27/03/2021
*RAHSIA AL-FATIHAH*
1. Al fatihah - *Seringkali di baca untuk arwah.*
2. Al fatihah - *Tanpa membacanya solat kita tidak sah*
3. Al fatihah - *Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan didalam masalah.*
4. Al fatihah - *Jika merindui seseorang, maka bacalah.*
5. Al fatihah - *Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bermasalah.*
6. Al fatihah - *Salah satu surah penawar sihir, sabda Baginda Nabi.*
7. Al fatihah - *Terjemahannya indah, menghafalnya mudah.*
8. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah bersama amalan sunat yg lain.*
9. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.*
10. Al fatihah - *Bersama amalkan, tiada resah walaupun sedang berkeluh kesah.*
*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN AL FATIHAH*
Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.
Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.
Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. *Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anakΒ² permata hatinya* juga.
*Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.*
Sahabatku,
Cuma hadiahkan al-Fatihah...berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah ini, tidak akan mampu kita buat tanpa *hidayah*, perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan *istiqomah.*
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. *Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat p**a pahala bersedekah* dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkaraΒ² mudah yang dis**ai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali p**a kepada kita...Subhanallah.
Jom samaΒ² kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah kepada Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anakΒ² permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.
Ijazah umum;
Berkongsi lah...mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t. *Alfatihah..*