Taska Umi Mama Seksyen 24 Shah Alam menyediakan perkhidmatan menjaga dan mengasuh kanak-kanak dari seawal bayi hingga 4 tahun. Setiap kanak-kanak yang di amanahkan kepada kami akan kami jaga dan didik dengan penuh kasih sayang. Dengan pengasuh yang komited dan penyayang, ibu bapa boleh dengan tenang bekerja kerana kami sedaya upaya memastikan anak-anak mereka selamat dan terjamin. Taska Umi Mama m
enyediakan tiga perkhidmatan iaitu :
Asuhan
Bertumpu kepada anak-anak di bawah umur 4 tahun, penjagaan dan asuhan yang teliti serta penuh kasih sayang adalah amalan kami. Menggunakan konsep asuhan dan didikan melalui perkembangan menyeluruh, taska ini tidak hanya menumpukan perkembangan akademik dan intelektual, tetapi juga menitik beratkan perkembangan kognitif, bahasa, sosio-emosi dan fizikal mengikut pertumbuhan anak-anak itu. Transit
Menyediakan kemudahan kepada pelajar tadika, pelajar sekolah rendah dan menengah yang memerlukan jagaan dan bimbingan selepas waktu persekolahan harian sehingga petang. Pelbagai aktiviti masa lapang seperti tayangan video dan internet di sediakan. Kelas Mengaji Al-Quran
Kelas Iqraโ dan Al-quran merupakan salah satu khidmat yang kami sediakan untuk tujuan mendedahkan dan memupuk anak-anak untuk mendekatkan diri dengan Pencipta-Nya.