Tadika Generasi Cilik Genius - Setia Alam

Tadika Generasi Cilik Genius - Setia Alam Tadika untuk pelajar berumur 4 tahun sehingga 6 tahun. Terletak di Setia Alam. SSM no. SA0541062-U

Alhamdulillah 🤍Satu penghargaan istimewa buat anak-anak Cilik Genius yang berjaya berpuasa penuh dan yang istiqamah lebi...
08/04/2026

Alhamdulillah 🤍
Satu penghargaan istimewa buat anak-anak Cilik Genius yang berjaya berpuasa penuh dan yang istiqamah lebih 20 hari.

Kecil-kecil lagi sudah belajar erti sabar, disiplin dan keikhlasan.
Inilah permulaan yang indah dalam membina jiwa yang kuat dan beriman.

Semoga setiap usaha kecil ini menjadi asbab kebaikan yang besar di masa hadapan. 🌙

Sambutan Hari Raya Cilik Genius ✨Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Cilik Genius telah berlangsung dengan penuh keceriaan...
08/04/2026

Sambutan Hari Raya Cilik Genius ✨

Alhamdulillah, sambutan Hari Raya Cilik Genius telah berlangsung dengan penuh keceriaan, kehangatan dan kenangan yang cukup indah bersama anak-anak tersayang.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Terima kasih kepada barisan teacher yang bertungkus-lumus membuat persiapan seawal mungkin — daripada dekorasi backdrop, susun atur ruang sehinggalah memastikan setiap sudut tampak kemas dan ceria.

Tidak dilupakan juga buat ibu ayah atas sumbangan juadah yang begitu meriah, penuh kasih sayang dan mengeratkan lagi ukhuwah antara kita semua.

Dan yang paling istimewa, buat anak-anak Cilik Genius — kalianlah penyeri utama. Gelak tawa, keceriaan dan kecomelan kalian benar-benar menghidupkan suasana Raya.

Kenangan ini bukan sekadar majlis, tetapi sebuah memori indah yang akan sentiasa terpahat di hati.

Alhamdulillah 🤍

✨ Raya Datang Lagi… Cilik Genius Dah Mula Meriah! 🌙💚Hari ni anak-anak Cilik Genius bukan saja bergaya untuk Pre Photosho...
17/03/2026

✨ Raya Datang Lagi… Cilik Genius Dah Mula Meriah! 🌙💚

Hari ni anak-anak Cilik Genius bukan saja bergaya untuk Pre Photoshoot Raya, tapi turut diraikan dengan agihan goodies Raya & duit raya 🎁✨

Senyuman, gelak tawa & keterujaan anak-anak… memang priceless! 🥹💖

🎁 Goodies istimewa untuk si kecil:
🌙 Kuih raya
🌙 Ketupat mini
🌙 Sampul raya
🌙 Duit raya

Di Cilik Genius, kami percaya setiap momen kecil adalah kenangan besar untuk anak-anak 💫

Terima kasih ibu ayah yang sentiasa menyokong 💚
Semoga suasana ini menambah seri sambutan Aidilfitri buat semua 🌙✨

📸 Nantikan hasil photoshoot comel mereka!





📸 Pre Photoshoot Raya Cilik Genius 2026 🌙✨Alhamdulillah, suasana penuh ceria dan warna-warni bila anak-anak Cilik Genius...
17/03/2026

📸 Pre Photoshoot Raya Cilik Genius 2026 🌙✨

Alhamdulillah, suasana penuh ceria dan warna-warni bila anak-anak Cilik Genius hadir untuk sesi pre photoshoot Raya 🤍

Bukan sekadar bergambar, hari ini juga kita buat agihan goodies Raya & duit raya untuk semua pelajar sebagai tanda kasih sayang dan penghargaan 💚

🎁 Setiap anak terima:
✨ Kuih raya
✨ Ketupat mini
✨ Sampul raya
✨ Duit raya istimewa

Seronok tengok senyuman anak-anak… inilah moment paling berharga 🥹💕

Terima kasih kepada semua ibu bapa atas kerjasama & sokongan. Semoga sedikit pemberian ini menceriakan lagi sambutan Aidilfitri anak-anak kita 🌙✨





✨ Aktiviti Hafazan Bersama Ibu Bapa ✨Alhamdulillah, tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya menyelesaikan tugasan ha...
06/03/2026

✨ Aktiviti Hafazan Bersama Ibu Bapa ✨

Alhamdulillah, tahniah kepada anak-anak yang telah berjaya menyelesaikan tugasan hafazan mereka 👏📖

