebagai sebahagian daripada kursus SPS609 dan SPS612. Lawatan ini diiringi oleh Dr. Muhammad Hamdan dan En. Mohamed Syafik Mohamed Saleh. Semoga lawatan ini memberikan manfaat kepada semua.
05/01/2026
๐ฅ OPEN DAY โ HUMAN PERFORMANCE LAB ๐ฅ
Curious about your fitness & performance?
Come try it FOR FREE ๐ช
๐
7 January 2026
โฐ 9.00 AM โ 4.00 PM
๐ FSR UiTM Shah Alam (Lobby, Ground Floor)
โจ Activities :
โข InBody
โข Spirometer
โข Handgrip
โข Vertical Jump
โข Long Jump
โข Sit & Reach
โข Medical check-up (BP & Glucose)
โข Fire drill ๐ฅ
๐ Open for FSR students & staff
๐ E-certificate provided (complete min. 4 tests)
โ
Training hours will be given to UiTM staff
๐ฒ Register now โ scan QR code!
๐ Enquiries:
Mukmin โ 011 6519 2910
Zurin โ 016 615 7454
Jom datang, test diri & support HPL! ๐๐ฅ
02/01/2026
JOM SUPPORT GUYS ๐โจ
Open Day Human Performance Laboratory FSR
7 January 2026
9:00am - 4:00pm
Faculty FSR (Ground Floor Lobby)
Jumpa anda disana โค๏ธ
30/12/2025
JOM SUPPORT GUYS ๐โจ
Open Day Human Performance Laboratory FSR
7 January 2026
9:00am - 4:00pm
Faculty FSR (Ground Floor Lobby)
Jumpa anda disana โค๏ธ
30/12/2025
JOM GUYS SUPPORT EVENT LAB FSR ๐โจ
Open Day Lab FSR
7th January 2026
Venue: Faculty FSR (Lobby Ground Floor)
Jumpa anda disana !! โค๏ธ
12/12/2025
Alhamdulillah, selesai Lawatan FSR UiTM Seremban ke Makmal Prestasi Manusia yang berlangsung pada 5 dan 12 Disember 2025.
Lawatan ini diketuai oleh pensyarah FSR UiTM Seremban, En. Adam Linoby, bagi memenuhi keperluan praktikal subjek SPS611 Exercise Physiology.
Semoga lawatan ini memberikan pendedahan mendalam dan manfaat kepada semua pelajar.