Sains Ukur dan Geomatik Uitm Shah Alam

Sains Ukur dan Geomatik Uitm Shah Alam PPSUG telah menjadi salah satu pendahulu institusi pengajian tempatan yang menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ukur dan geomatik.

Kini, PPSUG telah beroperasi di cawangan Selangor dan Perlis.

๐ŸŒธ Majlis Penghargaan Persaraan En. Mazlan ๐ŸŒธAssalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.Alhamdulillah, pada 22 Julai 2026 (...
29/07/2026

๐ŸŒธ Majlis Penghargaan Persaraan En. Mazlan ๐ŸŒธ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, pada 22 Julai 2026 (Rabu) bersamaan 7 Safar 1448H, warga Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik (PPSUG) telah mengadakan Majlis Penghargaan Persaraan En. Mazlan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan atas segala jasa serta pengorbanan beliau sepanjang 35 tahun berkhidmat di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Majlis ini merupakan satu penghargaan yang amat bermakna buat insan yang telah banyak menyumbang tenaga, masa dan komitmen dalam memastikan kelancaran urusan di PPSUG. Sikap dedikasi, amanah dan keikhlasan yang ditunjukkan oleh En. Mazlan sepanjang tempoh perkhidmatan menjadi inspirasi kepada seluruh warga SUG.

Seluruh warga PPSUG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala khidmat bakti yang telah dicurahkan. Kehilangan seorang rakan sekerja yang sentiasa ringan tulang, mesra dan sentiasa bersedia membantu pastinya akan dirasai oleh seluruh warga fakulti.

Semoga segala jasa dan kebaikan yang telah disemai menjadi amal jariah yang berterusan serta dikurniakan ganjaran yang terbaik di sisi Allah SWT. Didoakan agar En. Mazlan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan menikmati kehidupan persaraan yang tenang, diberkati serta penuh kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Selamat Bersara, En. Mazlan.

"Bersara daripada tugas, tetapi tidak pernah bersara daripada jasa dan kenangan."

Terima kasih atas segala tunjuk ajar, pengorbanan dan sumbangan yang telah diberikan. Jasamu akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga PPSUG.

๐Ÿ’ Ikhlas daripada Warga Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik (PPSUG), UiTM.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat.Alhamdulillah, seisi tazkirah telah berlangsung seperti biasa pada Jumaat minggu ...
29/07/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat.

Alhamdulillah, seisi tazkirah telah berlangsung seperti biasa pada Jumaat minggu ini. Tazkirah disampaikan oleh Sr Dr Amir Sharifuddin dan bacaan doa diketuai oleh Sr Ahmad Norhisyam Idris.
Majlis telah diadakan seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 24 Julai 2026 ( 9 Safar 1448 H)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Pantry SUG

Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama bacaan Surah Al-Kahfi dan tafsir Al-Quran.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan mengurniakan ganjaran kepada semua yang hadir. Semoga kita juga tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang diampunkan dosa, dikurniakan rahmat serta istiqamah dalam keimanan dan amal soleh.

Ucapan penghargaan juga kepada semua yang telah menyumbang juadah. Semoga setiap sumbangan dan keikhlasan kalian mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

**Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Jumaat.**Alhamdulillah, sesi **Bacaan Al-Quran dan Tazkirah PPSUG** telah berlangsung...
18/07/2026

**Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Jumaat.**

Alhamdulillah, sesi **Bacaan Al-Quran dan Tazkirah PPSUG** telah berlangsung dengan penuh keberkatan pada Jumaat minggu ini. Tazkirah telah disampaikan oleh **Sr Dr Muhammad Abdul Hakim**, manakala bacaan doa telah dipimpin oleh **Sr Dr Amir Sharifuddin**.

Majlis telah diadakan seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… **Tarikh:** 3 Julai 2026 (Jumaat) | **17 Muharam 1448H**
๐Ÿ•˜ **Masa:** 9.00 pagi
๐Ÿ“ **Tempat:** Pantry SUG

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua warga PPSUG yang telah meluangkan masa untuk hadir serta bersama-sama mengimarahkan majlis dengan bacaan **Surah Al-Kahfi**, tadabbur dan tafsir Al-Quran.

Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada semua yang hadir, mengampunkan segala dosa, menerima setiap amalan, serta mengurniakan kita hati yang sentiasa istiqamah dalam keimanan, ibadah dan amal soleh.

Ucapan terima kasih juga kepada semua yang telah menyumbang juadah bagi menjayakan program ini. Semoga setiap sumbangan, keikhlasan dan kebaikan yang diberikan menjadi amal jariah serta dikurniakan ganjaran yang berlipat ganda oleh Allah SWT.

Semoga Program Bacaan Al-Quran dan Tazkirah PPSUG terus menjadi wadah untuk memperkukuh ukhuwah, menyuburkan budaya ilmu dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dalam kalangan warga PPSUG.

๐Ÿคฒ **"Sebaik-baik manusia ialah mereka yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan memberi manfaat kepada orang lain."*

โœ๏ธ **โ„๐•’๐•ฃ๐•š ๐•„๐•–๐•Ÿ๐•ฆ๐•๐•š๐•ค ๐•Š๐•Œ๐”พ: ๐•‹๐•™๐•–๐•ค๐•š๐•ค๐Ÿš๐•๐• ๐•ฆ๐•ฃ๐•Ÿ๐•’๐• ๐Ÿš๐Ÿ˜๐Ÿš๐Ÿž** ๐Ÿ“šAlhamdulillah, **Hari Menulis SUG: *Thesis2Journal*** telah berjaya dilaks...
18/07/2026

โœ๏ธ **โ„๐•’๐•ฃ๐•š ๐•„๐•–๐•Ÿ๐•ฆ๐•๐•š๐•ค ๐•Š๐•Œ๐”พ: ๐•‹๐•™๐•–๐•ค๐•š๐•ค๐Ÿš๐•๐• ๐•ฆ๐•ฃ๐•Ÿ๐•’๐• ๐Ÿš๐Ÿ˜๐Ÿš๐Ÿž** ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, **Hari Menulis SUG: *Thesis2Journal*** telah berjaya dilaksanakan pada **13 Julai 2026 (Isnin)** bertempat di **Bilik Mesyuarat PPSUG**, bermula **9.00 pagi**.

Program ini telah menghimpunkan seluruh warga **Bidang Sains Ukur dan Geomatik** dalam usaha memperkukuh budaya penyelidikan dan penulisan ilmiah, khususnya dalam menghasilkan penerbitan berkualiti melalui inisiatif **Thesis2Journal** sebagai persediaan ke arah sasaran penerbitan pada tahun **2027**.

Majlis telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh **YBhg. Profesor Sr Dr Zulkiflee Abd. Latif**, Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Jaringan Industri), Fakulti Alam Bina. Dalam ucapan beliau, warga akademik diseru agar terus memperkasakan budaya penulisan, memperbanyakkan penerbitan berimpak tinggi serta memperkukuh jaringan penyelidikan demi meningkatkan kecemerlangan fakulti dan universiti.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pensyarah Bidang Sains Ukur dan Geomatik yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama menjayakan program ini. Komitmen serta semangat yang ditunjukkan membuktikan kesungguhan warga SUG dalam memperkasakan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan yang berkualiti.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak penerbitan berimpak tinggi pada tahun 2027 serta mengukuhkan lagi budaya penyelidikan, penulisan dan kolaborasi dalam kalangan warga SUG.

**"๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™ช๐™ก๐™ž๐™จ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™ž ๐™„๐™ฃ๐™ž, ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™˜๐™ž๐™ฅ๐™ฉ๐™– ๐™„๐™ข๐™ฅ๐™–๐™  ๐™€๐™จ๐™ค๐™ ."** โœ๏ธ๐Ÿ“–

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat.Alhamdulillah, seisi tazkirah telah berlangsung seperti biasa pada Jumaat minggu ...
18/07/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Jumaat.

