HEP FKA Universiti Teknologi MARA Shah Alam

HEP FKA Universiti Teknologi MARA Shah Alam

Share

Pejabat Hal Ehwal Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam UiTM Shah Alam

Photos from HEP FKA Universiti Teknologi MARA Shah Alam's post 19/06/2026

INDUSTRY MASTERCLASS DI
ICE UiTM 2026 INDUSTRY CAREER EXPO

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Fakulti Kejuruteraan Awam ingin menggalakkan para pelajar untuk menyertai sesi Industry Masterclass yang dianjurkan sempena Industry Career Expo (ICE) UiTM 2026.

Program ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai dunia pekerjaan, keperluan industri semasa serta kemahiran yang diperlukan oleh majikan dalam menghadapi cabaran kerjaya masa kini.

Menariknya, beberapa syarikat dan organisasi yang mempunyai kaitan dengan bidang kejuruteraan awam, pembinaan, infrastruktur dan perundingan turut terlibat dalam program ini. Pelajar FKA digalakkan mengambil peluang ini untuk mengenali prospek kerjaya, membina rangkaian profesional serta mendapatkan perkongsian secara langsung daripada pihak industri.

📅 Tarikh: 18 – 19 Jun 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Tempat: Dewan Mawar Qaseh, Kolej Mawar, UiTM Shah Alam

📲 Pendaftaran:
https://forms.gle/3oZ5zivRZYNiNSGPA

Jangan lepaskan peluang untuk menambah pengetahuan, meneroka peluang kerjaya dan mendapatkan pandangan terus daripada pemain industri.

Sekian, terima kasih.

19/06/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kaunter Pengesahan Dokumen (Certified True Copy, CTC) bagi Program UTAMA PLUS UiTM (AI) Suku 3 kini dibuka di semua Pusat/Unit Kesatria dan Kokurikulum UiTM seluruh Malaysia.

🗓 Tarikh Operasi:
18 Jun 2026 hingga 14 Julai 2026

📍 Lokasi:
• UiTM Shah Alam: Pusat Kesatria dan Kokurikulum
• UiTM Cawangan: Sila hubungi Unit Kesatria dan Kokurikulum kampus masing-masing untuk maklumat lanjut

⏰ Waktu Operasi:
9.00 pagi hingga 6.00 petang

☎️ Hotline:
013-9098278

Sila pastikan semua dokumen yang diperlukan dibawa bagi melancarkan urusan pengesahan.

Photos from HEP FKA Universiti Teknologi MARA Shah Alam's post 19/06/2026

📢 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗥𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗦𝗜𝗦𝗪𝗔 𝗙𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟 𝗞𝗘𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗛𝗘𝗣 & 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗞𝗘𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗔𝗞𝗠)

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗦𝗲𝗺𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿 𝟭 𝗙𝗮𝗸𝘂𝗹𝘁𝗶 𝗞𝗲𝗷𝘂𝗿𝘂𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗔𝘄𝗮𝗺 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗶 𝗠𝗼𝗱𝘂𝗹 𝗞𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗝𝗮𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗹 𝗘𝗵𝘄𝗮𝗹 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 (𝗝𝗛𝗘𝗣) 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶 𝗞𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗔𝗞𝗠) 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝟭𝟵 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟮𝟭 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗱𝗶 𝗣𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗟𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 (𝗣𝗟𝗞) 𝗨𝗹𝘂 𝗞𝗲𝗻𝗮𝘀, 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗸.

Program ini merupakan 𝗽𝗹𝗮𝘁𝗳𝗼𝗿𝗺 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗮𝘀𝗽𝗲𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻, 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗷𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶, 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗮𝘁𝗿𝗶𝗼𝘁𝗶𝘀𝗺𝗲, 𝗸𝗲𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗽𝗲𝗻𝗴𝘂𝗸𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶-𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗺𝘂𝗱𝗮.

Semoga penyertaan dalam program ini dapat memberikan pengalaman yang bermakna, memperkukuhkan sahsiah diri serta melahirkan mahasiswa yang berilmu, berintegriti dan berjiwa patriotik.

Warga Fakulti Kejuruteraan Awam mendoakan agar para peserta diberikan kelancaran sepanjang program dan memperoleh manfaat yang dapat dikongsikan bersama warga kampus sekembalinya nanti.

💜 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗷𝗶𝘄𝗮 𝗞𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻
💛 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘀𝗶𝘀𝘄𝗮 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗗𝗲𝗽𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮












📸 Selamat menjalani program dan semoga berjaya mengharumkan nama Fakulti Kejuruteraan Awam.

