Plus Tahfiz UiTM

Plus Tahfiz UiTM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Plus Tahfiz UiTM, Education, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.

Program Plus Tahfiz UiTM merupakan satu program yang disediakan kepada pelajar yang telah mendaftar Program Plus Tahfiz ini melalui kemasukan program pengajian di UiTM.

11/04/2025

Makluman Rasmi: Page FB ini akan dipindahkan ke FB Page yang baharu. Sila layari https://www.facebook.com/share/1ALGPQre9a/ untuk info rasmi berkaitan Program Plus Tahfiz UiTM

The Official page of Program Plus Tahfiz, UiTM

📮 *JEMPUTAN KE LIQA' TAARUF HUFFAZ SHAH ALAM DAN IFTAR JAMA'I*Semua pelajar Program Plus Tahfiz HKR119 hinggalah HKR519 ...
16/10/2024

📮 *JEMPUTAN KE LIQA' TAARUF HUFFAZ SHAH ALAM DAN IFTAR JAMA'I*

Semua pelajar Program Plus Tahfiz HKR119 hinggalah HKR519 di UiTM Shah Alam adalah dijemput ke Liqa' Taaruf Huffaz Shah Alam dan Iftar Jama'i seperti butiran berikut:

Tarikh: 17 Oktober 2024 (Khamis malam Jumaat)
Masa: 6.00 petang - 10.00 malam
Tempat: Dewan Muktamar 2, Masjid UiTM
Jemputan Khas: Kepimpinan UiTM dan Jurulatih Pentasmik

p/s Semua dialukan untuk berpuasa Khamis

Tentatif:
6.00 ptg: Pendaftaran Pelajar
6.30 ptg: Ketibaan Jemputan Khas
7.00 mlm: Majlis Iftar Jama'i (di Anjung Masjid)
7.30 mlm: Solat Maghrib berjamaah
8.00 mlm: Majlis Liqa' Taaruf (di Dewan Muktamar 2)
10.00 mlm: Bersurai

p/s Juadah berbuka puasa disediakan. Juadah utama nasi briyani kambing ACIS

Terima kasih

Urusetia Program Plus Tahfiz
[email protected]

Urusetia Plus Tahfiz ACIS telah dijemput untuk memberi taklimat kokurikulum Progrm Plus Tahfiz kepada pelajar-pelajar ba...
16/10/2024

Urusetia Plus Tahfiz ACIS telah dijemput untuk memberi taklimat kokurikulum Progrm Plus Tahfiz kepada pelajar-pelajar baharu UiTM. Juga diisi dengan persembahan unit-unit uniform Palapes, Sukarelawan Polis, Bomba, PBSM, Kesatria Negara dan sebagainya. ACIS juga telah menyerahkan surat tawaran kepada 104 pelajar huffaz baharu yang sertai program Plus Tahfiz daripada pelbagai fakulti di Shah Alam

TAWARAN PROGRAM KOKURIKULUM PLUS TAHFIZ SESI AKADEMIK OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025Tahniah anda mendaftar di UiTM dan and...
06/10/2024

TAWARAN PROGRAM KOKURIKULUM PLUS TAHFIZ SESI AKADEMIK OKTOBER 2024 - FEBRUARI 2025

Tahniah anda mendaftar di UiTM dan anda Huffaz al-Quran!

Urusetia Program Plus Tahfiz mempelawa saudara/i selaku pelajar-pelajar baharu sesi Oktober 2024 - Februari 2025 yang berlatarbelakang pendidikan tahfiz untuk menyertai Program Kokurikulum Plus Tahfiz di Kampus Shah Alam dan Selangor.

Keistimewaan dan manfaat Program Kokurikulum Plus Tahfiz:
1. Ditawarkan kemudahan Kolej Kediaman Pelajar di semua kampus UiTM sepanjang mengikuti Program Plus Tahfiz sehingga tamat belajar di UiTM.

2. Pelajar yang tamat dengan jayanya mengikuti kursus kokurikulum HKR119 hingga HKR159 Program Plus Tahfiz akan dianugerahkan Sijil Tahfiz UiTM.