Alhamdulillah, seisi tazkirah telah berlangsung seperti biasa pada Jumaat minggu ini. Tazkirah disampaikan oleh Sr Dr Muhammad Abdul Hakim dan bacaan doa diketuai oleh Sr Dr Amir Sharifuddin.

Majlis telah diadakan seperti berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Julai 2026 ( 25 Muharram 1448 H)
๐Ÿ•˜ Masa: 9.00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Pantry SUG

Terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa untuk hadir dan bersama-sama bacaan Surah Al-Kahfi dan tafsir Al-Quran.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat dan mengurniakan ganjaran kepada semua yang hadir. Semoga kita juga tergolong dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang diampunkan dosa, dikurniakan rahmat serta istiqamah dalam keimanan dan amal soleh.

Ucapan penghargaan juga kepada semua yang telah menyumbang juadah. Semoga setiap sumbangan dan keikhlasan kalian mendapat ganjaran yang berlipat ganda daripada Allah SWT.

๐ŸŒธ ๐‘ท๐’“๐’๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž ๐‘ฉ๐’‚๐’„๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’-๐‘ธ๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’›๐’Œ๐’Š๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐‘ท๐‘บ๐‘ผ๐‘ฎ ๐‘ซ๐’Š๐’”๐’†๐’“๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’‹๐’๐’Š๐’” ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’“๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฌ๐’. ๐‘ด๐’‚๐’…๐’›๐’๐’‚๐’ ๐ŸŒธAlhamdulillah, P...
18/07/2026

๐ŸŒธ ๐‘ท๐’“๐’๐’ˆ๐’“๐’‚๐’Ž ๐‘ฉ๐’‚๐’„๐’‚๐’‚๐’ ๐‘จ๐’-๐‘ธ๐’–๐’“๐’‚๐’ ๐’…๐’‚๐’ ๐‘ป๐’‚๐’›๐’Œ๐’Š๐’“๐’‚๐’‰ ๐‘ท๐‘ท๐‘บ๐‘ผ๐‘ฎ ๐‘ซ๐’Š๐’”๐’†๐’“๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ ๐’…๐’†๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐‘ด๐’‚๐’‹๐’๐’Š๐’” ๐‘ท๐’†๐’๐’ˆ๐’‰๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ท๐’†๐’“๐’”๐’‚๐’“๐’‚๐’‚๐’ ๐‘ฌ๐’. ๐‘ด๐’‚๐’…๐’›๐’๐’‚๐’ ๐ŸŒธ

Alhamdulillah, Program Bacaan Al-Quran dan Tazkirah PPSUG yang berlangsung semalam telah berlangsung dengan penuh keberkatan, mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan budaya ilmu serta penghayatan nilai-nilai murni dalam kalangan warga Pusat Pengajian Sains Ukur dan Geomatik (PPSUG).

Program yang diadakan di Bilik Mesyuarat Utama SUG ini menjadi lebih bermakna apabila turut diraikan sebagai hari terakhir En. Madzlan bersama warga PPSUG sebelum menamatkan perkhidmatan beliau di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Setelah **35 tahun** menabur bakti dengan penuh dedikasi, En. Madzlan akan bersara secara rasmi pada 22 Julai 2026.

Seluruh warga PPSUG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan. Segala khidmat bakti En. Madzlan kepada Sains Ukur dan Geomatik amat dihargai dan akan sentiasa dikenang.

Secara peribadi, pihak pengajian juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas segala tunjuk ajar, bimbingan dan ilmu yang telah dikongsikan sepanjang saya berkhidmat di Sains Ukur dan Geomatik. Keikhlasan, kebaikan dan kesediaan En. Madzlan membantu rakan sekerja serta warga PPSUG merupakan satu teladan yang amat bernilai dan akan sentiasa terpahat dalam ingatan.

Semoga Allah SWT mengurniakan En. Madzlan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan keberkatan dalam setiap langkah, serta dikurniakan kehidupan persaraan yang tenang, bahagia dan penuh rahmat di samping keluarga tercinta.

