KAFAI Al-Hikmah Subang Bestari

KAFAI Al-Hikmah Subang Bestari Page official :

KAFAI AL-HIKMAH SUBANG BESTARI

PROGRAM PENJAGAAN GIGI 2026Assalamualaikum wbt,Alhamdulillah, Program Penjagaan Gigi 2026 telah berjaya dilaksanakan pad...
18/05/2026

PROGRAM PENJAGAAN GIGI 2026

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah, Program Penjagaan Gigi 2026 telah berjaya dilaksanakan pada Isnin (19/5/2026) pada sesi petang.

Program ini dijalankan dengan kerjasama Klinik Pergigian Ezhany, Subang Bestari.

Tujuan program ini dijalankan untuk memberi perincian kepada murid terhadap penjagaan dan kebersihan gigi.

Pemeriksaan gigi juga turut dijalankan kepada semua murid diketuai oleh Dr Nurul Faezin dan Dr Rania bersama pembantu perubatan.


KEM SMART SOLAT 2026 (1.0)Alhamdulillah, Sekolah telah berjaya melaksanakan program KEM SMART SOLAT buat julung kalinya ...
06/05/2026

KEM SMART SOLAT 2026 (1.0)

Alhamdulillah,

Sekolah telah berjaya melaksanakan program KEM SMART SOLAT buat julung kalinya pada 24/4 hingga 25/4/2025. (Jumaat - Sabtu)

Kem ini bertujuan untuk memupuk murid supaya senantiasa memperbaiki asas solat disamping mempelajari asas-asas dalam qiamullail seperti solat hajat, taubat dan tahajjud.

Semoga anak-anak dapat menggunakan ilmu yang dipelajari dalam ibadah seharian.

20/03/2026

UCAPAN HARI RAYA AIDILFITRI 2026 📝

Balik kampung beraya sakan,
Sampai tak ingat hari dan masa..
Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan,
Moga diampuni segala dosa. 🙌🏻

Selamat Hari Raya buat semua, hati-hati dalam perjalanan dan beraya dalam keadaan sentiasa mensyukuri nikmat Allah swt diatas kemenangan ini.

MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN DAN PENUTUP PROGRAM IHYA’ RAMADHAN TAHUN 2026 📝Alhamdulillah, program Majlis Khatam Al-Qur’an da...
17/03/2026

MAJLIS KHATAM AL-QUR’AN DAN PENUTUP PROGRAM IHYA’ RAMADHAN TAHUN 2026 📝

Alhamdulillah, program Majlis Khatam Al-Qur’an dan penutup Program Ihya’ Ramadhan telah diadakan pada Isnin 16 Mac 2026 (26 Ramadhan 1447H).

Antara aktiviti penutup ialah khatam Al-Qur’an dan penyampaian hadiah bagi acara-acara yang telah dibuat sepanjang bulan Ramadhan.

Lebih menarik lagi, semua murid sesi pagi dan petang mendapat saguhati untuk acara-acara yang dianjurkan untuk meraikan kesemua murid-murid KAFAI Al-Hikmah Subang Bestari.


PERTANDINGAN MEWARNA, MENULIS KHAT DAN TEKA SILANGKATA SEMPENA BULAN RAMADHAN📝Alhamdulillah pada hari Isnin yang lepas (...
12/03/2026

PERTANDINGAN MEWARNA, MENULIS KHAT DAN TEKA SILANGKATA SEMPENA BULAN RAMADHAN📝

Alhamdulillah pada hari Isnin yang lepas (9/3/2026), pihak sekolah telah menjalankan pertandingan yang bersesuaian dengan murid-murid sempena bulan Ramadhan.

Antaranya ialah :
🏮 Tahun 1-2 : Mewarna
🏮 Tahun 3 : Menulis khat
🏮 Tahun 4-6 : Teka silangkata

Semoga murid-murid mendapat manfaat hasil daripada aktiviti yang dijalankan.

