27/08/2026
MAJLIS MAULIDUR RASUL PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK, PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN DAN HAFAZAN 1448H/ 2026M.
PU Subang, 27 Ogos 2026 -
Majlis mengingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.
Majlis dimulakan dengan perarakan yang disertai oleh Mudir, barisan guru dan anak-anak murid.
Majlis diteruskan dengan Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Yang Dihormati Mudir PPQH, PW 2 Taufiqullah bin Muhammad Shukri.
Pegawai Agama Kanan Pangkalan, Lt Kol Ahmad Basri bin Abdullah bersama staf pejabat agama, Mudir, guru-guru dan murid-murid mengambil peluang bergambar bersama. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan.
Semoga Majlis ini menambahkan lagi kasih kita kepada Rasulullah SAW, penghulu seluruh nabi.