08/09/2025
𝗪𝗮𝘀𝗶𝗮𝘁 𝟭/𝟯: 𝗛𝗮𝗸 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶, 𝗣𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗕𝗲𝗿𝗯𝗮𝗸𝘁𝗶
Sahabat Nabi s.a.w, iaitu Saad Bin Abi Waqash ada berkata: “Wahai Rasulullah aku memiliki harta dan tidaklah ada yang mewarisinya kecuali hanya seorang anak perempuanku.
Apakah aku sedekahkan dua pertiga daripada hartaku?”
Baginda bersabda: “Jangan.” Aku bertanya lagi, “Apakah aku sedekahkan setengah darinya?” Baginda bersabda lagi, ”Jangan, sepertiga sahaja. Sepertiga itu banyak. Sesungguhnya engkau tinggalkan ahli warismu dalam keadaan kaya lebih baik daripada engkau tinggalkan mereka dalam keadaan miskin dan meminta-minta kepada orang lain.”.
Begitulah panduan Nabi ﷺ tentang konsep pemberian maksima satu pertiga harta dalam wasiat kepada bukan waris. Ia bukan sekadar angka, tetapi satu hikmah yang besar untuk menjaga hak waris faraid sambil membuka ruang pahala berterusan kepada pewasiat melalui sedekah dan amal jariah. Kuncinya adalah melalui pelantikan Wasi yang amanah untuk melaksanakan hasrat anda.
📲 Berminat nak tahu bagaimana wasiat boleh bantu anda merancang harta dan pahala akhirat?
📌Click link di bio untuk dapatkan maklumat lebih lanjut 😊