02/09/2026
26–28 Ogos 2026 | Program Pembangunan Kepimpinan Staf Skim F
Jabatan Digital UiTM dengan kerjasama Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM telah melaksanakan Program Pembangunan Kepimpinan Digital Skim Pegawai Teknologi Maklumat (Skim F) pada 26–28 Ogos 2026 bertempat di ILD UiTM, Bandar Enstek.
Program selama tiga (3) hari ini memberi fokus kepada pembangunan kompetensi kepimpinan digital melalui Modul Digital Leadership Development (DLD) yang merangkumi enam dimensi utama kepimpinan digital.
Program turut mendapat perkongsian kepakaran daripada Jabatan Digital Negara (JDN) melalui penglibatan Penceramah dan Fasilitator.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diterjemahkan dalam pelaksanaan tugas serta menyokong usaha memperkukuh kepimpinan digital dalam kalangan warga Skim F UiTM.