TVAlkhairi

TVAlkhairi

Share

Santapan Ilmiah Dan Motivasi Islam . Dengan Kata Nama Alkhairi sebagai Kebaikan Ilmiah Dan Berfaedah

19/07/2021

Selamat Hari Raya Aidil Adha .

18/07/2021

Antara kelebihan yang terdapat pada Hari Arafah:

*1. Berpuasa pada hari Arafah menghapuskan dosa kecil selama 2 tahun.*

‎صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

_“Puasa hari ‘Arafah, aku berharap kepada Allah supaya Dia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya.”_

(Sunan al-Tirmizi, no. 680, hadis hasan)

*2. Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.*

_Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:_

‎خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ

_“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah.”_

(HR. Tirmidzi, no. 3585. Syaikh al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan).

*3. Perbanyakkan zikir tauhid pada hari Arafah.*

_Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:_

خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِى *لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ*

_“Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Dan sebaik-baik yang aku ucapkan, begitu p**a yang diucapkan oleh para Nabi sebelumku adalah ucapan “Tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata, tidak ada sekutu bagi-Nya. Miliki-Nya segala kerajaan, segala pujian dan Allah yang menguasai segala sesuatu..”_

(HR. Tirmidzi no. 3585)

10/07/2021

Sekalipun Pandemik Covid Banyak memberi Impak Ekonomi buat suami bagi menyara rumahtangga . Kita doakan Para isteri sentiasa bersyukur dengen pemberian suami . Hargai penatnnya

Rasulullah ﷺ bersabda: . "Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak bersyukur kepada suaminya dan ia tidak merasa cukup dengan apa yang diberikan oleh suaminya"

Keluarga Bahagia Impian Semua

08/07/2021

Seni Hidup

08/07/2021

Rasulullah ﷺ juga bersabda :

‎أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً، إِذَا صَلَحَتْ، صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ، فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Maksudnya: “Ketahuilah bahawa pada jasad itu terdapat segumpal daging, jika ia baik maka baiklah

seluruh jasadnya, jika ia buruk maka buruklah seluruh jasadnya, ketahuilah bahawa ia adalah hati

(jantung).”

[Bukhari & Muslim]

08/07/2021

Sepanjang hidup, manusia bersusah payah mengejar dunia.

Apabila mereka mati, dunia hanya beri tanah dan kain kafan sahaja untuk mereka.

{وما الحياة الدنيا إلا متاع الغرور}

Maksudnya : "Dan kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya". (Ali 'Imran : 185)

06/07/2021

“Manusia Yang Paling Berakal Ialah Manusia

Yang S**a Menerima Dan Meminta Nasihat”

Selamat malam

06/07/2021

Anak s**a melawan cakap?

Mari kita fahami pesanan ulama' ini.

"Sifat kerjasama dan saling memahami antara ibubapa dalam mendidik anak merupakan kaedah paling berkesan yang akan mendorong anak untuk berbakti di kemudian hari.

Punca yang menyebabkan anak derhaka adalah perselisihan dan pergaduhan yang berlaku antara suami isteri yang boleh mengundang kebencian dan menyebabkan anak lari dari rumah.

Jadi, berusahalah untuk mewujudkan kasih sayang, kesejahteraan dan keserasian."

Kredit : Dr. Aidh Al-Qorni

06/07/2021

Jika kita menjalani hidup serta membuat keputusan berdasarkan apa yang orang fikir tentang diri kita , maka ini masanya untuk berfikir semula!

Tidak ada satu pun yang kita lakukan akan memuaskan hati orang. Hakikatnya, kita tidak dapat memuaskan hati semua orang.

Puaskan hati Allah. Allah adalah Pemilik dan juga sumber ketenangan.

06/07/2021

“Berapa banyak kali anda rasa bahawa anda memberi tetapi tidak mendapat balasan apa-apa. Setiap kali anda meletakkan kepercayaan kepada orang, anda dikecewakan. Begitulah adat kehidupan."

Usah mengharapkan apa-apa dari sesiapa. Harapkanlah dari Allah sahaja.

Hiduplah dengan Ibadah , Bukan untuk diapresasi .

05/07/2021

Jangan bimbang apa yang telah kita kehilangan . Yakinlah dengan kaedah dan aturcara yang Allah swt aturkan lebih baik dari apa yang dibimbangi kita .

Dia iaitu Allah swt akan membuka pintu penyelesaian buat kita melalui caranya tanpa kita mengetahui Hikmahnya .Oleh itu janganlah meratapi kesedihan diatas kehilangan .Sebaikny menantikan apa yang akan Datang !

Want your school to be the top-listed School/college in Shah Alam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Eco World
Shah Alam