Pusat Tuisyen AdvanceStudy - Selangor

Pusat Tuisyen AdvanceStudy - Selangor Diuruskan oleh Pusat Tuisyen AdvanceStudy Malaysia (PG0339692-K)

Menawarkan perkhidmatan Home Tuition dan Quranic Home di Selangor

Lokasi perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home adalah di sekitar :

Shah Alam-Subang Jaya-Puchong-Kota Damansara-Petaling Jaya-Selayang-Rawang-Ampang Jaya-Serdang-Seri Kembangan-Bangi-Kajang-Klang

17/09/2022
Ikan Diajar Terbang, Burung Diajar Berenang..Sudahlah dipaksa begitu.. dimarahi p**a ketika kita gagal melakukannya..Mem...
13/09/2022

Ikan Diajar Terbang, Burung Diajar Berenang..
Sudahlah dipaksa begitu.. dimarahi p**a ketika kita gagal melakukannya..
Memaksa biar betul dengan caranya, paksaan tanpa mengenal pasti dan mengukur tahap kemampuan itu menzalimi namanya..
Lemas tanpa air dan lemas dalam air, tabiat yang berbeza tidak boleh dibandingkan..
Kita memaksa diri kita dengan perkara yang kita sendiri tidak pasti, mencuba tanpa ilmu, berserah membuta tuli..
Malangnya kita paksa anak-anak ikut kehendak kita bukannya kemampuan mereka..
Jom kembali kepada fitrah, jangan jadikan ia sebagai fitnah buat diri kita..
Selamat Beramal.

SILIBUS MATEMATIK 2022 SANGAT MENCABAR😵😰Cuti sekolah sudah bermula. Mohon ibu bapa membuat pemantauan terhadap tahap pen...
07/09/2022

SILIBUS MATEMATIK 2022 SANGAT MENCABAR😵😰

Cuti sekolah sudah bermula. Mohon ibu bapa membuat pemantauan terhadap tahap pencapaian pelajaran anak-anak.

Terutamanya PERINGATAN kpd para ibu bapa supaya memantau pelajaran anak-anak mereka yg akan memasuki TAHAP 2 Sekolah Rendah pada tahun hadapan.

Kenapa kena bersedia seawal Tahun 3? KERANA Silibus Matematik Tahun 4 bagi tahun 2022 lebih mencabar dan tinggi arasnya.

Ada beberapa sub topik yang sebelum ini diajar pada tahun 5 dan 6, diselitkan dalam topik Tahun 4.

Jadi murid Tahun 3, sesi 2022 mesti bersedia awal-awal. Ibubapa tolong pastikan anak-anak bersedia.

Topik Panjang, J***m dan Isipadu Cecair akan terus diajar menyelesaikan masalah terus.

Tiada lagi pengenalan asas rumus seperti 1km=1000m, 1m=100cm, 1cm=10mm, 1kg=1000g, 1liter=1000ml.

Tiada lagi masa diperuntukkan untuk memahirkan murid menghafal semua rumus tu. Diulang. TIADA!

Semua tu sudah ada dalam silibus Matematik Tahun 3, tahun ini. (2022)

Jadi ibubapa, tolong pastikan anak-anak kita yang berada di Tahun 3 menghafal rumus asas ini. Jika ini tak dapat kuasai, jangan bermimpi nak anak cemerlang dalam Matematik !

Usaha | Doa | Tawakal




Cuti sekolah sudah bermula.. sesibuk mana pun anda, ambil peluang ini untuk meluangkan masa dengan keluarga.Tidak semest...
04/09/2022

Cuti sekolah sudah bermula.. sesibuk mana pun anda, ambil peluang ini untuk meluangkan masa dengan keluarga.

Tidak semestinya kena bercuti jauh & berbelanja besar.. bawa ke taman, BBQ depan rumah ke pun OK.

Untuk ada dalam memori anak anak esok, anda perlu ada dalam kehidupan mereka hari ini ❤️

Kredit : Public Health Malaysia

🖍️ Bijak Sifir Ada yang tanya macam mana nak bagi mudah anak anak hafal sifir.Hari ni cikgu nak share beberapa cara muda...
25/08/2022

🖍️ Bijak Sifir
Ada yang tanya macam mana nak bagi mudah anak anak hafal sifir.
Hari ni cikgu nak share beberapa cara mudah untuk hasilkan jadual sifir.boleh buat berulang kali sehingga anak anak hafal sifir.
Boleh guna colour untuk lebih mudah anak anak faham dan ingat.

