13/04/2026
09 April 2026 โ Bahagian Integriti, Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah menerima lawatan penanda aras daripada Unit Integriti, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam usaha memperkukuh amalan tadbir urus serta memperluas perkongsian ilmu berkaitan integriti dan antirasuah.
Lawatan ini bertujuan untuk mengadakan sesi perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan Unit Integriti, khususnya melibatkan pelaksanaan pelbagai inisiatif integriti. Selain itu, perbincangan turut memberi fokus kepada pelaksanaan Modul Pengurusan Governans Integriti dan Antirasuah di UiTM sebagai rujukan dan panduan kepada pihak UniSZA.
Delegasi Unit Integriti UniSZA yang terdiri daripada tujuh orang staf telah diketuai oleh Tuan Mohd Ali Hashim, Ketua Unit Integriti. Sementara itu, pihak Bahagian Integriti UiTM diketuai oleh Tuan Mohd. Hafiz Ramlee, Pengarah Bahagian Integriti.
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi, di samping meningkatkan keberkesanan pelaksanaan inisiatif integriti secara lebih menyeluruh dan berimpak tinggi.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Council of Public University Integrity Officers
09/04/2026
JANGAN MEMANDU DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL
Alkohol melambatkan tindak balas dan meningkatkan risiko kemalangan.
Lindungi nyawa anda dan orang lain. Ingatlah orang tersayang
06/04/2026
[๐๐๐๐๐๐๐ก] ๐๐ฆ๐ง๐๐๐๐๐ง ๐๐ข๐ก๐ฉ๐ข๐๐๐ฆ๐ฌ๐๐ก ๐จ๐ก๐๐ฉ๐๐ฅ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ง๐๐๐ก๐ข๐๐ข๐๐ ๐ ๐๐ฅ๐ (๐จ๐ถ๐ง๐ ) ๐๐-๐ญ๐ฌ๐ฐ
Seluruh Warga UiTM mengucapkan syabas dan tahniah kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bakal bergraduat di Istiadat Konvokesyen ke-104. Masa yang dinantikan telah tiba, raikan detik bersejarah bagi setiap graduan UiTM yang telah berjaya menamatkan pengajian.
Istiadat Konvokesyen UiTM ke-104 akan berlangsung bermula pada ๐ฒ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฎ๐ฐ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ mengikut jadual seperti berikut:
๐๏ธ ๐จ๐ถ๐ง๐ ๐ฆ๐ต๐ฎ๐ต ๐๐น๐ฎ๐บ - ๐ฒ ๐ต๐ถ๐ป๐ด๐ด๐ฎ ๐ฎ๐ฏ ๐ ๐ฒ๐ถ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๏ธ ๐จ๐ถ๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐๐๐ก - ๐ต - ๐ญ๐ฌ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๏ธ ๐จ๐ถ๐ง๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค - ๐ฎ๐ฏ - ๐ฎ๐ฐ ๐๐๐ป ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
Maklumat lanjut berkenaan Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke-104, layari laman web rasmi Bahagian Rekod Pelajar & Konvokesyen UiTM. (Pautan diruangan komen)
Graduan diminta untuk mendaftar sebagai ahli MyAlumni UiTM dan sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi staf yang bertanggungjawab (PIC) bagi kolej pengajian/fakulti/pusat akademik/program masing-masing untuk maklumat lanjut. (Pautan diruangan komen)
Selamat bergraduasi. Semoga detik ini menjadi permulaan yang baik untuk kalian meniti kejayaan yang cemerlang pada masa hadapan. Tetapkan matlamat, terus berusaha dan semoga berjaya!
Universiti Unggul Pemacu Bumiputera Profesional
ุงูุณูุง ุชููู ู
ูููุง
04/04/2026
Tahniah UiTM Sungai Petani, Merbok, Kedah atas penganjuran ceramah dan Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat PTJ. Terima kasih atas sokongan dalam pelaksanaan Majlis IBR selaras dengan Pekeliling Naib Canselor Bil. 09 Tahun 2022 Pelaksanaan Penganjuran Majlis Ikrar Bebas Rasuah di UiTM. Penghargaan turut diberikan kepada SPRM Kedah atas sokongan yang diberikan dalam menghadiri serta menyaksikan IBR peringkat PTJ di UiTM.
