24/10/2025
TABUNG GERAKAN AL-QURAN
Assalamualaikum tuan/puan.
Kami dalam usaha untuk meneruskan program dan aktiviti gerakan al-Quran terutamanya My 2.0 dengan lebih 1000 lagi episod baru.
Oleh itu, kami ingin mengajak tuan/puan untuk bersama menjayakan misi ini dengan sumbangan infak bulanan ke Tabung Gerakan Al-Quran melalui platform InfaqPay.
Dengan platform ini, tuan/puan hanya perlu mendaftar sekali sahaja dan potongan wang infak akan dilakukan secara automatik setiap bulan.
Klik untuk daftar dan infak: https://infaqpay.my/go/warisanummahikhlasfoundation
Semoga program al-Quran seperti My dapat diteruskan.
Semoga Allah SWT mengurniakan pahala yang tidak putus-putus kepada tuan/puan yang sudi menyumbang.
08/07/2025
ELAK TAMBAH STIGMA TERHADAP PESAKIT MENTAL
Saya memang mengadvokasi supaya golongan berimej agama untuk belajar berkomunikasi dengan rahmah (berdasarkan evidence-based practice, bukan berdasarkan pseudopsikologi) kepada pesakit mental.
Pesakit mental mempunyai harapan positif yang sangat tinggi kepada ustaz/ustazah, pendakwah, pentadbir agama, AJK masjid/surau, naqib/naqibah usrah dan seumpamanya. Namun dalam masa yang sama, sebahagian kecil kelompok berimej agama ada yang kurang terlatih untuk berkomunikasi secara rahmah dengan pesakit mental kerana mungkin ia sesuatu yang agak baharu. Ini disebabkan oleh peningkatan (seolah-olah) mendadak kes penyakit mental yang didiagnosis (dari kanak-kanak hingga orang tua), keterbukaan ramai individu untuk berkongsi tentang penyakit mental mereka (dengan simptom dan kadar daripada ringan, sederhana hingga ke teruk), dan sebagainya — semuanya sangat memberikan kewalahan (overwhelming) kepada golongan agama untuk melatih dan mentarbiah semula (relearn/retrain) diri sendiri tentang komunikasi rahmah.
Asalkan kita bersedia untuk belajar, itulah semangat yang kita mahu. Saya sendiri masih belajar komunikasi rahmah kepada pesakit mental kerana ada banyak jenis penyakit mental, dan setiap kes penyakit mental adalah unik dari segi simptom dan kadar keterukan — walaupun untuk penyakit mental yang sama jenis.
Kita yang yang tiada penyakit mental inilah yang perlu merendah diri untuk memahami dan memperbaiki kemahiran memberi sokongan emosi dan menawarkan pelbagai bentuk penyesuaian (akomodasi), supaya mereka yang diuji Allah SWT dengan penyakit mental ini masih boleh terus menjadi insan, hamba, khalifah, malah pendakwah yang baik — dan mungkin lebih baik daripada kita dan berpahala besar p**a - disebabkan kepayahan (masyaqqah) fisiologikal, mental, emosional, dan sosial yang mereka alami.
Dalam masa yang sama, saya juga mengharapkan kepada pesakit mental — berilah peluang juga kepada ahli keluarga anda, sahabat-sahabat anda, dan orang-orang agama di sekeliling anda untuk menambah baik kemahiran berkomunikasi dengan anda. Ia suatu yang baharu bagi mereka. Dan bukan sesuatu yang mudah untuk mereka ubah. Mereka juga mungkin takut-takut untuk berkomunikasi dengan anda kerana bimbang tersilap cakap hingga menyebabkan anda kecewa, sedih atau marah — yang akhirnya menambah mudarat kepada anda dan menambahkan rasa bersalah mereka. Kekhuatiran ini adalah sesuatu yang nyata (real). Anda boleh bantu mereka untuk belajar.
Jika pesakit mental ingin mengadu di media sosial, elakkan menulis ketika sedang ‘triggered’ supaya netizen memahami maksud anda dan dapat mengambil pengajaran secara tulen — serta mengelakkan daripada menambah stigma terhadap penyakit mental. Masyarakat awam masih lagi belum memahami sepenuhnya hakikat penyakit mental.
