14/04/2025
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Insan ini pernah menjadi pemerintah kami...
Insan ini pernah mengorbankan hidupnya untuk menegakkan Islam di negara kami...
Insan ini pernah berusaha melakukan yang terbaik untuk kami semampunya sebagai seorang hamba Allah..
Dalam hidup dan usahanya pasti ada kekhilafan dan dosa yang terselit dan terpalit, ampunilah beliau ya Ghaffur.
Semoga Allah SWT memberikan tempat paling baik bagi almarhum telah memiliki amalan baik di dunia ini.
Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah semata dan hanya kepada Allah kita akan kembali.
Ya Allah, masuklah beliau dalam golongan orang-orang yang soleh di sisiMu.
Surah Al-Munāfiqūn: 11
{ وَلَن يُؤَخِّرَ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِذَا جَآءَ أَجَلُهَاۚ وَٱللَّهُ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ }
Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam PengetahuanNya mengenai segala yang kamu kerjakan.
Selamat berehat, Tun.
13/08/2024
BERDOA UNTUK DITAMBAHKAN ILMU
وَقُل رَّبِّ زِدۡنِی عِلۡمࣰا
"Dan berdoalah dengan berkata: "Wahai Tuhanku, tambahilah ilmu kepadaku" [Surah Ṭā-Hā 114]
Rasulullah saw tidaklah berdoa untuk meminta tambahan sesuatu kecuali ilmu. Maka kita yang kerdil lagi jahil ini sewajarnya berdoa dan berusaha menambahkan ilmu serta beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Untuk menjadi seorang yang berilmu dan sentiasa bertambah ilmu maka perlu hidup dalam suasana memperkatakan tentang ilmu atau sentiasa membahaskan permasalahan berkaitan ilmu serta tidak tergolong dalam kalangan mereka yang lalai.
Apabila seseorang itu bertambah ilmu, maka sepatutnya ia bertambah tawadhuk dan tidak sombong. Inilah sifat ahli ilmu yang beramal dengan ilmunya. Hal ini kerana ahli ilmu yang sombong dengan ilmunya akan dihalang daripada memahami ilmu dan beramal dengan ilmunya.
🌱Tuntutlah ilmu dan beramallah dengannya, semoga Allah menambahkan kita ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk diamalkan. Aamiiin
Pendaftaran 2024 dibuka :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/dartarscc2024
www.wasap.my/60173917551/daftarscc2024
06/08/2024
SETIAP MUKMIN ITU BERSAUDARA
Ambillah iktibar kisah Aus dan Khazraj di Madinah yang mana kedua-dua kaum ini begitu taksub dan fanatik dengan kaum masing-masing namun Allah telah satukan hati mereka dengan kasih sayang dan mereka saling mencintai antara satu sama lain apabila menerima Islam. Mereka bersatu atas nama Islam dan mereka berjuang atas nama Islam.
Ingatlah bahawa setiap mukmin ini bersaudara. Firman Allah:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara. Oleh itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah supaya kamu mendapat rahmat” (al-Hujurat: 10)
Saudara kita seagama adalah tanggungjawab kita untuk membantu jika mereka memerlukan bantuan, memberi nasihat ketika mereka memerlukan nasihat, meminjamkan telinga kita untuk mendengar masalah dan kisah mereka, memberi sokongan dan dorongan kepada mereka dan akhir sekali jangan kita lupa untuk mendoakan kepada mereka kerana doa adalah senjata terbaik apatah lagi doa yang tidak diketahui oleh saudaranya sendiri.
Pendaftaran 2024 dibuka :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/dartarscc2024
www.wasap.my/60173917551/daftarscc2024
05/08/2024
Jadilah Pengasih Untuk Dirahmati Allah
سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا يَرْحَمُ اللَّهُ مِنْ عِبَادِهِ الرُّحَمَاءَ
Daripada Saad bin Ubadah RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah hanya merahmati hamba-hambaNya yang pengasih" (HR Bukhari No: 1284). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Sifat penyayang dan pengasih adalah dituntut pada setiap Muslim
2. Allah hanya merahmati Muslim yang memiliki sifat kasih sayang kepada sesama manusia dan makhluk lain untuk diberi ganjaran syurga.
3. Milikilah sifat kasih sayang terhadap orang lain. Antaranya ialah sifat membantu mereka yang sedang menghadapi musibah, sama ada dengan wang ringgit, tenaga mahupun pandangan dan nasihat.
4. Kasihilah orang lain dengan mendoakan kebaikan, memaafkan mereka, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu orang yang sedang kesempitan, memberi makan orang yang kelaparan serta mengunjungi orang sakit dan yang ditimpa musibah.
5. Jika kita benci atau tidak s**a kepada kejahatan seseorang, lakukan dengan cara yang dibenarkan syarak bukan dengan cara memaki hamun dilaman sosial.