SPRM
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
04/04/2026
03.04.2026: Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih buat Puan Saripah Maskam, Kerani Kanan yang telah pun menamatkan perkhidmatan dengan UiTM setelah lebih 35 tahun menabur bakti dan keringat untuk universiti keramat ini. Beliau mula berkhidmat dengan UiTM sejak tahun 1991 dan jabatan terakhir beliau adalah di Bahagian Integriti UiTM.
Segala pesanan, kata-kata hikmah dan juga nasihat daripada beliau amatlah kami hargai. Kami di Bahagian Integriti UiTM sentiasa mendoakan agar beliau terus dilindungi oleh Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta dipermudahkan urusan beliau dunia dan akhirat. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan beliau amatlah kami hargai.
Moga kita berjumpa lagi pada masa akan datang. Terima kasih Puan Saripah Maskam.
03/04/2026
Jangan terus percaya apa yang muncul di skrin ๐ฑ
Ambil masa untuk semak kesahihan sebelum tekan โshareโ.
Semak sebelum sebar.
20/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H
Indah berseri di pagi Syawal,
Takbir bergema menyentuh jiwa;
Integriti menjadi pegangan kekal,
Membina bangsa penuh wibawa.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Wa jaโalana minal โaidin wal faizin.
Maaf Zahir dan Batin,
Ikhlas Daripada
Pengarah dan Warga
Bahagian Integriti
Universiti Teknologi MARA
16/02/2026
๐๐๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐๐ผ๐น๐ฎ๐ฏ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐ฏ๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป๐ด๐ธ๐๐๐ฎ๐ป ๐๐ฎ๐น๐ฎ๐ป (๐๐ฃ๐) ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ
16 Februari 2026 โ Bahagian Integriti Universiti Teknologi MARA telah mengadakan Kunjungan Hormat serta Perbincangan Inisiatif Kolaborasi ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi, khususnya dalam aspek pematuhan dan penguatkuasaan peraturan jalan raya. Turut serta dalam kunjungan ini ialah DSP/PB Tuan Mohd Zaidi Razali, Timbalan Ketua Polis Bantuan dari Ibu Pejabat Polis Bantuan UiTM.
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan pelbagai inisiatif kolaborasi yang berpotensi untuk dilaksanakan di peringkat UiTM, termasuk program advokasi keselamatan jalan raya, sesi perkongsian ilmu berkaitan undang-undang dan peraturan lalu lintas, serta usaha meningkatkan kesedaran warga universiti terhadap kepentingan pematuhan peraturan jalan raya. Inisiatif ini selaras dengan komitmen UiTM dalam memupuk budaya berintegriti dan bertanggungjawab dalam kalangan warga kampus.
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Selangor yang diketuai oleh YBrs. Tuan Azrin Borhan, Pengarah JPJ Negeri Selangor, menyambut baik hasrat Bahagian Integriti UiTM untuk menganjurkan beberapa siri program pendidikan dan kesedaran berkaitan keselamatan serta peraturan jalan raya. Program sedemikian dilihat mampu memberikan pendedahan yang lebih komprehensif mengenai tanggungjawab pengguna jalan raya, prosedur penguatkuasaan serta implikasi undang-undang terhadap pelanggaran peraturan lalu lintas.
Diharapkan segala inisiatif yang telah dibincangkan dapat direalisasikan secara berperingkat dan seterusnya memberi manfaat signifikan kepada warga UiTM, khususnya dalam memperkukuh tahap kesedaran, pematuhan undang-undang serta pembudayaan amalan keselamatan jalan raya dalam kalangan warga UiTM.