3. Membantu para huffaz mengekal, mempertahan dan meningkatkan hafazan.

Pelajar akan mengikuti Program Kokurikulum Plus Tahfiz selama 5 semester secara konsisten, bermula dari semester pertama sehingga tamat pengajian.

Pelaksanaan Program Plus Tahfiz:
1. Kelas dijalankan setiap hari Isnin hingga Jumaat.
2. Tempoh sesi kelas selama 2 jam (masa antara 6.00 petang hingga 10.00 malam dibincangkan bersama jurulatih / guru tasmi').
3. Pada Semester 1, pelajar Program Kokurikulum Plus Tahfiz perlu mendaftar dua subjek kokurikulum iaitu HBU111 - Kesatria Negara 1 dan HKR119 - Tahfiz al-Itahah.

Jika anda berminat menyertai program kokurikulum ini, sila daftar Program Plus Tahfiz untuk kokurikulum anda.

Anda juga perlu mengisi Borang Permohonan Kemasukan bagi pendaftaran dan muat naik dokumen berkaitan di link berikut:
https://shorturl.at/7M366

Anda juga dijemput mengikut Group WhatsApp pelajar Plus Tahfiz Shah Alam untuk mendapatkan informasi terkini di link:
https://chat.whatsapp.com/Ejmu7DygmL9HFO4UvER9Pz

Terima Kasih

Urusetia Plus Tahfiz
Email: [email protected]

IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH (PENTASMI') PLUS TAHFIZ UiTMJawatan Jurulatih Sambilan Kokurikulum (Pensyarah Tasmik al-Q...
06/10/2024

IKLAN JAWATAN KOSONG JURULATIH (PENTASMI') PLUS TAHFIZ UiTM

Jawatan Jurulatih Sambilan Kokurikulum (Pensyarah Tasmik al-Quran) di UiTM Shah Alam dan Selangor dengan kelayakan akademik Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan Tahfiz al-Quran. Sila lihat terperinci di iklan yang disertakan. Borang permohonan muat turun di: https://shorturl.at/AfFg1

TAHNIAH!!! Tawaran istimewa kepada pelajar-pelajar baharu UiTM Sesi Okt 2023 bagi kampus SHAH ALAM, PUNCAK ALAM, PUNCAK ...
29/09/2023

TAHNIAH!!! Tawaran istimewa kepada pelajar-pelajar baharu UiTM Sesi Okt 2023 bagi kampus SHAH ALAM, PUNCAK ALAM, PUNCAK PERDANA & SUNGAI BULOH.....rujuk syarat & maklumat di poster dan cepat daftar.

Tawaran menyertai Program Plus Tahfiz UiTM kepada mahasiswa/i UiTM.
16/10/2022

Tawaran menyertai Program Plus Tahfiz UiTM kepada mahasiswa/i UiTM.

WEBINAR AL-QURAN DIHATIKU 2 (WARQAH 2) 2021*"Al-Quran Di Dada, Satu Kemuliaan"*TARIKH: 25 NOVEMBER 2021HARI & MASA: KHAM...
23/11/2021

WEBINAR AL-QURAN DIHATIKU 2 (WARQAH 2) 2021

*"Al-Quran Di Dada, Satu Kemuliaan"*

TARIKH: 25 NOVEMBER 2021
HARI & MASA: KHAMIS (7.45 – 9.30 MALAM)
PLATFORM: FACEBOOK ACIS
www.facebook.com/acis.uitm

PENCERAMAH:
*IMAM MUDA Asyraf Ridzuan*
Founder Aisy Asyraf
Juara Imam Muda Musim Pertama

ANJURAN:
JAWATANKUASA PELAKSANA PLUS TAHFIZ, AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS), UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM), SHAH ALAM

*SEMUA DIJEMPUT HADIR*

Address

Universiti Teknologi MARA
Shah Alam
40450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Plus Tahfiz UiTM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Plus Tahfiz UiTM:

Shortcuts

Share

Category