๐•Š๐•–๐•๐•’๐•ž๐•’๐•ฅ ๐”น๐•–๐•ฃ๐•ค๐•’๐•ฃ๐•’, ๐”ผ๐•Ÿ. ๐•„๐•’๐••๐•ซ๐•๐•’๐•Ÿ. Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Semoga setiap ilmu yang dikongsikan, setiap bimbingan yang diberikan dan setiap kebaikan yang disemai menjadi amal jariah yang berterusan serta mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah SWT.

**๐™…๐™–๐™จ๐™–๐™ข๐™ช ๐™™๐™ž๐™ ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™œ, ๐™—๐™ช๐™™๐™ž๐™ข๐™ช ๐™™๐™ž๐™จ๐™–๐™ฃ๐™Ÿ๐™ช๐™ฃ๐™œ, ๐™ ๐™š๐™ฃ๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™—๐™š๐™ง๐™จ๐™–๐™ข๐™–๐™ข๐™ช ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ช๐™จ ๐™ฉ๐™š๐™ง๐™ฅ๐™–๐™๐™–๐™ฉ ๐™™๐™–๐™ก๐™–๐™ข ๐™จ๐™–๐™ฃ๐™ช๐™—๐™–๐™ง๐™ž ๐™ฌ๐™–๐™ง๐™œ๐™– ๐™‹๐™‹๐™Ž๐™๐™‚.** ๐Ÿ’๐Ÿคฒ

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH! ๐ŸŽ‰Mashaa Allah wa Tabarakallah!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik hebat dari...
15/07/2026

๐ŸŽ‰ SEKALUNG TAHNIAH! ๐ŸŽ‰

Mashaa Allah wa Tabarakallah!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada barisan penyelidik hebat dari Bidang Sains Ukur dan Geomatik, Fakulti Alam Bina bersama-sama dengan Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA! ๐ŸŽ“โœจ

Pasukan ini telah berjaya merangkul Geran Penyelidikan Swasta (PRI) 2026 di bawah pembiayaan Aufaz Solutions Sdn Bhd dengan peruntukan geran bernilai RM 50,000.00! ๐Ÿ’ฐ๐Ÿค

Tajuk Projek Penyelidikan:
๐ŸŒฟ "The Design and Development of Repository for Integrated Monitoring of Biodiversity Assets (RIMBA): A Biodiversity Intelligence, Living Lab & Gallery Platform" ๐Ÿ’ป๐Ÿ”ฌ
๐Ÿ—“๏ธ Tempoh Projek: 06 Mei 2026 hingga 07 Mei 2028

Syabas diucapkan kepada barisan penyelidik dedikasi kita:
๐ŸŒŸ Prof. Madya Dr. Siti Aekball Salleh (Ketua Projek - SUG FAB & IBSD)
๐ŸŒŸ Sr Dr. Eran Sadek Said Md. Said (SUG FAB)
๐ŸŒŸ Prof. Madya Dr. Nabilah Naharudin (SUG FAB)
๐ŸŒŸ Dr. Nafisah Khalid (SUG FAB)
๐ŸŒŸ Prof. Madya Dr. Faezah Pardi (IBSD)
๐ŸŒŸ Prof. Madya Dr. Siti Noor Hajjar Md Latip (IBSD)
๐ŸŒŸ En. Mohd Yusri bin Idorus (IBSD)

Ikhlas daripada Ketua Prasiswazah & Warga SUG. Semoga projek penyelidikan ini berjalan dengan lancar, membawa inovasi berimpak tinggi, dan menyumbang kepada kelestarian biodiversiti negara! Teruskan kecemerlangan! ๐Ÿš€๐ŸŒ

SOROTAN PROGRAM GEOFEST 2026 ๐ŸŒโœจ MEMPERKASA KOMUNITI MELALUI TEKNOLOGI GEOMATIK DAN GEOSPATIAL โœจAlhamdulillah, Program Ta...
08/07/2026

SOROTAN PROGRAM GEOFEST 2026 ๐ŸŒ

โœจ MEMPERKASA KOMUNITI MELALUI TEKNOLOGI GEOMATIK DAN GEOSPATIAL โœจ

Alhamdulillah, Program Tahunan GEOFEST 2026 anjuran Pusat Pengajian Ukur dan Pengurusan (Bidang Sains Ukur dan Geomatik), Fakulti Alam Bina, UiTM Shah Alam telah melabuhkan tirainya dengan jayanya pada 2 Julai 2026.

Program yang dianjurkan oleh barisan pelajar dan pensyarah dari bidang pengajian Sains Ukur dan Geomatik (SUG) ini turut mendapat kerjasama padu daripada Perpustakaan UiTM yang sekali lagi menjadi lokasi rasmi penganjuran yang sangat selesa dan kondusif.

Sambutan pada tahun ini amat memberangsangkan dengan jumlah penyertaan sebanyak 34 penyertaan yang melibatkan 60 orang peserta dari pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di seluruh Malaysia. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah menyertai program dan berkongsi hasil kerja dan penyelidikan yang penuh inovatif pada program tahun ini.

Majlis perasmian dan penutup program telah disempurnakan oleh Timbalan Dekan Akademik, Fakulti Alam Bina iaitu Profesor Madya Sr Dr Nor Rima Muhamad Ariff.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Dekan Penyelidikan dan Jaringan Industri, Fakulti Alam Bina, - Prof Sr Dr Zulkiflee Abd Latif; Ketua Pusat Pengajian Ukur dan Pengurusan,Fakulti Alam Bina, - Profesor Madya Sr Dr Saiful Aman Sulaiman; serta Koordinator Prasiswazah Bidang Sains Ukur Dan Geomatik, Fakulti Alam Bian - Sr Dr Mohd Shahmy Bin Mohd Said.

๐Ÿ’ก SOROTAN AKTIVITI SEPANJANG GEOFEST 2026

Pelbagai pengisian padat dan bermanfaat telah disajikan kepada para peserta dan pengunjung:

๐Ÿ—บ๏ธ Pameran Peta (Map Exhibition): Penerokaan peta geospatial, aplikasi geospatial, produk kartografi dan penyelesaian geospatial yang inovatif.

๐Ÿ’ป Pameran Penyelidikan & Inovasi: Penemuan penyelidikan inovatif, teknologi geospatial dan projek geomatik.

๐Ÿš Pameran Teknologi (Technology Showcase): Pempamer dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) yang turut hadir mempromosikan penggunaan aplikasi MyGeoserve, MyCartoGo, dan MyCartolink.

๐Ÿš€ Demonstrasi Langsung (Live Demonstration): Pengalaman menyaksikan sendiri kelengkapan instrumen ukur moden dan peralatan geospatial yang dibawakan khas oleh GPS Lands & AllTerra Malaysia.

๐ŸŽค Sesi Perkongsian Pakar (Expert Talks):

Perkongsian wacana ilmu yang sangat bernilai daripada tokoh-tokoh hebat industri:
1. En. Mohamad Fathudden bin Mohamad Basir (Pusat Geospatial Negara)
2. Prof. Madya Gs. Ts. Dr. Abdul Rauf Abdul Rasam (MITRANS UiTM),
3. Pn. Emmelia Azli Bt Ayub (Petronas Carigali Sdn Bhd)
4. En. Asman Abadi bin Maswan (GPS Lands & AllTerra (M) Sdn Bhd).

๐Ÿ’กMANFAAT KEPADA PESERTA DAN PELAJAR

Program GEOFEST 2026 ini direka khusus untuk memberi impak maksimum kepada semua pelajar, terutama dalam aspek:

๐Ÿ’Ž Membuka ruang untuk peserta bertemu dengan pakar industri dan memperluaskan jaringan kerjaya.

๐Ÿ’Ž Memberi peluang peserta meneroka teknologi baharu serta mendapat pengalaman terus melalui demonstrasi secara hands-on.

๐Ÿ’ŽMenjadi medium untuk pelajar berkongsi idea, mempersembahkan inovasi dan kajian terkini di samping meraih pandangan masa depan daripada pihak berkepentingan dalam bidang geomatik dan geospatial.