JPJ Negeri Selangor
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
09/02/2026
๐๐๐ป๐ท๐๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ผ๐ฟ๐บ๐ฎ๐ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฃ๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ถ๐ป๐ฐ๐ฎ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ถ๐๐ถ๐ฎ๐๐ถ๐ณ ๐๐ผ๐น๐ฎ๐ฏ๐ผ๐ฟ๐ฎ๐๐ถ ๐ฑ๐ฒ๐ป๐ด๐ฎ๐ป ๐ ๐ฎ๐ต๐ธ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ต ๐ก๐ฒ๐ด๐ฒ๐ฟ๐ถ ๐ฆ๐ฒ๐น๐ฎ๐ป๐ด๐ผ๐ฟ
6 Februari 2026 โ Bahagian Integriti Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah mengadakan Kunjungan Hormat serta Perbincangan Inisiatif Kolaborasi ke Mahkamah Negeri Selangor bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan pelbagai inisiatif kolaborasi yang berpotensi untuk dilaksanakan di peringkat UiTM, khususnya dalam aspek perkongsian ilmu dan pemantapan kefahaman berkaitan tadbir urus serta sistem kehakiman.
Delegasi Mahkamah Negeri Selangor yang diketuai oleh YBhg. Datoโ Haji Mohd Nasir Nordin, Pengarah Mahkamah Negeri Selangor, menyambut baik hasrat Bahagian Integriti UiTM untuk menganjurkan beberapa siri percambahan ilmu bersama warga UiTM. Inisiatif ini dilihat mampu memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh berkaitan prosedur dan prosiding mahkamah, sekali gus meningkatkan kefahaman serta kesedaran terhadap peranan dan fungsi institusi kehakiman.
Kunjungan Hormat ini juga turut disertai oleh YBrs. Dr. Syahliza Warnoh, Hakim merangkap Pegawai Integriti, Encik Mohamad Fahmi Ali Kutty, Ketua Penolong Kanan, Puan Nurshafini Mustafha, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), Puan Farah Wahida Md Nor, Timbalan Pendaftar, Puan Nor Azean Mohd Sohaini, Penolong Pendaftar Kanan dan Puan Norhayati Rahmat, Pembantu Tadbir.
Diharapkan segala inisiatif yang dibincangkan dapat direalisasikan secara berperingkat dan seterusnya memberi manfaat signifikan kepada warga UiTM, khususnya dalam usaha memperkukuh integriti, tadbir urus dan kefahaman terhadap sistem perundangan negara.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
09/02/2026
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง ๐๐๐ง๐๐ง๐๐ ๐๐ซ๐๐ฌ ๐๐๐ง๐ฌ๐ข๐ฃ๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐๐๐๐๐๐๐:๐๐๐๐ ๐๐ง๐ญ๐ข ๐๐ซ๐ข๐๐๐ซ๐ฒ ๐๐๐ง๐๐ ๐๐ฆ๐๐ง๐ญ ๐๐ฒ๐ฌ๐ญ๐๐ฆ ๐๐ข ๐๐๐ซ๐๐๐๐๐ง๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ก๐ข๐ซ๐๐ง
Pada 4 Februari 2026 yang lalu, Bahagian Integriti UiTM telah mengadakan Lawatan Penanda Aras Pensijilan ISO 37001:2016 Anti Bribery Management System (ABMS) di Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK), sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan perkongsian kaedah dan perancangan ke arah pensijilan ISO 37001:2016. Selain itu, lawatan ini juga diadakan bagi mendapatkan pemahaman mengenai pelaksanaan dan penyelenggaraan Pensijilan ISO 37001:2016 di PTPK.
Sepanjang sesi lawatan tersebut, pihak PTPK telah berkongsi mengenai latar belakang pelaksanaan ISO 37001:2016 di PTPK, struktur tadbir urus, penyediaan dokumen berdasarkan keperluan pensijilan dan pelaksanaan audit dalam.
Secara keseluruhannya, lawatan penanda aras ini memberi manfaat yang signifikan dalam membantu Bahagian Integriti khususnya untuk mengambil tindakan awal ke arah Pensijilan ISO 37001:2016.
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA