Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam

Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam Sekolah Kebangsaan
Primary School

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Peringkat Sekolah 202๐ŸŒŸSemoga semua peserta dapat menimba ilmu, membina jati diri serta m...
15/06/2026

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda Peringkat Sekolah 202๐ŸŒŸ

Semoga semua peserta dapat menimba ilmu, membina jati diri serta mengasah bakat kepimpinan berteraskan tema "Akhlak Teras Kepimpinan". Semoga program ini melahirkan pemimpin muda yang berwibawa, berdisiplin dan menjadi kebanggaan sekolah. ๐Ÿ’™๐Ÿ’›

๐Ÿ“ข HEBAHAN PERTANDINGAN E-KREATIF PPDA 2026 ๐Ÿ“ขUnit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Seksyen 17 Shah Alam menjemput se...
10/06/2026

๐Ÿ“ข HEBAHAN PERTANDINGAN E-KREATIF PPDA 2026 ๐Ÿ“ข

Unit Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) SK Seksyen 17 Shah Alam menjemput semua murid Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) untuk menyertai Pertandingan E-KREATIF PPDA 2026.

๐ŸŽจ Kategori Pertandingan:
๐Ÿ–ฅ๏ธ Poster Digital PPDa
๐Ÿ“– Buku Skrap Digital PPDa

๐Ÿ“… Tarikh Akhir Penghantaran: 19 Jun 2026
๐ŸŽ Hadiah Menarik Menanti Anda!
๐Ÿ“Œ Syarat pertandingan boleh dirujuk pada poster yang disediakan.

Tunjukkan kreativiti anda dalam menghasilkan karya digital yang menarik dan bermaklumat sambil menyampaikan mesej pencegahan DARVIH kepada warga sekolah.

๐Ÿ“ Murid yang berminat boleh menghantar hasil karya kreativiti dalam google classroom di bawah pautan Unit PPDa SK S17.

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
๐Ÿ“ฑCikgu Izyani (019-3211324)
๐Ÿ“ฑUstaz Razi ( 016 - 2153919)

๐ŸŒŸ Ayuh sertai E-KREATIF PPDA 2026! Kreatif Berkarya, Generasi Bebas DARVIH!

๐Ÿ“Œ Kunjung Bantu Pengurusan Bimbingan dan KaunselingTerima kasih kepada Pn. Rozanita dan Pn. Rabiatul atas sesi kunjung b...
10/06/2026

๐Ÿ“Œ Kunjung Bantu Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling

Terima kasih kepada Pn. Rozanita dan Pn. Rabiatul atas sesi kunjung bantu yang telah dijalankan pada 9 Jun 2026 di Bilik B&K. Semoga segala bimbingan dan perkongsian yang diberikan dapat membantu meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah. ๐ŸŒท

โœจ Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah โœจPada hari Rabu, 13 Mei 2026, murid prasekolah telah mengikuti lawatan sambil ...
15/05/2026

โœจ Lawatan Sambil Belajar Murid Prasekolah โœจ

Pada hari Rabu, 13 Mei 2026, murid prasekolah telah mengikuti lawatan sambil belajar ke Aquaria KLCC. Lawatan ini memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna kepada murid-murid. ๐Ÿ ๐Ÿ’™

๐Ÿ“š Program Jom Baca 10 Minit Tahun 2026 ๐Ÿ“šWarga sekolah SK Seksyen 17 Shah Alam telah bersama-sama menjayakan Program Jom ...
23/04/2026

๐Ÿ“š Program Jom Baca 10 Minit Tahun 2026 ๐Ÿ“š

Warga sekolah SK Seksyen 17 Shah Alam telah bersama-sama menjayakan Program Jom Baca 10 Minit sebagai usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan murid dan guru.

Semoga amalan membaca ini dapat terus disemai dan menjadi rutin harian demi melahirkan generasi berilmu, berfikiran kreatif dan berdaya saing.