๐Ÿ’กSEKALUNG PENGHARGAAN

Kejayaan penganjuran ini pastinya tidak dapat direalisasikan tanpa sokongan padu rakan penaja. Sekalung penghargaan buat penaja-penaja program kami iaitu:

๐Ÿ’ Penaja Platinum: Persatuan Jurukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) dan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT).

๐Ÿ’ Penaja Emas: Alumni UiTM (Kakitangan Syarikat Petronas dan Shell) serta GPS Lands (M) Sdn Bhd, dan AllTerra (M) Sdn Bhd.

Tajaan daripada pihak industri amat bermakna dan menjadi pemangkin semangat pelajar untuk memacu kecemerlangan industri di negra ini

๐Ÿ’ Terima kasih dan sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur GEOFEST 2026 yang telah bekerja keras menjayakan festival ini, khususnya kepada pasukan pelaksana utama yang diketuai oleh Persatuan Pelajar Sains Ukur Dan Geomatik / Geomatic Student Society (GEOMASS).

Komitmen, kreativiti, dan semangat kerja berpasukan anda semua amat dihargai dan menjadi tunjang utama kejayaan program ini!

๐ŸŒ GEOFEST 2026 bukan sekadar festival - ia adalah platform pemerkasaan ilmu, inspirasi kerjaya dan pencetus inovasi dalam dunia geomatik dan geospatial! ๐ŸŒ

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,The Organising Committee is honoured to invite you to the Virtual Collaborativ...
06/07/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

The Organising Committee is honoured to invite you to the Virtual Collaborative Teaching Webinar for GSS659 โ€“ Geospatial Innovation and Creativity, featuring distinguished industry speakers.

Speakers:
1. Ts. Haji Jasmani Dari (Isianpadu Tech Sdn. Bhd.)
2. Dr. Baizul Hafsyam Badli Sham (ESRI Malaysia Sdn. Bhd.)

๐Ÿ“… Date: Tuesday, 07 July 2026 (Tuesday)
๐Ÿ•š Time: 08:00 PM โ€“ 10:00 PM (Evening)
๐Ÿ’ป Platform: Google Meet

๐Ÿ”— Meeting Link: https://tinyurl.com/68fcxnze

Kindly refer to the attached poster for further details.

We cordially invite you to participate in this webinar. Your presence will contribute to a meaningful and engaging knowledge-sharing session.

Thank you.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Sains Ukur & Geomatik (PPSUG), Fak...
02/07/2026

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Sains Ukur & Geomatik (PPSUG), Fakulti Alam Bina (FAB), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama CHCNAV & BandWork menerusi Kursus GSS 611 - Satellite and Physical Geodesy akan mengadakan satu sesi Webinar pengajaran kolaboratif bersama pengamal industri antarabangsa yang bertemakan
"A New Competitive Edge-Transforming Opportunities with Next-Gen GNSS"

Webinar ini akan disampaikan oleh penceramah jemputan daripada industri seperti yang berikut:

1) Ms. Sheila Wang (Business Development Manager-S&C Product Line , CHCNAV Shanghai)

Sesi ini akan diadakan seperti ketetapan berikut;
Tarikh : 3 Julai 2026 (Jumaat)
Masa : 10.00 pagi โ€“ 11.00 pagi
Lokasi : Secara dalam talian (Link Google Meet - https://meet.google.com/stk-tmqb-xru)

Sehubungan itu, pihak PPSUG dengan hormatnya menjemput semua yang berkelapangan untuk bersama-sama menyertai webinar ini. Dilampirkan bersama poster program sebagai rujukan.
Kesudian anda semua untuk menghadiri sesi ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian. Terima kasih












Renowned, Locally Rooted

Address

Center Of Studies Surveying Science And Geomatics UiTM Shah Alam, Jalan Ilmu 1/1, Universiti Institut Teknologi Mara
Shah Alam
40450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60122624854

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sains Ukur dan Geomatik Uitm Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share