Sifu Rekod, FPM

Sifu Rekod, FPM

Share

Semua cerita/kisah yang melibatkan para penasyarah dan mahasiswa/mahasiswi Pusat Pengajian Pengurusan Rekod, Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM.

Photos from Sifu Rekod, FPM's post 13/04/2026

Happy birthday Sifu Dr HDK (hari ini - 13 April), happy belated birthday Sifu Prof AMI dan Sifu NMN (Chef Dee).

Moga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan berbahagia bersama keluarga dan keluarga rekod.

*Sifu : Terima kasih Sifu Ustaz MZM untuk gambar-gambar ini

19/01/2026

Tak lama lagi...

Kami akan duduk semeja lagi untuk berbincang mengenai pencapaian akademik pelajar Program Pengurusan Rekod.

Musim peperiksaan dah nak tiba.

Belajarlah bersungguh-sungguh. Jangan nak menipu dan meniru. Sia-sia pembelajaran satu semester tetiba kena tangkap sebab meniru. Hukuman? Kalian akan digantung SATU SEMESTER.

Best kan?

Tirulah.

*Sifu Rekod : Doakan kesejahteraan Dr Hj WAM. Setahun lamanya beliau dalam cuti sakit.🥹🥹🥹

04/01/2026

Mmmmm

Sifu MZM dah macam seronok balik jadi 'retis' ya?

Sifu kena cari 'pengganti' baharu ni.

Mmmmmmmmm

25/07/2025

Ehem!

Ingat kami lagi?

Kami bergambar bersama dua (2) orang pegawai Arkib Negara. Salah seorang itu adalah anak sifu.

Gambar adalah semasa Program Hari Arkib Antarabangsa; dan ketika ini adalah sesi Dialog Bersama Industri. Antara pihak Arkib Negara dan Program Pengurusan Rekod.

Macam itulah 'style' kami bergambar.

Serupa nak menyanyi lagu UiTM DiHatiku. 🫠

Anak-anak Sifu di luar sana.. kalau ada berita mengenai peluang-peluang kerjaya; maklumkan sifu ya.

Kalau ada yang perlukan pelajar 'intern' pun, boleh maklumkan Sifu.

Ok?

23/06/2025

Nah!

Kerja.

Medical Records Officer.

Yang dah tamat pengajian dan tak buat apa tu, sila mohon.

*Sumber : ALUMNI Records Management

11/03/2025

Nah!

Akhirnya...

Bidang Pengurusan Rekod dan Pentadbiran Arkib mempunyai seorang Profesor selepas YM Dato' Prof Dr Raja Abdullah Yaacob (Pak Ray) [Mantan Dekan Fakulti Pengajian Maklumat/Kajian Sains Perpustakaan Dan Maklumat].

Tahniah buat Prof Dr Azman Mat Isa (AMI) dengan kenaikan pangkat baru-baru ini.

Adik-beradik sifu berasa cukup bangga dan gembira.

Moga Sifu Prof AMI dipermudahkan segala urusan terutama didalam bidang pengurusan rekod dan pentadbiran arkib dan kembali menaikkan imej dan kehebatan FAKULTI SAINS MAKLUMAT nanti (insya Allah tahun ini) [dulu : Fakulti Pengurusan Maklumat].

Tahniah sekali lagi!

*Gambar : Prof AMI (kiri) bersama VC UiTM.

11/03/2025

14 Mac 2025 : Jumaat.

Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan.

Dah berusaha bersungguh-sungguh, maka.. berdoalah selepas itu. Moga cemerlang keputusan anak-anak Sifu.

Yang konon-konon berusaha, tak perlulah mengharapkan sesuatu. Cermin diri sendiri.

Kalau ada yang gagal, salahkan diri sendiri. Kerana gagal berusaha. Jangan selepas ini meluahkan perasaan dalam "PUNDANA Confession" p**a. Budaya menjengkelkan meluah-luahkan perasaan benci, sayang, s**a, hebat, bijak... di dalam media sosial. Untuk apa?

Apapun..

Selamat berpuasa anak-anak Sifu. Anak dari zaman dinasour sehinggalah anak yang dah masuk level cucu kepada sifu. Moga kalian bergembira dan berbahagia bersama anak, isteri/suami dan keluarga tercinta.

-Sifu : kalau buat Sukan ALUMNI Rekod ni.. mesti best.

Photos from Sifu Rekod, FPM's post 19/01/2025

Nah!

Bers**an dikala semua orang tidur.

Strategi itu penting.

Insya Allah.. dengan pengurusan Jawatankuasa terbaharu iREC, sesuatu yang baharu akan muncul. Sifu doakan.

18/01/2025

Anak-anak Sifu tahun 2025.

Yang lain ... tidur.

17/01/2025

Nah!

Esok... ada SURE (Sukan Rekod).

Lain cara pengurusan/penganjuran sekarang.

Dulu... kecoh 5 hari 5 malam.

Nak fikir kump**an ni warna apalah. Kump**an tu siapa idola mereka lah. Belum lagu kump**an lagi.

Para sifu pun fikir nak sediaka makanan apa untuk anak-anak mentee/tutee mereka.

La ni... senyap je. Sifu pun tak nampak sebarang jenis poster hebahan. Pelik betul generasi sekarang.

Huh!



08/12/2024

Mungkin ada yang mengenali Arwah (telah berpencen).

Pensyarah bidang Pengurusan Pusat Sumber (IM247).

Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah.

SALAM TAKZIAH

Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Tuan Shahrom TM Sulaiman, Mantan Pensyarah Pusat Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah kembali ke rahmatullah pada 7 Disember 2024.

Salam takziah kepada keluarga dan sahabat - sahabat Allahyarham.
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

21/11/2024

Nah!

Ini antara Sifu Rekod yang hadir bagi Istiadat Konvokesyen ke 100 UiTM.

Dari kiri : Sifu AJ, Sifu Dr NH, Sifu Dr ARA, Sifu Dr MPK, Sifu PM Dr IKAK, Sifu Dr ERKR, Sifu Dr HD dan Sifu Dr MNY.

Yang hadir tetapi 'hilang' disebabkan pop**ar, Sifu PM Dr AMY dan Sifu Ustaz MZM.

Tahniah buat semua anak-anak Sifu Rekod.

Kerja memolek deh diluar sana.

Pepandai jaga diri. Baik buruk. Halal haram.

-Sifu : kami doakan yang terbaik buat kalian.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Shah Alam