28/04/2026
Tentera Islam tewaskan Dracula?
Kalau di Hollywood, watak Dracula ni kira mcm hantu yang minum darah orang, boleh bertukar jadi kelawar, tak boleh kena cahaya matahari dan macam-macam lagi lah.
Dah banyak sangat movie pasal Dracula ni. Cerita favourite saya, Dracula : Dead & Loving It.
Dah jadi macam cerita dongeng pun yer. Tapi sebenarnya watak Dracula berasalkan nama Vlad III, atau lebih dikenali sebagai Dracula.
Seorang raja dari wilayah Wallachia yang terkenal dengan kekejaman luar biasa โ menyula musuhnya hidup-hidup sebagai amaran di zaman Uthmaniyah.
Cerita ni boleh tengok di Netflix, "Rise of Empires: Ottoman: Mehmed vs Vlad. Saya pun baru tengok dan ternampak juga ulasannya di Tiktok.
Vlad III bukan orang asing kepada Uthmaniyah. Ketika muda, dia pernah menjadi tawanan di istana Uthmaniyah. Dia belajar taktik, strategi, dan kekuatan empayar itu sendiri.
Namun bila dewasa, dia berpalingโฆ bukan sekadar menentang, tetapi melancarkan pemberontakan yang penuh kekejaman.
Bayangkanโฆ ribuan tentera disula, dijadikan โhutan mayatโ sebagai psikologi perang. Bahkan tentera Uthmaniyah sendiri terkejut melihat tahap kezaliman ini.
Sultan Muhammad Al-Fateh tidak membalas dengan emosiโฆ tetapi dengan strategi.
Baginda menghantar pasukan yang jauh lebih besar. Bukan sekadar tentera, tetapi juga menggunakan pendekatan psikologi dan politik.
Dan yang paling menarikโฆ
Adik kandung Vlad sendiri โ Radu โ memilih untuk bersama Uthmaniyah. Radu bukan sahaja memeluk Islam, tetapi menjadi sekutu penting dalam menjatuhkan abangnya sendiri.
Akhirnyaโฆ
Vlad terpaksa melarikan diri. Kekuasaannya runtuh. Dan sejarah tidak lagi memihak kepadanya.
Sejarah mengajar kita satu perkara:
Kejayaan bukan milik yang paling kejamโฆ
Tetapi milik yang paling taat dan berprinsip.
Dan hari iniโฆ
Mungkin kita tidak memimpin tentera,
tetapi kita masih diberi peluang untuk โberjuangโ โ
melalui ibadah seperti Qurban.
Bagi mereka yang mencari khidmat Qurabn, kami di IK Qurban Centre menyediakan khidmat Qurban Kambing Mekah untuk Aidiladha ini. Hubungi Islah di 012 7715 002 untuk tempahan sekarang.
IK Qurban Centre