🌱Jika kita ingin dirahmati Allah, maka milikilah sifat pengasih terhadap orang lain. Islam agama yang mulia dan berakhlak.
Pendaftaran 2024 dibuka :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/dartarscc2024
www.wasap.my/60173917551/daftarscc2024
02/08/2024
📚KAHFI TIME AYAT 46
ٱلۡمَالُ وَٱلۡبَنُونَ زِینَةُ ٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَاۖ وَٱلۡبَـٰقِیَـٰتُ ٱلصَّـٰلِحَـٰتُ خَیۡرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابࣰا وَخَیۡرٌ أَمَلࣰا
"Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan" [Surah al-Kahfi 46]
Harta merupakan perhiasan dunia yang Allah swt jadikan sebagai salah satu ujian keimanan/cubaan bagi manusia. Manusia dikurniakan oleh Allah swt harta benda adalah sebagai titipan dan amanah yang harus dipergunakan sebagaimana yang telah ditetapkan. Harta bukanlah tujuan, namun tidak lebih hanya sebagai salah satu wasilah dan bekal untuk beribadah kepada Allah swt.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ
”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah..."[Surah al-Munafiqun 9]
🌱Semoga kita tidak dilalaikan dengan harta dan anak-anak dalam mengingati Allah.
Pendaftaran 2024 dibuka :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/dartarscc2024
www.wasap.my/60173917551/daftarscc2024
26/07/2024
KELEBIHAN AL-QURAN
وَلَقَدۡ یَسَّرۡنَا ٱلۡقُرۡءَانَ لِلذِّكۡرِ فَهَلۡ مِن مُّدَّكِرࣲ
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?" [Surah al-Qamar 17]
Mempelajari al-Quran adalah mudah bagi mereka yang mahu belajar samada dari sudut menghafaz dan memahaminya.
Perkataan 'mudah' bermaksud Allah telah memberikan keperluan dan alat-alat untuk kita memahami al-Quran. Jika kita luangkan masa untuk berusaha memahaminya, kita akan berjaya. Ini kerana Allah swt telah beri segala keperluan kepada kita untuk memahami ayat-ayatNya.
Para ulamak tafsir telah mengkaji al-Quran dan mengeluarkan pelbagai kaedah untuk menghafaz dan mengingati al-Quran. Disamping itu, untuk memahami al-Quran, mereka telah menulis kitab-kitab tafsir untuk dipelajari oleh kita semua. Mereka telah mengupas ayat-ayat al-Quran itu satu persatu. Dan ramai pakar al-Quran yang boleh menyampaikan maksud al-Quran ini kepada orang yang ingin memahaminya.
Muhammad Hussain ar-Rantawi telah menceritakan kepada kita bahawa terdapat seorang kanak-kanak Iran yang bernama Mahyar Hussain Bour yang berusia kurang sepuluh tahun, namun telah berjaya menghafaz keseluruhan al-Quran. Yang uniknya, anak kecil ini dikatakan memiliki sedikit kecacatan untuk bercakap sejak lahir lagi dan keadaan tersebut berlanjutan sehinggalah dia mencecah usia lima tahun. Kemudian dia memulakan perjalanan hidupnya dengan usaha membaca dan menghafaz al-Quran. Berkat usaha gigihnya yang tidak melihat kepada kecacatan peribadinya, akhirnya dalam tempoh enam bulan sahaja dia sudah mampu menghafaz keseluruhan al-Quran, malah bentuk percakapan lisannya juga menjadi normal semula. Allahuakbar..
Berkata Syeikh Muhammad Nur bin Abdul Hafiz Suwaid: "Peringkat kanak-kanak merupakan tempoh paling subur dalam proses pembinaan ilmu dan pengukuhan pemikiran".
🌱Allah swt mengatakan bahawa al-Quran itu sudah dipermudahkan untuk kita menguasai dan memahaminya. Jom berusaha menguasai dan memahami al-Quran
Pendaftaran 2024 dibuka :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/dartarscc2024
www.wasap.my/60173917551/daftarscc2024
25/07/2024
AJARI ANAK SOLAT
"Perintahlah anak-anak kalian untuk mengerjakan solat pada 7 tahun dan pukullah mereka untuk solat pada usia sepuluh tahun, serta pisahkanlah tempat tidur mereka
(HR Abu Daud & Al Hakim)
Didiklah anak untuk mendirikan solat sejak di awal usia. Meskipun belum wajib menunaikan, la merupakan salah satu latihan penting kepada anak-anak kita untuk dewasa kelak.
🌱Semoga kita dan keluarga menjadi hamba yang sentiasa mendirikan dan menghayati solat.
23/07/2024
Apa itu tawakkal?
أَعْقِلُهَا وَتَوَكَّلْ
"Ikatlah (untamu), baru kamu bertawakkal." (HR tarmizi)
Daripada hadis ini, Nabi ingin mengajarkan kepada kita bahawa tawakal itu adalah selepas kita mengusahakan sesuatu, kemudian berserah kepada Allah tentang keadaan yang luar kuasa dan pengetahuan kita
Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa bertawakal kepada Allah dalam setiap apa jua cabaran dalam hidup
Jom, belajar di Tadika Al Baghdadi!
