04/08/2026
๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐-๐๐๐๐, ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
๐ฆ๐๐๐ ๐๐๐๐ , ๐ฐ ๐ข๐ด๐ผ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ โ Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini telah menerima kunjungan hormat dan mengadakan sesi audiens bersama delegasi Iqra Arabia, cabang pendidikan Universiti Umm Al-Qura, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi, sebagai langkah memperkukuh jaringan kerjasama strategik dalam pembangunan pendidikan Islam dan bahasa Arab di peringkat antarabangsa.
Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana penuh muhibah dengan memberi fokus kepada potensi kerjasama yang mampu meningkatkan kualiti pendidikan Islam di Selangor, khususnya dalam aspek pembangunan profesional guru bahasa Arab, pensijilan kompetensi, pelaksanaan program pembelajaran bahasa Arab secara dalam talian untuk warga JAIS serta penerokaan inisiatif akademik yang menyokong pemerkasaan bahasa Arab di institusi pendidikan di bawah seliaan JAIS.
Universiti Umm Al-Qura, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi, diwakili oleh Sheikh Abdullah Bawazir, Ketua Pegawai Eksekutif dan Tuan Mohd Shahrul bin Abu Bakar, manakala Bahagian Pendidikan Islam JAIS diketuai oleh Tuan Anas bin Ayob selaku Ketua Penolong Pengarah bersama para pegawai kanan turut sama menyertai sesi ini. Turut hadir sama adalah Tuan Muhammad Hanafi bin Mohamad Amin selaku Penolong Pengurus Institut Pemberdayaan Ummah Selangor (INSEL) Cawangan Tengah, Kg. Jawa, Klang.
Pertemuan ini turut menjadi platform perkongsian pandangan mengenai usaha melahirkan generasi yang memiliki penguasaan bahasa Arab yang mantap, sejajar dengan aspirasi memperkukuh kefahaman terhadap al-Quran serta memperkasakan ekosistem pendidikan Islam yang berdaya saing di peringkat global.
Bahagian Pendidikan Islam JAIS sentiasa komited memperluaskan jaringan kerjasama dengan institusi pendidikan terkemuka dunia sebagai usaha membawa pendidikan Islam di Selangor ke tahap yang lebih cemerlang, progresif dan berimpak tinggi. Sinergi strategik seperti ini diyakini mampu membuka lebih banyak peluang pemindahan ilmu, pembangunan kepakaran serta inovasi pendidikan yang memberi manfaat kepada guru, murid dan seluruh ekosistem pendidikan Islam negeri.
Semoga hubungan yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada kolaborasi yang lebih erat pada masa hadapan demi memartabatkan pendidikan Islam Selangor sebagai model pendidikan yang unggul, lestari dan diiktiraf di persada antarabangsa.