Alhamdulillah, Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat Negeri 2026 telah berlangsung dengan jayanya ๐ŸคPihak sekola...
13/04/2026

Alhamdulillah, Perkhemahan Perdana Badan Beruniform Peringkat Negeri 2026 telah berlangsung dengan jayanya ๐Ÿค

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada 9 buah sekolah yang turut serta memeriahkan program ini. Kehadiran dan kerjasama yang diberikan amat bermakna dalam menjayakan perkhemahan ini.

Semoga ukhuwah yang terjalin terus mekar dan segala pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan serta pembelajaran yang berharga buat semua ๐ŸŒฟโœจ

Tahniah diucapkan kepada wakil SK Seksyen 17, adik Nuha Isaura binti Hazrul dari Firqah 2 atas penyertaan dalam ADNI per...
12/04/2026

Tahniah diucapkan kepada wakil SK Seksyen 17, adik Nuha Isaura binti Hazrul dari Firqah 2 atas penyertaan dalam ADNI peringkat daerah pada 11 April 2026 (Sabtu).

Alhamdulillah, berjaya meraih Tempat ke-5 ๐Ÿ‘โœจ

Teruskan berusaha dan tingkatkan lagi kecemerlangan. Warga sekolah amat berbangga dengan pencapaian ini! ๐Ÿ’

๐Ÿ“šโœจProgram Galakan Membaca bersama Ana Muslimโœจ๐Ÿ“šAlhamdulillah, program yang penuh manfaat ini berjaya dilaksanakan dengan ...
07/04/2026

๐Ÿ“šโœจProgram Galakan Membaca bersama Ana Muslimโœจ๐Ÿ“š

Alhamdulillah, program yang penuh manfaat ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran Ana Muslim telah menyuntik semangat dan minat murid-murid untuk terus mencintai budaya membaca ๐Ÿ“–๐Ÿ’›

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan bagi memupuk amalan membaca dalam kalangan murid, selaras dengan usaha melahirkan generasi berilmu dan berakhlak.

Semoga program sebegini dapat terus menyemai rasa cinta terhadap ilmu dan menjadikan membaca sebagai amalan harian ๐ŸŒŸ

๐Ÿ“š Pelancaran Program NILAM peringkat SK Seksyen 17 telah berlangsung dengan jayanya. Semoga program ini terus menyemai m...
06/04/2026

๐Ÿ“š Pelancaran Program NILAM peringkat SK Seksyen 17 telah berlangsung dengan jayanya. Semoga program ini terus menyemai minat membaca dan melahirkan murid berilmu.

Alhamdulillah, ADNI Peringkat Firqah 2 telah berlangsung dengan jayanya ๐ŸŽ‰Tahniah diucapkan kepada dua orang wakil yang t...
03/04/2026

Alhamdulillah, ADNI Peringkat Firqah 2 telah berlangsung dengan jayanya ๐ŸŽ‰

Tahniah diucapkan kepada dua orang wakil yang telah mengharumkan nama dengan pencapaian membanggakan:
๐Ÿฅˆ Naib Johan Hafazan (Lelaki)
Adik Ahmad Yassir bin Ainuddin
๐Ÿฅˆ Naib Johan Khat (Perempuan)
Adik Nuha Isaura binti Hazrul

Tidak dilupakan juga tahniah kepada semua peserta lain yang telah mengambil bahagian dengan usaha dan semangat yang memberangsangkan. Setiap penyertaan amat bermakna dan menjadi langkah ke arah kecemerlangan.

Terima kasih kepada semua guru, urusetia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini ๐Ÿค

Address

Jalan Jelawat 17/1
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 07:20 - 18:30
Tuesday 07:20 - 18:30
Wednesday 07:20 - 18:30
Thursday 07:20 - 18:30
Friday 07:20 - 18:30

Telephone

+60355198380

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Seksyen 17 Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category