01/02/2025
Kesatuan "Mazhab" EIP: Mencari Jalan Terbaik untuk Pendidikan Kanak-Kanak
Hari ini, saya berpeluang berbincang dengan Cikgu Firdauz mengenai keperluan kesatuan dalam pendekatan program Early Intervention Program (EIP) di Malaysia. Kami melihat bahawa pada masa ini, terdapat pelbagai aliran dalam EIP yang bertujuan untuk membantu kanak-kanak, tetapi dalam praktiknya, kanak-kanak yang memerlukan sering terlepas daripada hak pendidikan mereka.
Isu utama yang timbul adalah keciciran pelajar, di mana kanak-kanak ini tidak dapat masuk ke dalam sistem pendidikan utama mahupun pendidikan khas kerana perbezaan pendekatan dalam EIP. Ini menyebabkan mereka terpinggir tanpa laluan pendidikan yang jelas.
Oleh itu, satu kesatuan "mazhab" dalam EIP perlu diwujudkan untuk memastikan kanak-kanak menerima pendidikan yang sewajarnya. Sudah tentu, ibu bapa berhak menentukan pendidikan anak mereka berdasarkan keadaan sosial dan ekonomi mereka. Namun, sekiranya anak mereka tidak dapat meneruskan pendidikan hanya kerana perbezaan aliran, maka pendidikan mereka akan terbantut.
Apa yang kami bincangkan bukanlah untuk menyatukan semua pendekatan dalam satu kaedah sahaja, tetapi lebih kepada membentuk satu sistem yang boleh memastikan kesinambungan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak. Setiap kanak-kanak berhak mendapat akses kepada pendidikan yang sesuai dengan keperluan mereka, tanpa terhalang oleh perbezaan mazhab atau sistem yang ada.
Yang penting, niat kami adalah untuk menyatukan usaha ke arah memastikan setiap kanak-kanak mendapat hak pendidikan dan penjagaan yang sesuai dengan keadaan sosio-ekonomi mereka serta keperluan perkembangan individu mereka. Kami berharap lebih ramai pihak akan bersama-sama dalam usaha ini demi masa depan yang lebih baik untuk kanak-kanak di Malaysia.
15/11/2024
Infaq Jumaat: Sebuah Perjalanan Memberi
Hari ini penuh dengan keberkatan dan kegembiraan. Saya bersama sahabat UIA saya telah memulakan usaha kecil tetapi bermakna yang kami panggil Infaq Jumaat. Kami memilih untuk mengedarkan makanan di Fakulti Kejuruteraan UiTM dan Masjid UiTM.
Pagi tadi, kami bersama seorang tukang masak hebat, Wak Misnon—mantan chef di hotel terkemuka di Kuala Lumpur yang tidak pernah lelah dalam berbakti kepada masyarakat—berganding bahu memasak mee goreng. Proses memasak, membungkus, dan persiapan dilakukan dengan penuh semangat.
Tepat jam 12 tengah hari, kami tiba di Fakulti Kejuruteraan. Namun, kerana waktu rehat kakitangan telah bermula, kami meminta bantuan pelajar-pelajar yang sedang menyiapkan tugasan di situ. Subhanallah, mereka begitu ringan tulang membantu kami mengagihkan makanan. Rasa syukur dan terharu melihat kerjasama mereka!
Selesai di fakulti, kami ke Masjid UiTM untuk meletakkan makanan di tempat pengagihan. Tidak lama selepas itu, makanan habis diagihkan. Melihat semuanya berjalan lancar dan makanan sampai kepada mereka yang memerlukan adalah satu nikmat yang sukar diungkapkan.
Infaq Jumaat ini bukan hanya tentang memberi makanan, tetapi juga tentang memberi kasih sayang dan rasa peduli kepada masyarakat. Semoga usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan dan rahmat Allah buat semua yang terlibat.
Terima kasih kepada semua yang membantu, terutama Wak Misnon dan pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan. Anda semua adalah inspirasi!
18/10/2024
Parents, get ready untuk yuran taska tadika dinaikkan....
07/09/2024
Pengumuman Program Saringan Percuma
https://forms.gle/14Y8FMDSikSBAzap7
Saringan ini adalah program untuk kanak2 yang DISYAKI mempunyai kelambatan perkembangan atau kelainan upaya mental, fizikal dan pembelajaran seperti autisme, ADHD dan sebagainya.
Saringan ini akan di ketuai oleh kumpulan doktor perubatan keluarga dan disokong oleh kumpulan terapis iaitu audiologist, speech therapist, occupational therapist dan physical therapist (ST, OT, PT).
