MIftahul Rizq

MIftahul Rizq

Share

Ejen Rasmi bagi produk keluaran Ade Azhar Trading Sdn Bhd. Kami sedia membantu anda dapatkan produk Islami Premium Eksklusif untuk kegunaan harian anda.

30/07/2022

Salam Awal Muharram 1444H

Jadikan Awal Muharram ini sebagai titik permulaan melangkah kepada kebaikan dan pengakhiran amalan yang dilarang. Semoga kita sama-sama menuju ke arah kabaikan dan menjadi hamba-Nya yang diredhai Allah.

27/07/2022

1 Hari 1 Adab

Siri 4
ADAB YANG TINGGI KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA

Firman Allah SWT: "Itulah yang wajib dipatuhi; dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya..." (Surah Al-Hajj 22:30)

Seseorang yang beradab ketika menuntut ilmu tanda amalan menuntut ilmu itu diterima oleh Allah dan mendapatkan keberkatan.

Sebahagian ulama salaf mengatakan "Beradab dalam melakukan sesuatu amalan merupakan tanda diterimanya amalan"

26/07/2022

1 Hari 1 Adab

Siri 3
Adab Penuntut Ilmu

Adab dan ilmu itu perkara yang seiring. Tiada yang ditinggalkan antara dua.

Antara adab penuntut ilmu yang digariskan oleh ulama adalah:
-Berusaha gigih mendapatkan ilmu
Abu Zakaria al-Anbari mengatakan "Ilmu tanpa adab umpama api tanpa kayu api dan adab tanpa ilmu seperti roh tanpa jasad"
-Mengamalkan adab ketika menuntut ilmu
-Menggarap ilmu dan adab seiring
-Menghayati adab daripada ilmu dan amal
Al-Laits bin Sa'ad ada mengatakan "Kalian lebih memerlukan adab yang sedikit daripada ilmu yang banyak"

25/07/2022

"Jika kamu tidak tahan terhadap penatnya belajar, maka kamu akan menanggung bahayanya kebodohan."

-Imam Syafie-

19/07/2022

1 Hari 1 Adab

Siri 2
Pengenalan : Adab Dalam Menuntut Ilmu

Definisi Adab
Secara bahasa bermaksud 'menerapkan akhlak mulia'.

Ibn Hajar menyebutkan "Al-Adab ertinya 'menerapkan segala yang terpuji, baik berupa perkataan mahupun perbuatan'. Sebahagian ulama juga mendefinisikan, adab ialah 'menerapkan akhlak mulia.'"

Adab adalah sesuatu yang wajib diterapkan bagi setiap penuntut ilmu.

Ini dapat dilihat dari sabda Nabi SAW yang bermaksud:
"Orang Mu'min yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya" (Riwayat al-Tarmizi)
"Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak(adab) yang mulia" (Riwayat al-Baihaqi)
"Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangan amal bagi seorang Mukmin pada hari kiamat daripada akhlak yang baik. Dan sesungguhnya Allah SWT membenci orang yang berbicara keji dan kotor." (Riwayat al-Tarmizi)

Namun, adab dan akhlak perlu seiring dengan penguasaan ilmu serta memuliakan ulama.

Allah SWT berfirman:
"Demikianlah (ajaran Allah) dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertakwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan daripada sifat takwa hati seorang Mukmin." (Surah Al-Haj 22:32)

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah berfirman, 'Sesiapa yang menentang wali-Ku, maka Aku izikan untuk mnyatakan perang terhadapnya.'" (Riwayat al-Bukhari)

Imam al-Syafi'i juga menyatakan:
"Jika para ulama yang mengamalkan ilmu, mereka tidak disebut wali Allah, maka Allah tidak mempunyai wali." (Disebut dalam kitab Manaqib al-Syafi'i oleh Imam Baihaqi)

18/07/2022

Siri 1 Hari 1 Adab

Siri 1 : Pengenalan

"Jika ilmumu setinggi langit pun, jika adab tidak tertanam, tak berharga kau di mata orang lain."

InsyaAllah mulai hari ini, kami akan kongsikan pengisian ringkasan dari Ensiklopedia Adab karangan Dato Haji Muhammad Zakaria.

Perlu diketahui oleh semua bahawa adab ini perlu diterapkan dalam setiap orang tidak kira pangkat, darjat atau umur. Kerana adab ini melambangkan keperibadian seseorang.

Semoga dengan usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi impak kepada semua untuk menjadi hamba-Nya yang lebih baik demi mencapai tujuan Akhirat. InsyaAllah.

Photos from MIftahul Rizq's post 15/07/2022

Syukur Alhamdulillah.

Pada 13 Julai 2022, pihak Kasih Ikhlas AAT di bawah naungan Yayasan Ade Azhar telah menyerahkan sumbangan Al Quran sebanyak 30 naskah kepada Surau An Nur IPD Petaling Jaya.

Pihak kami difahamkan bahawa penyerahan Al Quran ini dibuat untuk kumpulan Mualaf yang terdiri daripada anggota Polis yang mengikuti kelas pengajian Al Quran di surau berkenaan.

Ustaz Shaharil, wakil pengajar Al Quran di Surau An Nur, menyeru agar orang ramai bersama-sama meraikan dan mengimarahkan program pengajian Al Quran untuk kebaikan dan saham akhirat di sana nanti.

Akhir kata, pihak Kasih Ikhlas AAT mewakili Surau An Nur IPD Petaling Jaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai yang menjayakan program ini. Semoga usaha ini dibalas dengan kebaikan dan keberkatan di dunai dan akhirat.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ingin sama-sama mencari saham akhirat?
https://wa.link/unyxe4
https://wa.link/unyxe4
https://wa.link/unyxe4

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


No 66, Jalan Pelabur A 23/A, Seksyen 23
Shah Alam
40300