18/07/2024
Mengutamakan Orang Lain
Daripada Abu Hurairah RA bahawa ada seorang lelaki (yang susah) datang kepada Nabi SAW lalu baginda memberitahu para isteri baginda (jika ada sesuatu yang boleh diberi). Para isteri baginda berkata;
"Kami tidak mempunyai apa-apa selain air". Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada orang ramai: "Siapakah yang mahu mengajak atau menjamu orang ini?". Maka seorang lelaki Ansar berkata; "Aku". Lelaki Ansar itu pulang bersama lelaki tadi menemui isterinya lalu berkata;
"Muliakanlah tamu Rasulullah SAW ini". Isterinya berkata; "Kita tidak memiliki apa-apa kecuali sepotong roti untuk anak kita". Lelaki Ansar itu berkata; "Sediakanlah makanan itu, tidurkanlah anak kita dan matikanlah lampu". Ketika mereka hendak menikmati makan malam, maka isterinya menyediakan makanan itu lalu mematikan lampu dan menidurkan anaknya kemudian dia berdiri seakan hendak memperbaiki lampunya, lalu dimatikannya kembali.
Suami-isteri hanya menggerak-gerakkan mulutnya (seperti mengunyah sesuatu) seolah keduanya turut menikmati hidangan. Kemudian keduanya tidur dalam keadaan lapar kerana tidak makan malam. Ketika pagi harinya, lelaki Ansar menemui Rasulullah SAW. Maka baginda berkata: "Malam tadi Allah kagum kerana perbuatan kalian berdua". Lalu Allah menurunkan firman-Nya dalam Surah al-Hasyr ayat 9 yang artinya:
(Dan mereka lebih mengutamakan orang lain (Muhajirin) dari pada diri mereka sendiri sekalipun mereka memerlukan apa yang mereka berikan itu. Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung). (HR Bukhari No: 3514) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Rasulullah SAW menunjukkan contoh terbaik dengan berusaha tidak menghampakan setiap yang datang menemui baginda
2. Melayani tetamu adalah antara tuntutan akhlak terpuji seorang Muslim
3. Memiliki sifat "itsar” (mengutamakan orang lain) melebihi diri sendiri adalah akhlak yang dikagumi dan suatu kemuliaan di sisi Allah
4. Mengutamakan dan memuliakan orang lain adalah satu daripada akhlak terpuji yang perlu diasuh sebagai satu daripada sifat RAHMAH seorang Muslim.
🌱Marilah kita berusaha untuk memiliki sifat “itsar” agar menjadi orang yang mulia disisi Allah.
17/07/2024
Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun.(HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.
2. Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ
Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka” (HR Ahmad 3/241) Status: Hadis Sahih
3. Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.
4. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas." (HR Nasai No: 2380) Status: Hadis Hasan
Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.
🌱Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.
Pendaftaran 2024 dibuka :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/dartarscc2024
www.wasap.my/60173917551/daftarscc2024
15/07/2024
Berpuasa Hari Asyura Tanda Kecintaan Kepada Rasul
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالْيَهُودُ تَصُومُ عَاشُورَاءَ فَقَالُوا هَذَا يَوْمٌ ظَهَرَ فِيهِ مُوسَى عَلَى فِرْعَوْنَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ أَنْتُمْ أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْهُمْ فَصُومُوا
Daripada Ibnu 'Abbas RA dia berkata; "Ketika Rasulullah SAW tiba di Madinah, baginda melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura` (10 muharam), mereka berkata; "Lebih tepatnya pada hari Musa mengalahkan Firaun. Maka Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabatnya: "Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka, maka berpuasalah." (HR Bukhari No: 4312) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ibadat Puasa adalah antara syariat yang diwajibkan keatas umat terdahulu. Puasa Hari Asyura (10 muharam) adalah antara syariat Nabi Musa sebagai tanda bersyukur diselamatkan dari Firaun dan tenteranya.
2. Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura sejak sebelum kewajipan berpuasa Ramadan dan mengajak para sahabat juga berpuasa.
3. Kita sebagai umat Islam lebih wajar menunjukkan tanda kecintaan kepada para Rasul termasuk kepada Nabi Allah Musa AS. Antara tanda kecintaan itu dengan berpuasa pada hari Nabi Allah Musa AS mengalahkan Firaun dan tenteranya yang ditenggelamkan di laut Merah.
🌱Moga Allah sentiasa menjadikan kita orang yang cinta dan kasih kepada para RasulNya. SELAMAT BERPUASA sunat di bulan Muharam.
Pendaftaran 2024 dibuka :
www.wasap.my/60194327624/daftarscc2024
www.wasap.my/601110772544/dartarscc2024
www.wasap.my/60173917551/daftarscc2024