🌟 4 tahun – Surah Al-Ikhlas
🌟 5 tahun – Surah Al-Falaq & An-Nas
🌟 6 tahun – Azan & Iqamat

Seronok melihat usaha dan keberanian anak-anak memperdengarkan hafazan mereka. Kecil-kecil lagi sudah mula mengenal dan menghafal kalam Allah 🤍

Terima kasih juga kepada ibu ayah yang sama-sama berusaha merakam dan mengedit video hafazan anak-anak. Sokongan ibu ayah sangat bermakna dalam perjalanan pembelajaran mereka. 🥰

Tahniah anak-anak! Teruskan usaha menjadi anak soleh dan solehah 💫




✨ Sambutan Nuzul Quran Peringkat Tadika ✨Alhamdulillah, hari ini anak-anak sama-sama memeriahkan Sambutan Nuzul Quran 🤍📖...
06/03/2026

✨ Sambutan Nuzul Quran Peringkat Tadika ✨

Alhamdulillah, hari ini anak-anak sama-sama memeriahkan Sambutan Nuzul Quran 🤍📖

Walaupun masih kecil, mereka sudah diperkenalkan dengan Al-Quran — kitab yang menjadi panduan hidup kita semua.

Semoga anak-anak ini membesar menjadi generasi yang mencintai Al-Quran, berakhlak mulia dan sentiasa dalam rahmat Allah. 🤲🏻✨

Kecil-kecil sudah kenal Al-Quran… semoga besar nanti jadi anak soleh solehah 🌙💫





✨ Sambutan Nuzul Quran ✨Alhamdulillah, hari ini anak-anak sama-sama memeriahkan Sambutan Nuzul Quran 🤍📖Walaupun masih ke...
06/03/2026

✨ Sambutan Nuzul Quran ✨

Alhamdulillah, hari ini anak-anak sama-sama memeriahkan Sambutan Nuzul Quran 🤍📖

Walaupun masih kecil, mereka sudah diperkenalkan dengan Al-Quran — kitab yang menjadi panduan hidup kita semua.

Semoga anak-anak ini membesar menjadi generasi yang mencintai Al-Quran, berakhlak mulia dan sentiasa dalam rahmat Allah. 🤲🏻✨

Kecil-kecil sudah kenal Al-Quran… semoga besar nanti jadi anak soleh solehah 🌙💫





Aktiviti Fizikal📌Melompat Dalam GelungAktiviti Pembelajaran (Motor Halus)📌AKTIVITI: Kupas Bola📍Objektif-Mengawal pergera...
04/03/2026

Aktiviti Fizikal

📌Melompat Dalam Gelung

Aktiviti Pembelajaran (Motor Halus)

📌AKTIVITI: Kupas Bola

📍Objektif
-Mengawal pergerakan jari & tangan semasa mengupas bola
-Meningkatkan daya tumpuan dan kesabaran ketika mengupas.

Aktiviti Pembelajaran (Motor Halus)

📌AKTIVITI: Eksplorasi Getah

📍Objektif
-Menguatkan otot tangan ketika menyepit
-Meningkatkan fokus murid.

PENUTUP KEM SOLAT 2026 🌙✨Alhamdulillah, selesai sudah program Kem Solat kita pada tahun ini.Daripada langkah pertama men...
27/02/2026

PENUTUP KEM SOLAT 2026 🌙✨

Alhamdulillah, selesai sudah program Kem Solat kita pada tahun ini.
Daripada langkah pertama mengenal wuduk, bacaan dalam solat, sehinggalah praktikal yang penuh semangat — anak-anak menunjukkan usaha yang sangat membanggakan ❤️

Bukan kesempurnaan yang kita cari, tetapi kesungguhan mereka untuk belajar dan memperbaiki diri. Setiap gerakan, setiap bacaan, setiap teguran adalah proses membina asas ibadah yang insya-Allah akan dibawa hingga dewasa.

Terima kasih ibu ayah atas kepercayaan dan sokongan.
Terima kasih juga buat para guru yang membimbing dengan sabar dan penuh kasih sayang.

Semoga ilmu yang dipelajari menjadi amalan berterusan,
menjadi cahaya dalam kehidupan mereka,
dan membesar bersama jiwa yang cintakan solat 🤍

Jumpa lagi di program akan datang, insya-Allah!

Address

Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+60164916836

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tadika Generasi Cilik Genius - Setia Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Tadika Generasi Cilik Genius - Setia Alam:

Shortcuts

Share

Category