05/04/2026
Assalamu'alaikum dan salam sejahtera.
Pada 1 April 2026 (Rabu) yg lalu, beberapa orang murid SKS18 telah menyertai Mahrajan Al-Quran Nasyid dan Khat Sekolah Sekolah (MQNKSS) Peringkat Zon yang berlangsung di SK Taman Alam Megah.
Terdapat 7 acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran (L&P), Hafazan Al-Quran (L&P), Khat (L&P) dan Nasyid.
Berikut merupakan pencapaian yg telah diperoleh :
📍Tilawah Al-Quran (Perempuan)
🥈Naib Johan
📍Nasyid
🥉Ketiga
Tahniah diucapkan kepada para jurulatih dan murid² SKS18 yg terlibat atas pencapaian yg membanggakan 👏🏼👏🏼
Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru², pibg dan ibu bapa atas bantuan, sokongan dan kerjasama.