Pada akhir sesi program ini, doktor akan menganalisa dapatan daripada kumpulan terapis ini seterusnya membuat kesimpulan dan sekiranya jelas dapatan tersebut, diagnosis akan diberikan.
Syarat2
1. Keutamaan akan diberikan kepada umur kanak2 yang lebih muda - early intervention program bawah umur 6 tahun
2. Belum disaring/dihantar kemana2 terapi atau doktor.
Tempat adalah terhad kerana program ini satu hari sahaja.
Jika anak2 anda atau anak yang anda kenal ada ciri2 lambat perkembangan dan kelainan upaya, bolehlah daftar disini dan yang berjaya akan dipanggil secara telefon oleh pihak Persatuan Cakna Anak Malaysia.
Terima kasih
Borang Pendaftaran Program Sekeluarga Sokong Intervensi Awal 2024
11/07/2024
Statistik Autism Meningkat 663% dari 2013 sehingga 2023!!!
https://ova.galencentre.org/number-of-children-diagnosed-with-autism-in-malaysia-increased-by-663-from-2013-to-2023/
ini adalah statistik terkini daripada KPWKM 5 July 2024.. Untuk mendepani masa hadapan ini, kerajaan setakat ini menyediakan PPDK (Pusat Pemulihan Dalam Komuniti) yang digerakkan oleh persatuan komuniti setempat di seluruh negara, GENIUS KURNIA di KL dan di Putrajaya. Selangor menyediakan pusat intervensi awal Anak Istimewa Selangor (ANIS) dan Sarawak mempunyai One-Stop Early Intervention Center.
Kita semua boleh turut serta menyantuni mereka. Setiap sokongan, walau sekecil mana pun, memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan. Mari kita bersama-sama:
🤝 Sediakan sokongan emosi dan moral kepada keluarga yang mempunyai anak-anak autisme.
📚 Belajar tentang autisme dan cara untuk berinteraksi dengan lebih baik.
💬 Berkongsi cerita dan pengalaman untuk menggalakkan kesedaran dan pemahaman.
Mari kita tunjukkan bahawa kita peduli dan bersedia untuk membantu mereka melalui perjalanan ini. Bersama kita pasti dapat membuat perbezaan!
11/07/2024
https://www.undp.org/malaysia/press-releases/strengthening-care-economy-brings-economic-gains-gender-equality-undp-report-calls-shared-public-and-private-sector
Attended the launch of the UNDP report titled "Strengthening Care Economy Brings Economic Gains, Gender Equality."
This event was eye-opening, highlighting the critical importance of the care economy in achieving societal well-being and gender equality.
I encourage all businesses to get involved in the care economy, whether directly or indirectly.
Why the Care Economy Brings Gains to Businesses:
1. Enhanced Employee Well-being : Supporting the care needs of employees reduces stress and improves their overall well-being, leading to increased productivity and job satisfaction.
2. Talent Attraction and Retention : Companies that offer care-related benefits and support are more attractive to potential employees and have higher retention rates.
3. Corporate Reputation : Engaging in care economy initiatives enhances a company’s reputation as a socially responsible entity, which can attract customers, investors, and partners.
4. Economic Growth : By investing in the care economy, businesses contribute to the broader economic development, which in turn creates a more stable and prosperous market environment.
How Businesses Can Get Involved:
1. Offer Caregiver Training Programs : Provide training for your employees to become qualified caregivers, enhancing their skills and contributing to the community.
2. Support Caregivers : Implement policies and programs that support employees who are caregivers, such as flexible working hours and caregiver leave.
3. Collaborate with Care Organizations : Partner with care organizations to sponsor events, provide resources, or offer volunteer opportunities for your employees.
4. Raise Awareness : Promote the importance of the care economy within your business network through campaigns, seminars, and workshops.
By engaging in these activities, businesses can contribute to strengthening the care economy, which in turn brings economic gains and fosters gender equality.
---
Feel free to share your thoughts or contact me if your business is interested in learning more or getting involved in this initiative. Together, we can make a significant impact and contribute to a brighter future for all.
Thank you!
12/10/2022
Kelebihan macro managing...
Kita boleh fikir benda yg lebih besar dan manfaat kepada syarikat/center kita
05/10/2022
Kajian di US mendapati hanya 5% lelaki terlibat di dalam bidang awal kanak2. Rasa2 kat Malaysia berapa?
Send a message to learn more