Photos from HEP FKA Universiti Teknologi MARA Shah Alam's post 19/06/2026

🏃‍♂️🏃‍♀️ 𝗦𝗘𝗞𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗔𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟲

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Malam 18 Jun 2026 menyaksikan atlet-atlet Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) turun beraksi dalam acara larian sempena Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026 dengan penuh semangat, disiplin dan daya tahan yang tinggi.

Walaupun cabaran demi cabaran perlu ditempuhi, para atlet terus menunjukkan komitmen yang membanggakan dalam membawa nama Fakulti Kejuruteraan Awam di pentas SAF 2026. Semangat juang yang dipamerkan menjadi bukti bahawa kejayaan bukan sahaja diukur melalui keputusan pertandingan, tetapi juga melalui usaha, pengorbanan dan kesungguhan yang diberikan.

Pihak fakulti merakamkan penghargaan kepada semua atlet, pengurus pasukan, jurulatih serta warga FKA yang sentiasa memberikan sokongan dan kata-kata semangat sepanjang temasya berlangsung.

Teruskan berjuang dan berikan yang terbaik dalam setiap acara yang disertai.

🔥 𝗚𝗢 𝗖𝗜𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗚𝗢!!! 🔥

💜 Satu Fakulti
💛 Satu Pasukan
🏆 Satu Matlamat









19/06/2026

𝗨𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗜𝗔𝗥: 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥𝗔𝗡 — 𝗖𝗲𝗿𝘁𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝗜 | 𝗔𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗣𝗟𝗨𝗦 𝗨𝗶𝗧𝗠 (𝗔𝗜) 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗦𝘂𝗸𝘂 𝟯)

Dimaklumkan bahawa pendaftaran Program Certified AI bagi Agenda UTAMA PLUS UiTM (AI) 2026, Suku 3 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝘀𝗲𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟯𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲. 𝗣𝗲𝗿𝗺𝗼𝗵𝗼𝗻𝗮𝗻 𝗬𝗮𝘆𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂 𝗽𝘂𝗹𝗮 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝗺𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟭 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟭𝟰 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲. Sehingga kini, jumlah pendaftaran masih belum mencapai sasaran yang ditetapkan, iaitu 40,000 pelajar.

Program ini dilaksanakan 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝟯 𝗵𝗶𝗻𝗴𝗴𝗮 𝟴 𝗵𝗮𝗿𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗻𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗖𝗲𝗿𝘁𝗶𝗳𝗶𝗲𝗱 𝗔𝗜 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻. Sehubungan itu, semua pelajar UiTM yang belum mendaftar adalah diminta mengambil tindakan segera dengan membuat pendaftaran melalui pautan rasmi berikut:

https://jejakpro.com/register/ai

Mohon kerjasama semua pihak untuk membuat hebahan dan memastikan pelajar tidak melepaskan peluang ini. Tindakan awal amat penting bagi melancarkan urusan permohonan dana Yayasan Peneraju dalam tempoh yang dijadualkan.

Sekian, terima kasih.

18/06/2026

🏃‍♂️🧭 𝗦𝗔𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗜𝗘𝗡𝗧𝗘𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Tahniah diucapkan kepada Kontinjen Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) yang telah menunjukkan semangat juang, ketahanan fizikal dan kecergasan mental dalam acara Orienteering sempena Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026.

Berdasarkan keputusan rasmi acara Orienteering yang berlangsung pada 16 Jun 2026, kontinjen FKA berjaya menamatkan cabaran dengan kutipan 370 mata dan menduduki tempat ke-7 keseluruhan dalam kalangan fakulti yang bertanding.

Pencapaian ini mencerminkan komitmen serta usaha berterusan para atlet yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang pertandingan berlangsung.

Syabas dan terima kasih kepada semua atlet, pengurus pasukan, jurulatih serta penyokong yang sentiasa bersama-sama memberikan sokongan kepada kontinjen FKA.

🔥 𝗚𝗢 𝗖𝗜𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗚𝗢!!! 🔥

💜 Terus Melangkah
💛 Terus Berjuang
🏆 Demi Kecemerlangan FKA











📸 Sumber: Media Sosial Rasmi Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

16/06/2026

🌙 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗠𝗔𝗔𝗟 𝗛𝗜𝗝𝗥𝗔𝗛 𝟭𝟰𝟰𝟴𝗛 🌙

Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.

