16/09/2025
Kuala Terengganu, 10-11 Mei 2025 – Seramai lima orang pelajar dari Akademi Pengajian Bahasa,Bahasa Arab Komunikasi Professional, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menyertai Persidangan Arabic Language Association Congress (ArLAC) 2025 yang telah berlangsung di Dewan Al-Mukhtafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Persidangan yang mengangkat tema "Pengajian Bahasa Arab: Memperkasa Graduan Untuk Kerjaya Berkualiti" itu menghimpunkan wakil dari tujuh buah institusi dalam dan luar negara termasuk UiTM, USIM, UPM, UMK, KIAS, Kolej Quran Terengganu (KQT), serta Universitas Negeri Malang dari Indonesia.
Penyertaan UiTM dan Latar Belakang Persidangan.
Penyertaan UiTM bermula apabila pihak Kelab Iqra’ Bahasa al-Quran UniSZA menghantar jemputan rasmi melalui e-mel kepada pihak Persatuan Bahasa Arab Komunikasi (PEBAKOM) pada 12 Mac 2025. Setelah jemputan diterima, pihak PEBAKOM diminta untuk menghantar dua usul bagi dipertandingkan dalam sidang persidangan ala parlimen tersebut. Kedua-dua usul daripada UiTM telah diterima dan salah satu daripadanya, iaitu usul berkaitan pengintegrasian kecerdasan buatan (AI) dalam pembelajaran bahasa Arab (usul AINAA MUSA) telah terpilih untuk dibahaskan sebagai usul pertama dalam persidangan.
Delegasi UiTM telah diketuai oleh Dr. Fahed Maromar sebagai pensyarah pengiring, bersama lima pelajar terpilih, iaitu:
1. Ainaa Binti Musa (2023217582 – Semester 4)
2. Syahirah Binti Muhammad Abdul Rahim (2024283078 – Semester 2)
3. Nur Zahirah Binti Khalid (2024664558 – Semester 2)
4. Muhammad HairulHafiz Bin Md Syaipul Nizam (2023269154 – Semester 4)
5. Muhammad Hakeem Bin Solehen (2023400088 – Semester 4)
Mereka telah bertolak ke Kuala Terengganu pada hari Jumaat, 9 Mei 2025 pada jam 3.00 petang dan selamat tiba di Hotel Ar-Riyadah pada jam 10.00 malam. Atur Cara Persidangan Persidangan bermula secara rasmi pada 10 Mei 2025, jam 3.00 petang dengan sesi perkongsian istimewa oleh dua tokoh hebat dalam bidang Bahasa Arab: Ustazah Nur Fatimah, Pegawai Perhubungan Awam di Kedutaan Palestin dan Ustaz Amirul Fahmi, personaliti media dan penceramah dari Azzuha Group Travel. Pada malam tersebut, semua wakil universiti menghadiri majlis makan malam bersama sebagai sesi suai kenal dan jaringan kerjasama.
Pada hari kedua, Sidang Persidangan Kemuncak program berlangsung pada 11 Mei 2025, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dalam bentuk sidang ala parlimen menggunakan Bahasa Arab sepenuhnya. Terdapat 4 usul utama yang dibahaskan oleh para pembahas mewakili institusi masing-masing:
1.Mengintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI) Dalam Pembelajaran Bahasa Arab
Pihak Kerajaan Muhammad Hakeem Bin Solehen, Muhammad HairulHafiz Bin Md Syaipul Nizam
Penggulungan: Syahirah Binti Muhammad Abdul Rahim
2. Menyemak Semula Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab Di Malaysia
Pihak Pembangkang:Ainaa Binti Musa
Penggulungan:Muhammad HairulHafiz Bin Md Syaipul Nizam
3.Membuat Bancian Kebolehpasaran Graduan Bahasa Arab
Pihak Kerajaan: Nur Zahirah Binti Khalid
Pihak Pembangkang: Syahirah Binti Muhammad Abdul Rahim
4. Keusahawanan Berasaskan Kemahiran Bahasa Arab
Pihak Kerajaan: Ainaa Binti Musa
Penggulungan: Muhammad Hakeem Bin Solehen
Persidangan ini turut mendapat liputan media arus perdana seperti Bernama dan Utusan Malaysia, sekaligus mengangkat martabat bidang bahasa Arab dalam arus pendidikan moden negara.