Maryati Ayob

Maryati Ayob

Share

UPGRADE CARA BACAAN BAHASA MELAYU. "Ibu/Bapa Adalah Guru Terbaik Untuk Anak-anak."

Kepakaran saya dapat membantu ibu/bapa lebih Efektif dan Efisien untuk mengajar anak membaca di rumah dengan cara yang Mudah, Pantas dan Berkesan.

26/09/2022

Niat adalah satu perkara yang mudah tetapi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang mukmin bagi menentukan samada ibadat diterima oleh Allah.

Sebenarnya niat itu mudah tapi ramai yang sudah melupakannya.

- Maryati Ayob -

25/09/2022

Dapat ja dengar orang cakap buruk kepada kita, sebut alhamdulillah. Syukurrr! Kita dapat pahala free.

Senyum sahaja, tenang! Kita takkan terusik dengan kata orang, mindset kita kental dan kuat. Orang nak cakap itu hal mereka, kita tak hidup dengan cakap-cakap sesiapa, kita hidup dengan prinsip dan kekuatan kita. Allah ada setiap masa, kita pegang yang itu!

Bismillah.

Maryati Ayob
Semoga bermanfaat.

23/09/2022

Kita semua hidup dengan ujian. Dan Allah minta kita bersabar dengan hal tersebut.

Sabar dengan berdiam,
Sabar dengan berbuat baik,
Sabar dengan membalas kebaikan,
Sabar dengan mengundurkan diri,
Sabar dengan berlalu pergi.

Kita boleh lakukan tanpa bertempur atau bergaduh bagai. Kita sabar okey!

Salam jumaat semua!

Bismillah.

- Maryati Ayob -

21/09/2022

Assalamualaikum semua🥰, dah zikir belum pagi ini?

"Barang siapa yang mengucapkan zikir tersebut sebanyak tiga kali di pagi hari dan tiga kali di petang hari, maka TIDAK AKAN ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya."

[HR. Abu Daud 5088/5089, Tirmidzi 3388, dan Ibnu Majah 3869]

- Maryati Ayob -

21/09/2022

Assalamualaikum semua🥰 malam ini saya nak kongsi tips "Teknik Mempengaruhi Anak".

- Maryati Ayob -

21/09/2022

"MEMBERI KEPERCAYAAN LEBIH BAIK DARIPADA MERAGUI KEUPAYAAN ANAK-ANAK"

Anak-anak akan lebih yakin dan rasa dihargai apabila diberi kepercayaan untuk melakukan tugasan yang mereka tidak pernah melakukan sebelumnya. Dengan pengalaman yang mereka lalui dan terima, mereka akan lebih berani untuk mencuba perkara yang baru. Secara tidak langsung mereka belajar tentang ruang dan sukatan. Ianya juga akan meningkatkan perkembangan kemahiran kognitif, motor halus, bekerja sama dan toleransi.

- Maryati Ayob -

21/09/2022

Assalamualaikum kawan-kawan selamat pagi, jom kita berdoa dahulu sebelum melakukan sebarang urusan.

Firman Allah S.W.T:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ ۚ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.

Surah Ghafir (Ayat : 60)

-Maryati Ayob-

09/12/2021

Mengajar anak-anak perlu kesabaran sebab mereka adalah anak-anak syurga.

Photos from Maryati Ayob's post 08/10/2021

Alhamdulillah, pagi ni selesai membuat aktiviti kemahiran kendiri melalui online bersama anak² 4 dan 5 tahun.
Anak² happy boleh sediakan breakfast sendiri.

Parents Letter

Tajuk Aktiviti: Saya Boleh
Masa: 10.00 pg - 10.30 pg
Tarikh: 8/10/21

Objektif:
1. Membina Kemahiran Kendiri
2. Membina Kemahiran Motor Halus dan Motor Kasar
3. Membina Keyakinan Diri
4. Membina Kemahiran Bertutur
5. Membina Kemahiran Berfikir

Langkah-langkah pelaksanaan.

A. Ibu/bapa perlu menyediakan:
1. Peralatan:
- Dulang saiz sederhana - 1
- Cawan - 2
- Piring - 2
- Piring kuih - 2
- Teko kecil - 1
-. Sudu teh - 2
- Pisau butter/jem - 2
-. Garpu - 2
-. Alas meja kecil - 1
-. Tuala kecil - 2
-. Bunga hiasan meja (jika ada)

2. Bahan:
- Roti sandwich - 2 keping
- Jem/Peanut Butter/Kaya
- Air Minuman (ikut pilihan anak)

B. Sebelum pengajaran:
1. Bacakan ada anak senarai peralatan dan bahan² yang perlu disediakan.
2. Berbincang dengan anak tentang persediaan² yang perlu dilakukan.
3. Memastikan segala peralatan selamat digunakan.
4. Memilih ruang aktiviti yang sesuai dan selamat.

Tugas Pelaksana/Pembimbing.
Sebelum Aktiviti:
1. Memberi makluman kepada parents @ parents Letter tentang perkara² yang perlu disediakan 3 hari sebelum aktiviti berlangsung.
2. Menyediakan langkah² pengajaran dan bahan² pengajaran dan pembelajaran yang hendak diperlihatkan pada kanak² semasa aktiviti berlangsung.

Semasa Aktiviti:
1. Bersoal jawab dengan kanak² tentang sepanjang aktiviti yang akan dijalankan.
Contoh;
- Tentang aktiviti
- Peralatan
- Bahan²
- Cara penggunaan
- Keselamatan
- Kebersihan

2. Guru menunjuk cara pelaksanaan mengikut langkah demi langkah.
3. Bertanya pada kanak² adakah mereka telah bersedia.
4. Minta murid untuk melakukan aktiviti mengikut kemahiran / kebolehan mereka sendiri.
5. Setelah selesai minta murid menghidang di ruang yang telah ditentukan.
6. Minta murid mempamerkan hasil kerja mereka.
7. Bersoal jawab tentang perkara² sebelum makan.
Contoh:
- Basuh tangan
- Duduk sopan
- Baca doa
- Ajak ibu / bapa makan sama².
8. Pembimbing membantu kanak² membaca doa sebelum makan.

Selepas Aktiviti:
1. Bersoal jawab tentang aktiviti yang telah dilakukan.
Contoh:
- Perasaan
- Pengalaman
2. Berdiskusi dengan ibu/bapa tentang perkara² dalam aktiviti yang dijalankan.

Impak:
Kanak²:-
* Rasa dihargai apabila diberi kepercayaan untuk melakukan sendiri dalam penyediaan makanan.
* Dapat pengalaman baru dan yakin boleh untuk melakukan aktiviti.
Parents:-
* Dapat melihat tahap keupayaan dan kemahiran anak dalam menggunakan peralatan.
* Dapat ilmu dalam membimbing/mengendalikan anak semasa di rumah.

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


LOT 1901-R3, LORONG 6, KAMPUNG SUNGAI KANDIS
Shah Alam
40460

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00