Sempena ketibaan 1 Muharram 1448H, marilah kita bersama-sama 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗶𝘀𝘁𝗶𝘄𝗮 𝗵𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗦𝗔𝗪 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗶𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘀𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗱𝗶𝗿𝗶, 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗸𝗲𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘇𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮𝗽 𝗮𝘀𝗽𝗲𝗸 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻.

Tahun baharu Hijrah merupakan 𝗿𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗺𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗿𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶, 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂𝗶 𝗻𝗶𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗽𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝗳, 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻.

✨ 𝗠𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗹𝗮𝗺, 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗜𝗻𝗶, 𝗞𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗮𝗽𝗮𝗻.

Semoga tahun 1448H 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗿𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁, 𝗸𝗲𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻, 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗷𝗮𝘆𝗮𝗮𝗻 buat seluruh warga Fakulti Kejuruteraan Awam serta umat Islam keseluruhannya.

Salam Maal Hijrah 1448H.

Ikhlas daripada,
Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Seluruh Warga HEP FKA
Fakulti Kejuruteraan Awam, UiTM





16/06/2026

🥈🏆 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗕𝗢𝗟𝗜𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗟𝗔𝗞𝗜 𝗙𝗞𝗔

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Kontinjen Boling Padang Lelaki Fakulti Kejuruteraan Awam atas kejayaan meraih gelaran **Naib Johan** dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, kerjasama berpasukan dan semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet sepanjang kejohanan berlangsung.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh kontinjen FKA untuk terus berusaha, mengumpul mata dan melakar lebih banyak kejayaan dalam SAF 2026.

🔥 𝗚𝗢 𝗖𝗜𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗚𝗢!!! 🔥

💜 Tahniah Kontinjen Boling Padang Lelaki FKA!
💛 Teruskan kecemerlangan demi Fakulti Kejuruteraan Awam.







📸 Foto ihsan Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

Photos from HEP FKA Universiti Teknologi MARA Shah Alam's post 16/06/2026

🥇🥉🏆 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗤𝗨𝗘 𝗙𝗞𝗔 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗦𝗔𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟲

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kontinjen Petanque Fakulti Kejuruteraan Awam atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026.

🏆 **Johan** – Petanque Trio VIP
🥉 **Tempat Ketiga** – Petanque Trio (Lelaki)

Kejayaan ini membuktikan kesungguhan, komitmen dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan atlet serta wakil Fakulti Kejuruteraan Awam sepanjang temasya SAF 2026 berlangsung.

Setiap pingat yang diraih bukan sahaja menjadi kebanggaan kontinjen, malah menyumbang kepada kutipan mata keseluruhan FKA dalam usaha memburu kedudukan terbaik SAF 2026.

Tahniah kepada semua atlet, pengurus pasukan, jurulatih dan penyokong yang telah memainkan peranan dalam kejayaan ini.

🔥 𝗚𝗢 𝗖𝗜𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗚𝗢!!! 🔥

💜 Terus berjuang.
💛 Terus mengutip mata.
🏆 Terus memburu kejayaan.







📸 Foto ihsan Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

16/06/2026

🏆🥈 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗞𝗢𝗡𝗧𝗜𝗡𝗝𝗘𝗡 𝗣𝗨𝗕𝗚 𝗪𝗔𝗡𝗜𝗧𝗔 𝗙𝗞𝗔 – 𝗡𝗔𝗜𝗕 𝗝𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗙 𝟮𝟬𝟮𝟲

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kontinjen PUBG Wanita Fakulti Kejuruteraan Awam atas pencapaian cemerlang meraih Naib Johan dalam Kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa mahasiswa FKA bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah turut berupaya menyerlah dalam arena e-sukan melalui semangat berpasukan, strategi yang mantap serta daya saing yang tinggi.

Penghargaan turut diberikan kepada para pemain, jurulatih, pengurus pasukan serta semua penyokong yang sentiasa memberikan komitmen dan sokongan sepanjang pertandingan berlangsung.

Setiap kejayaan yang diraih menyumbang kepada kutipan mata keseluruhan kontinjen dan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga FKA untuk terus melakar kecemerlangan di SAF 2026.

🔥 𝗚𝗢 𝗖𝗜𝗩𝗜𝗟𝗜𝗢𝗡𝗦 𝗚𝗢!!! 🔥

💜 Semangat Berpasukan
💛 Strategi Kemenangan
🏆 Kebanggaan FKA







📸 Foto ihsan Pusat Sukan UiTM Shah Alam.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pejabat Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Kejuruteraan Awam, Tingkat 8, Menara 1, Kompleks Kejuruteraan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30