Perintis Didik

Perintis Didik

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Perintis Didik, Educational consultant, Jalan Kristal Ar 7/Ar, Seksyen 7, Shah Alam.

10/05/2026

SELAMAT HARI IBU 2026 | Seteguh Kasih Ibu

Di sebalik setiap teguran ibu, ada kasih sayang yang tidak pernah berhenti mengiringi langkah anak-anak. Kadang-kadang anak merajuk, kadang-kadang cuba β€œlari” daripada belajar tetapi seorang ibu tetap akan mengejar demi memastikan anaknya membesar menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berjaya.

Kasih ibu bukan sekadar memanjakan tetapi mendidik dengan penuh pengorbanan, kesabaran dan doa yang tidak pernah putus. Terima kasih kepada semua ibu yang sentiasa menjadi kekuatan terbesar anak-anak.

Daripada kami di Pusat Tuisyen Perintis Didik.
Selamat Hari Ibu🌹

15/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Atiqah, salah seorang pelajar Pusat Tuisyen Perintis Didik yang telah menduduki peperiksaan SPM 2025 atas kejayaan cemerlang memperoleh semua A dalam subjek yang diambil. Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

15/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Atiqah, salah seorang pelajar Pusat Tuisyen Perintis Didik yang telah menduduki peperiksaan SPM 2025 atas kejayaan cemerlang memperoleh semua A dalam subjek yang diambil.

Semoga terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

10/02/2026

Tahniah kepada Aisya Adelia atas kejayaan diterima masuk ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Semoga terus cemerlang dan berjaya melangkah ke fasa pendidikan seterusnya.

Perintis Didik berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan akademik anak-anak didik kami.




05/01/2026

ROAD TO IGCSE 2026 – ADDITIONAL MATHEMATICS
πŸ“ Pusat Tuisyen Perintis Didik (PTPD)
πŸ“… 5 Jan 2026 (Isnin), 8:00 - 5:00 ptg

Program Road to IGCSE 2026 telah berjaya dilaksanakan di Pusat Tuisyen Perintis Didik sebagai program cuti sekolah terakhir sebelum para pelajar melangkah ke sesi persekolahan 2026.

Program ini memberi fokus kepada subjek Additional Mathematics dengan penekanan kepada pemahaman konsep, teknik menjawab soalan serta persediaan mental pelajar menghadapi silibus dan cabaran IGCSE yang lebih mencabar.

Sepanjang sesi berlangsung, pelajar-pelajar menunjukkan komitmen dan fokus yang sangat baik sekaligus menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif, interaktif dan bermakna. Program ini juga menjadi platform persediaan awal agar pelajar lebih yakin dan bersedia apabila sesi persekolahan bermula minggu hadapan.

Pihak Pusat Tuisyen Perintis Didik ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kelab Ibu Bapa Avicenna MRSM KKB atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan. Semoga ilmu yang dikongsikan menjadi manfaat dan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam perjalanan menuju IGCSE 2026.

24/11/2025

Dah bermula perjuangan SPM. Kepada semua calon, teruskan keyakinan, tenangkan hati dan serahkan segalanya kepada Allah setelah usaha dicurahkan. Do your best & let Allah do the rest. Semoga dipermudahkan dan diberi keputusan terbaik.

11/05/2025

Selamat Hari Ibu

Sempena Hari Ibu ini, Pusat Tuisyen Perintis Didik ingin merakamkan ucapan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada semua ibu yang sentiasa menjadi tulang belakang kejayaan anak-anak.

Terima kasih atas kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, kesabaran yang tiada batas dan usaha tanpa henti dalam mendidik serta menyokong anak-anak kita, bukan sahaja di rumah tetapi juga dalam perjalanan akademik mereka bersama kami.

Doa dan pengorbanan ibu-ibu sekalian adalah cahaya yang menerangi masa depan mereka. Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan ini bersama anda.

Selamat Hari Ibu – anda adalah inspirasi kami.*

Ikhlas daripada,
Pusat Tuisyen Perintis Didik

24/02/2025

10 Pesanan untuk Pelajar:

1. Belajar dengan Konsisten – Jangan hanya belajar saat hampir peperiksaan. Luangkan masa setiap hari untuk mengulang kaji.

2. Fokus dalam Kelas – Beri perhatian kepada guru dan catat nota penting. Ini akan membantu dalam pemahaman dan persediaan menghadapi peperiksaan.

3. Tanya Jika Tidak Faham – Jangan malu bertanya. Guru dan rakan-rakan boleh membantu menjelaskan sesuatu yang kurang difahami.

4. Gunakan Teknik Belajar yang Sesuai – Setiap orang mempunyai cara belajar yang berbeza. Cuba pelbagai teknik seperti peta minda, latihan soalan, atau belajar secara berkumpulan.

5. Jaga Kesihatan – Tidur yang cukup, pemakanan seimbang, dan senaman akan membantu otak lebih segar dan fokus dalam pembelajaran.

6. Tetapkan Matlamat – Letakkan sasaran dalam pembelajaran dan usaha untuk mencapainya. Matlamat yang jelas akan memberikan motivasi untuk terus berusaha.

7. Elakkan Sikap Bertangguh – Jangan tunggu saat akhir untuk belajar. Amalkan disiplin dalam mengurus masa dan tugasan.

8. Bersabar dan Jangan Putus Asa – Jika menghadapi kesukaran dalam belajar, teruskan berusaha. Kejayaan memerlukan kesabaran dan usaha yang berterusan.

9. Hormati Guru dan Ibu Bapa – Keberkatan ilmu datang daripada hormat kepada guru dan doa ibu bapa. Sentiasa berbuat baik dan menghargai mereka.

10. Berdoa dan Bertawakal – Usaha yang gigih perlu disertakan dengan doa dan tawakal kepada Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran dan berjaya dalam kehidupan.

Teruskan usaha, jangan mudah mengalah, dan sentiasa percaya pada diri sendiri!

08/02/2025

Pengumuman Pusat Tuisyen Perintis Didik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para ibu bapa yang dihormati,

Kepada yang tidak sempat mendaftar untuk kelas tuisyen pada minggu lepas, jangan risau! Pendaftaran minggu kedua kini dibuka bermula 10 Februari 2025 untuk pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.

Jangan lepaskan peluang untuk memberikan anak-anak anda persediaan terbaik dalam pelajaran mereka bersama Pusat Tuisyen Perintis Didik.

Lokasi:
No. 8-1-B, Jalan Kristal Ar 7/Ar, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor

Sebarang pertanyaan atau pendaftaran, sila hubungi kami di:
πŸ“ž 012-9356449

Segera daftarkan anak anda hari ini! Tempat adalah terhad.

Hijaukan Ilmu di Sanubari bersama kami di Perintis Didik!

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Jalan Kristal Ar 7/Ar, Seksyen 7
Shah Alam
40000