Juga, kepada pesakit mental sentiasalah melatih kemahiran menggunakan sumber sekeliling dengan bijak (resourcefulness) untuk mendapatkan sokongan emosi dan bantuan daripada orang lain — sekiranya anda tidak memperolehinya daripada individu non-profesional yang anda harapkan. Contohnya daripada kaunselor berdaftar, ahli psikologi kaunseling, pekerja sosial, dan sebagainya — terutamanya antara dua sesi temu janji anda dengan ahli psikologi klinikal dan/atau doktor psikiatri. Tetapi ingat, mereka yang pakar pun kadangkala ada kelemahan juga sebagai manusia biasa — yang mungkin terlalai dalam aspek komunikasi rahmah. Anda boleh mencari pakar lain jika anda rasa tidak serasi dengan mana-mana pakar.
Jika ada seorang yang anda harapkan bersikap stigma, mungkin ada lima orang lain yang tidak bersikap stigma — atau sedang berada dalam proses melatih diri untuk tidak bersikap stigma — yang anda belum jumpa lagi yang anda boleh luahkan emosi anda.
Kita saling belajar antara satu sama lain.
Mohon sebarkan mesej ini jika bermanfaat.
Cadangan: Cadangkan/hadiahkan dua buku ini kepada mereka.
1. "Healing the Invisible Wound: Saat al-Qur'an Menyembuhkan..." tulisaan Dr Ahmad Rostam Md Zin, Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist dan Dr Rozanizam Zakaria.
Pautan:
https://bit.ly/healingtheinvisiblewound
2. "Bounce Back Better: Bangkit Dengan al-Qur'an" tulisan Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist, Dr Ahmad Rostam Md Zin, Dr Rozanizam Zakaria dan Ustazah Hajar Hidayati.
Pautan:
https://bit.ly/BounceBackBetterDrAliziDrNizamDrRostam
Soul Fitness
Warisan Ummah Ikhlas
Bestari
Karangkrafesque
Buku Karangkraf
GRUP BUKU KARANGKRAF
Karangkraf Mall
Sinar Harian
Kump**an Media Karangkraf
My
QuranHour
07/03/2025
Jom join Live dengan 😍✨
Now✨
25/02/2025
Tidak ada yang perlu dimalukan dengan yang namanya proses healing.
Heal, Learn & Grow 🕊️
How? Dapatkan karya Healing The Invisible Wound & Bounce Back Better di link bio
24/02/2025
Jom dengarkan perkongsian oleh Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist tentang Bounce Back Better ✨
20/02/2025
💪🏻 Buku "Bounce Back Better: Bangkit dengan al-Qur'an" menjadi pilihan Pop**ar Book Co (M) Sdn Bhd bulan Februari 2025!
Karya Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist, Dr Ahmad Rostam Md Zin, Dr Rozanizam Zakaria dan Ustazah Hajar Hidayati.
https://bit.ly/BounceBackBetterDrAliziDrNizamDrRostam
Soul Fitness
Warisan Ummah Ikhlas
Karangkrafesque
Buku Karangkraf
GRUP BUKU KARANGKRAF
Karangkraf Mall
20/02/2025
Ohh baru tahu.
Nak belajar cara santuni emosi kawan dan ahli keluarga?
Dapatkan Bounce Back Better : Bangkit dengan Al-Quran.
Tekan link di bio
13/02/2025
Jom belajar cara Khadijah RA menyantuni emosi Nabi Muhammad SAW yang sedang resah dan ketakutan.
Dapatkan Bounce Back Better di bio
06/02/2025
Bagaimana nak belajar fikir positif secara autentik agar tidak mengamalkan positiviti toksik ?
Dapatkan tips dalam buku Bounce Back Better di bio
06/02/2025
Mengapa kita masih trauma dengan sesuatu walaupun ia telah lama berlaku?
A great explanation dari Dr Ahmad Rostam dalam Bounce Back Better : Bangkit dengan Al-Quran.
Link di bio
28/01/2025
Semua Nabi dan Rasul ada nilai Persistence dan Resilience.
Setuju?
Dr Alizi Alias, Organizational Psychologist
14/01/2025
Bagaimana Saiyidatina Khadijah menyantuni emosi Nabi Muhammad SAW?
Dapatkan Bounce Back Better : Bangkit dengan Al-Quran di bio ✨