🖍️ IHSAN TERHADAP BINATANGPerbuatan menzalimi haiwan adalah berdosa kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT y...
22/08/2022

🖍️ IHSAN TERHADAP BINATANG
Perbuatan menzalimi haiwan adalah berdosa kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah SWT yang perlu dilindungi dan disayangi. Islam menuntut umatnya berbuat ihsan kepada semua makhluk termasuklah binatang.
Sekiranya berlaku perselisihan faham yang melibatkan haiwan peliharaan orang lain, selesaikanlah dengan cara yang baik. Manakala jika tidak selesa dengan gangguan haiwan liar, boleh laporkan kepada pihak berkuasa.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Anda tahu tak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ada menyimpan koleksi mikrofilem surat khabar Sambutan Kemerdekaan pada...
17/08/2022

Anda tahu tak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ada menyimpan koleksi mikrofilem surat khabar Sambutan Kemerdekaan pada tahun 1959?
Menarik kan.
Jom ke Aras 6, Menara PNM untuk melihat lebih banyak lagi koleksi-koleksi mikrofilem mengenai kemerdekaan dan sejarah Malaysia.
Hajah Nancy Haji Shukri
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Merdeka360
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMM

DORONG ANAK SECARA POSITIFIbu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif...
14/08/2022

DORONG ANAK SECARA POSITIF

Ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif.

Apakah kata-kata positif?

Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan menghasilkan gambaran atau membentuk minda yang positif.

Contohnya:

 Bukan “Jangan buang masa” tetapi ucapkan “Manfaatkan masa”

 Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan “Berusahalah
dengan lebih gigih lagi” ataupun “Ibu percaya adik pasti BOLEH!”

 Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan “Bawa bertenang.”

Ini antara contoh-contoh yang boleh mendorong anak belajar.

USAHA | DOA | TAWAKAL

🖍️ Aktiviti Maya : 12/08/2022Kuiz sempena Bulan KemerdekaanPilih jawapan yang betul
12/08/2022

🖍️ Aktiviti Maya : 12/08/2022
Kuiz sempena Bulan Kemerdekaan
Pilih jawapan yang betul

Manfaatkanlah waktu sebaik mungkin. Jangan disia-siakan. Gunakan waktu untuk BELAJAR dan MEMBACA kerana membaca merupaka...
10/08/2022

Manfaatkanlah waktu sebaik mungkin. Jangan disia-siakan. Gunakan waktu untuk BELAJAR dan MEMBACA kerana membaca merupakan kunci kejayaan.

Rencanakanlah waktu dan hidup Anda untuk memulai, sehingga hidup tidak sia-sia. Ketahuilah bahwa ada waktu-waktu tertentu yang harus ditunaikan.

Ada juga kewajiban waktu-waktu yang tidak bisa digantikan dengan waktu yang lain. Kerana waktu itu akan pergi dan tidak akan pernah kembali.

Suatu saat nanti, banyak yang akan menyesal mengapa dia mensia-siakan waktunya selama ini.

Manfaatkan dan isi masa lapang anak anda dirumah dengan HOME TUITION atau KELAS MENGAJI

=======================

www.wasap.my/60134348552
www.wasap.my/60134348552
www.wasap.my/60134348552




🙂

Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semu...
05/08/2022

Anda kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas..duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah.. Moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuatkan anda lalai, mengantuk [macam tak cukup cas bateri saja] dan ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan.

Masuk sahaja ke dalam kelas, pasang niat dengan ikhlas anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah dalam melakukannya, anda mempunyai peluang yang cerah untuk Cemerlang!

“Kita dulu tak macam ini… budak budak sekarang ni lembik sangat”, Itu kata kata yang di keluarkan oleh seorang ahli mesy...
05/08/2022

“Kita dulu tak macam ini… budak budak sekarang ni lembik sangat”,
Itu kata kata yang di keluarkan oleh seorang ahli mesyuarat apabila kami sedang membincangkan mengenai kes beberapa orang pelajar sekolah yang dikesan mempunyai masalah mental.
Masalah mental dikalangan pelajar tidak terkecuali dari menerima tempias stigma masyarakat,pendidik dan ibu bapa.
Pelajar yang mengalami masalah mental sering dianggap lemah, sengaja mencari perhatian, malas dan sengaja mencari perhatian.
Implikasinya, masalah mental dikalangan pelajar dianggap “biasa” dan ia menjadi isu dalaman sekolah yang tidak perlu dibesarkan. Pelajar tidak dirujuk untuk rawatan psikiatri dan tidak mendapat rawatan awal .
Implikasinya akan berpanjangan sehingga ke alam dewasa dan masalah akan menjadi semakin kronik.
Hentikan stigma kepada pelajar yang mempunyai masalah mental

Address

Taman Sri Muda
Shah Alam

Telephone

+60134348552

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Tuisyen AdvanceStudy - Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category