PIBG SMK Bukit Jelutong

PIBG SMK Bukit Jelutong

Share

An independent Page dedicated to PIBG Sek Men Keb Bukit Jelutong activities and relevant societal issues.

05/12/2024

IKLAN TENDER TERBUKA
CADANGAN MEMBINA SEBUAH DEWAN SEBAGUNA DI SMK BUKIT JELUTONG

Taklimat Tapak pada 9 Disember 2024 (Isnin), jam 1030am.
Sila datang lebih awal untuk pendaftaran.

Semoga bermanfaat

19/02/2023

Assalamualaikum...

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM bertulis kpd semua anak2 tingkatan 5 SMK Bukit Jelutong bermula esok ....💪💪💪

"Ya Allah, mudahkanlah urusan anak2 ini pada hari peperiksaan dan hari2 seterusnya sehingga selesai peperiksaannya..

Kurniakan mereka kesihatan baik yg berterusan, selamatkan perjalanan mereka ke dewan peperiksaan, lindungi drpd halangan dan rintangan.

Ya Allah, permudahkan setiap soalan bagi mereka, tajamkan akal fikiran mereka, lancarkan penulisan mereka, ingatkan apa yg mereka lupa dan bantu mereka utk menjawab soalan dengan tepat dan betul.

Kurniakanlah kejayaan yg cemerlang kpd mereka. Ya Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Mu semata-mata.

Terimalah doa kami..

Aamiin..Aamiin..Aamiin Ya Rabbal Alamiin🤲❤️

22/06/2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua ibubapa/penjaga pelajar-pelajar SMKBJ.

Jemput semua ibubapa/penjaga hadir ke MAT PIBG yg ke-19 Sabtu ini, jam 8 pagi di Dewan Iris SMKBJ.

Semoga dengan kehadiran dan sokongan tuan puan dapat kita sama-sama kongsi pandangan dan idea untuk memastikan para pelajar SMKBJ terus cemerlang dalam pelajaran, sahsiah dan kokurikulum.

Terima kasih.

Photos from PIBG SMK Bukit Jelutong's post 07/06/2022

PROJEK PEMASANGAN SISTEM PEMBESAR SUARA DI SETIAP KELAS, BILIK GURU, MAKMAL DAN TEMPAT-TEMPAT YANG DIKENALPASTI SEKITAR SMKBJ

System pembesar suara adalah satu keperluan kepada sesebuah sekolah kerana ia adalah nadi pengurusan sekolah dalam penyampaian maklumat kepada semua warga sekolah. Sistem pembesar suara yang baik dapat membantu sekolah melancarkan penyampaian maklumat kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah. Ia juga digunakan sebagai alat penyampaian maklumat ketika peperiksaan dan di dalam majlis-majlis tertentu yang dihadiri oleh orang ramai.

Objektif utama pemasangan ini adalah:

1) Untuk melancarkan pelaksanaan program-program sekolah seperti bacaan doa, perhimpunan pagi /petang dan pengumuman penting sepanjang hari persekolahan.

2) Membantu pelajar ketika peperiksaan SPM terutamanya dalam subjek Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

3) Ia juga dapat memendekkan masa penyelenggaraan peralatan semasa hendak digunakan dan memudahkan penggunaan peralatan sistem pembesar suara tanpa banyak ‘adjustment' serta mengelakkan gangguan suara dan bunyi yang lemah.

Bagi menjayakan projek ini, pihak AJK PIBG telah sebulat suara bersetuju untuk menyumbang sepenuhnya kos pembelian dan pemasangan sistem pembesar suara ini dengan menggunakan dana PIBG yang sedia ada.

Sukacita dimaklumkan bahawa projek pemasangan pembesar suara ini telah berjalan mulai hari ini dan akan mengambil masa selama 1 minggu untuk disiapkan. Insya’Allah, selepas cuti sekolah nanti, ianya dapat berfungsi sepenuhnya. Adalah diharapkan dengan menaiktaraf pembesar suara didalam kelas-kelas, pelajar akan mendapat maklumat dengan lebih jelas dan segala aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan secara efektif dan menyeluruh.

🔊 🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊🔊

28/05/2022
16/05/2022

Selamat Menyambut Hari Guru buat semua guru2 SMKBJ yang budiman lagi bijaksana.

Semoga Allah merahmati usaha dan pengorbanan yang dilakukan oleh guru semua demi masa depan anak bangsa.

Terima kasih cikgu 🌹🌷

"Guru Tunjang Sekolah Sejahtera"

"Guru Tunjang Keluarga Malaysia"

31/03/2022

Peringatan mesra buat para pelajar dan ibubapa.

02/03/2022

Selamat Menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 SMK Bukit Jelutong.

Diharapkan semua calon diberi ketenangan, dipermudahkan urusan ketika menjawab dan diberi ketajaman akal fikiran untuk memilih jawapan yang terbaik. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang kelak.

Semoga usaha anda semua selama 5 tahun di sekolah menengah membuahkan hasil yang baik yang boleh membanggakan keluarga, bangsa, agama dan negara di masa akan datang.

Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bilkhoir.

Ya Allah Permudahkanlah Jangan Dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan Kebaikan

“Be the best, beat the rest”

25/02/2022

Jemput semua datang ke Majlis Solat Hajat Perdana buat anak-anak SPM 2021 di MTAJ, 26hb Februari, 2022.

25/02/2022

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada ibubapa sekalian.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Progam Prihatin SPM kita pada tahun ini telah menerima sumbangan serta mendapat kerjasama yang baik dari ibubapa.

Jawatankuasa PIBG SMKBJ ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibubapa semua diatas sumbangan dan sokongan yang telah diberikan kepada Program Prihatin SPM kita tahun ini.

Alhamdulillah, dengan jumlah sumbangan yang terkumpul, Insya’Allah ianya cukup untuk kita sediakan makanan dan minuman sepanjang berlangsungnya bulan SPM nanti.

Sumbangan lain berupa face mask, hand sanitizer, hand soap, alat tulis dan lain2 juga kami terima dan amat kami hargai.

Semoga anak-anak cemerlang SPM pada tahun ini akan memperolehi kemudahan dan diberi kelancaran untuk menjawab semua soalan-soalan SPM dengan betul dan berjaya.

InsyaAllah kita akan berjumpa pada hari Sabtu 26hb 2022 di MTAJ untuk Majlis Solat Hajat Perdana. Take care and stay safe. Sekian untuk makluman semua.

Photos from PIBG SMK Bukit Jelutong's post 07/02/2022

Alhamdulillah, pihak sekolah telah menerima sumbangan berjumlah 100 kotak penutup muka, hasil sumbangan dari ibubapa kepada salah seorang pelajar SMKBJ.

Pihak sekolah juga telah menerima beberapa kotak pembersih tangan dan penutup muka sumbangan dari Medigate untuk kegunaan para pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan SPM sedikit masa lagi.

Pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih diatas segala sumbangan yang diberikan.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


2 Jalan Serambi Bukit Jelutong U8/21
Shah Alam
40150