08/03/2022
ANAK ISTIMEWA WAJIB SOLAT TAK?
Sewaktu memenuhi undangan RTM Pahang untuk rakaman program Baiti Jannati
mengupas tajuk "Anak Istimewa Kunci Syurga"
Saya ditanya persoalan wajibkah anak istimewa saya solat?
Selain berkongsi tentang masalah gangguan neurodevelopmental disorder (autisme, ADHD dan masalah pembelajaran), antara yang saya kongsikan adalah tentang konsep taklifan dalam ibadah dikalangan anak-anak berkeperluan khas. Isu "al-ma'tuh" (kekurangan akal) dan penilaiannya dari segi perubatan.
Secara umumnya, saya simpulkan yang penilaian mesti bersifat 'case-by-case scenario' tidak boleh generalisekan berdasarkan kategori diagnosis.
1. Perlu dapatkan penilaian dari doktor samaada anak, selain mempunyai masalah autisme/ADHD, juga mempunyai co-morbid 'intellectual disability' atau tidak, jika ya, apakah tahapnya - ringan, sederhana atau berat. Penilaian boleh dibuat secara klinikal ataupun secara objektif menerusi ujian IQ.
Sebagai contoh, diagnosis autisme tidak melibatkan masalah intelektual. Tetapi 60-70 peratus anak-anak autisme mempunyai co-morbid masalah intelektual.
Secara asasnya, jika anak boleh:
1) memahami konsep mengapa ibadah tersebut perlu dilakukan (memiliki kemampuan asas reasoning) - faham konsep baik, buruk, bersih, Kotor, dosa dan pahala.
dan
2) mempunyai kapasiti intelektual untuk melakukan ibadah mengikut kaifiyat yang ditetapkan,
maka pada pandangan saya, anak dikira mempunyai kemampuan untuk ditaklifkan dengan ibadah khusus seperti solat.
Baligh p**a boleh dinilai berdasarkan tanda sekunder seperti perubahan fizikal pada badan, tanpa terikat dengan fasa 'mimpi basah'.
Oleh yang demikian, ibubapa yang mempunyai anak berkeperluan khas tetap perlu menyediakan anak dengan asas pengetahuan fardhu ain, mengikut kemampuan anak supaya anak mampu melakukan ibadah mengikut tahap kemampuan mereka.
Sebaiknya diajar sedari awal - seperti solat bersama, memberi reward dan menyediakan rutin.
Selebihnya kita serah pada Allah.
Boleh rujuk Bayan Linnas SS M***i Wilayah pada pautan berikut untuk bacaan lanjut
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/2642-bayan-linnas-siri-ke-150-fiqh-dan-penyelesaian-isu-autisme-2
Nota: Posting ulangsiar.
Repost from Dr Rozanizam Zakaria
Mukadimah Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan...