31/07/2026
28 & 29 Julai 2026 : PROGRAM RETREAT KHAS (SIRI 2) BENGKEL PEMANTAPAN PELAKSANAAN RASIONALISASI UiTM BERSAMA TASK FORCE INDUK, TASK FORCE TINDAKAN DAN JAWATANKUASA PENYELARASAN RASIONALISASI UiTM 28 โ 29 Julai 2026
๐ Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Bandar Enstek, Negeri Sembilan
๐
28 โ 29 Julai 2026
Pejabat Transformasi Universiti (TRU) telah berjaya menganjurkan Program Retreat Khas (Siri 2): Bengkel Pemantapan Pelaksanaan Rasionalisasi UiTM yang menghimpunkan Task Force Induk, Task Force Tindakan serta Jawatankuasa Penyelarasan Rasionalisasi UiTM (URCC) sebagai platform strategik untuk memperkukuh pelaksanaan agenda transformasi universiti.
Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Haji Mohd Khamil Jamil, Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, yang menekankan kepentingan kesepaduan kepimpinan, tadbir urus yang mantap serta komitmen bersama dalam merealisasikan agenda rasionalisasi dan transformasi UiTM.
Program dimantapkan dan dirancakkan lagi dengan ucapan oleh YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin, Naib Canselor UiTM; serta sesi perkongsian khas oleh YBhg. Dato' Seri Dr. Hamzah Kassim bertajuk "Some Insights on Ex*****on of Strategic Transformation โ Building Institutional Capability to Deliver", di sebelah petang pada 28 Julai, yang memberikan perspektif bernilai mengenai keupayaan institusi dalam melaksanakan transformasi secara berkesan.
Sepanjang dua hari program, para peserta mengikuti dan mengambil bahagian dalam pelbagai sesi strategik yang merangkumi:
โ๏ธpembentangan Gap Analysis & Status bagi Pencapaian Rasionalisasi Strategik UiTM (oleh Prof. Ts Dr Nor Hayati Saad, Penolong Naib Canselor (Strategi))
โ๏ธforum bersama pakar industri dan akademia yang juga merupakan alumni UiTM:
1) YBhg. Prof. Emerita. Datuk Ts Ir Dr Siti
Hamisah Tapsir,
2) YBrs. Dr Haniza Yon,
3) YBhg. Dato' Rosthman Ibrahim,
4) YBrs. Tuan Haji Ahmad Shamsul
Baharin Bin Mohd Hanafiah;
Turut bersama, dua lagi alumni UiTM, juga sebagai pakar akademia:
5) Datoโ Prof. Dr Rahmat bin Mohamad
6) Prof. Ts Dr Haji Mohamad Kamal Haji
Harun;
โ๏ธ pemantapan pelan tindakan berdasarkan sasaran capaian, penyediaan garis masa pelaksanaan, pengutamaan projek berimpak tinggi serta inisiatif quick wins.
Mewakili UiTM, Pejabat Transformasi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan sepenuhnya;
Kehadiran semua, Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Penyelarasan Rasionalisasi UiTM (URCC):
1) YBhg. Datoโ Seri Dr Hamzah Kassim (Pengerusi URCC),
2) YBhg. Tan Sri Datoโ Seri Idris Jusoh (Pro- Canselor UiTM),
3) YBhg. Tan Sri Datoโ Sri Haji Mohd Khamil Jamil (Pengerusi, Lembaga Pengarah UiTM),
4) YBhg. Profesor Datuk Dr Azlinda Azman (Ketua Pengarah, Pendidikan Tinggi Malaysia/ Ahli LPU UiTM),
5) YBrs. Dr Nungsari Ahmad Radhi (Ahli, PMAC (Policy Advisory Committee to the Prime Minister)).
Jutaan terima kasih juga & tahniah kepada semua ahli Majlis Eksekutif Universiti (MEU), rektor-rektor, penolong naib canselor, timbalan dan penolong rektor, timbalan dekan, ketua-ketua pentadbir dan ketua/ wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) yang hadir sebagai Main Task Force, dan Ex*****on Task Force.
Semoga segala hasil perbincangan dan resolusi yang telah dicapai sepanjang bengkel ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan agenda Rasionalisasi Strategik UiTM yang lebih berfokus, mampan dan berimpak tinggi demi merealisasikan aspirasi UiTM2030 secara keseluruhan.
Tag Line Program "We Make it Happen" bersama dilaungkan bagi membawa satu semangat melaksanakan tindakan secara progresif dan berimpak.
*****onExcellence