HEBAHAN PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 (2026) 📝Assalamualaikum wbt,- Pendaftaran bagi kemasukan TAHUN 1 KAFAI AL HIKMAH S...
11/03/2026

HEBAHAN PENDAFTARAN KEMASUKAN TAHUN 1 (2026) 📝

Assalamualaikum wbt,

- Pendaftaran bagi kemasukan TAHUN 1 KAFAI AL HIKMAH SUBANG BESTARI kini telah dibuka.

- Sehubungan dengan itu, ibubapa yang ingin mendaftar perlulah mengisi link google form yang telah diberikan oleh pihak JAIS. ( https://mylink.la/upsbpi )

- Salinan daripada dapatan googleform boleh dihantar kepada sekolah sebagai bukti pendaftaran.

- Pendaftaran dibuka sehingga 30 April 2026.

- Sekolah akan memaklumkan murid-murid yang didaftarkan / dipilih selewatnya dua bulan selepas tarikh tutup pendaftaran.

Terima kasih.

IFTAR JAMAIE 2026📍Alhamdulillah, Iftar Jamaie KAFAI AL-HIKMAH SUBANG BESTARI telah berjaya diadakan dengan jayanya.Iftar...
07/03/2026

IFTAR JAMAIE 2026📍

Alhamdulillah, Iftar Jamaie KAFAI AL-HIKMAH SUBANG BESTARI telah berjaya diadakan dengan jayanya.

Iftar Jamaie ini diadakan setiap tahun bermula sejak tahun 2023 dengan menyasarkan kehadiran semua murid tahun 1 hingga 6 untuk merasai kemanisan berbuka puasa bersama-sama.

Semoga ianya dapat memberikan serba sedikit manfaat dan kenangan manis buat semua.


KEPUTUSAN UPKK (2025)KAFAI AL HIKMAH SUBANG BESTARIKeputusan UPKK 2025 telah diumumkan pada semalam (25/2/2026).Alhamdul...
26/02/2026

KEPUTUSAN UPKK (2025)
KAFAI AL HIKMAH SUBANG BESTARI

Keputusan UPKK 2025 telah diumumkan pada semalam (25/2/2026).

Alhamdulillah, pencapaian pada tahun 2025 sangat memberangsangkan dimana masih mengekalkan pencapaian lulus 100 peratus pada tahun ini.

Sekolah juga berjaya mencapai seramai 8 orang (9A) dalam peperiksaan ini. Ini menjadikan seramai 29 orang (48.3%) mendapat keputusan 6A dan keatas.

Tahniah diucapkan kepada semua murid KAFAI AL-HIKMAH SUBANG BESTARI diatas pencapaian di dalam peperiksaan UPKK 2025.


🙌🏻

AMALAN DI WAKTU BERBUKA PUASA 📝Membaca doa amalan Nabi S.A.W ketika hendak berbuka. Sama-sama kita amalkan.
25/02/2026

AMALAN DI WAKTU BERBUKA PUASA 📝

Membaca doa amalan Nabi S.A.W ketika hendak berbuka. Sama-sama kita amalkan.


TABUNG INFAQ RAMADHAN 📝Tabung infaq Ramadhan akan dijalankan setiap hari mengikut kelas masing-masing.Tabung ini bertuju...
24/02/2026

TABUNG INFAQ RAMADHAN 📝

Tabung infaq Ramadhan akan dijalankan setiap hari mengikut kelas masing-masing.

Tabung ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan sebagai memupuk amalan bersedekah dalam diri murid-murid.

Insyaallah, seringgit yang dihulur,
Berlipat kali ganda ganjaran yang Allah berikan,
Di bulan Ramadhan yang berkat ini.


Address

Surau Al-Hikmah, No. 73 Jalan Nova U5/74 Subang Bestari
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KAFAI Al-Hikmah Subang Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to KAFAI Al-Hikmah Subang Bestari:

Shortcuts

Share

Category